Monday, March 29, 2010

minta maaf..

saya ingin memohon maaf atas kelewatan menyiapkan tempahan beg. pada kak khadijah, musy, fadelina, dan lain2 yang sepatutnya saya dah hantar tapi masih belum hantar, saya minta maaf. buat masa sekarang ni saya seperti patah kaki sebelah sebab mr hubby tidak sihat. jadi semua keje saya kena buat.. dalam 2 hari ni je dah banyak masa dihabiskan kat hospital. nak menunggu doktor je dah berjam jam.. ingatkan pergi specialist boleh cepat tapi lama juga.

saya amat berharap agar semua dapat memahami keadaan saya sekarang.. hingga mr hubby sihat semula insyaallah. saya masih menjahit.. cuma kurang sedikit masa tu

Thursday, March 25, 2010

diaper bag - sling type

permintaan kali ini pula nak diaper beg tapi tak nak nampak mcm diaper beg.. santai gitu. multipurpose pun boleh kan.. fabrik yang dipilih adalah pink floral kod 053.



sebelah dalam ada 4 poket berlainan saiz.. dan ada poket di luar kiri kanan beg.. sebelah belakang ada pocket berzip jugak tapi lupalah nak amik gambar.. beg tu dah pos lah pulak.



lebih kurang macam messenger beg je.. with adjustable strap.. cuma ada banyak pocket dan zip.. dan saya guna interfacing jenis kain untuk beberapa bahagian agar beg lebih kukuh.



saiz beg: 14" (W) x 11" (H) x 6" (D)
harga: RM45 (tak termasuk kos pos)

Wednesday, March 24, 2010

adjustable strap for margaret bag

kenapa title saya dalam BI tapi saya cerita dalam BM.. entahlah saya pun tak faham.. :-)tak kesahlah kan.. janji ceritanya faham.. :-) rojak pun rojaklah

saya menerima request dari seseorang yang inginkan beg margaret tapi dengan tali yang boleh di adjust (adjust dalam bahasa melayu apa ye?.. hehe) sori ye. jadi inilah yang dapat saya hasilkan.. harap2 betullah hendaknya.




tak de model nak menggayakannya.. biasalah weekdays.. anak2 tidur awal. guna kerusi jelah jadi props.. dapat agak kan saiz beg tu

Sunday, March 21, 2010

beg dah dihantar dan di pos

pagi-pagi ni dah siap pergi pos ofis hantar beg2 yang ditempah. alhamdulillah. semoga esok beg2 ni sampai kepada tuannya.
harini adik kat kaunter poslaju tu tegurlah pulak.. dia kata akak business ke? so saya pun ceritalah sikit.. :-) berminat jugak dia.




sekarang ni beg saya dah ada rama-rama bersulam.. saya order dari ainiayu. plan awal dulu order rerama tu nak letak kat baju yasmin.. tapi letak kat beglah pulak. mana yang sesuai jelah saya letak.



semalam juga arshad dah beri kerjasama nak modelkan beg lagi..

Saturday, March 20, 2010

beg margaret

satu lagi tempahan untuk beg margaret. kali ini untuk dhila. dhila memilih fabrik kod 028. pertama kali saya buat beg margaret menggunakan corak ini.



saya tahu yang hampir semua beg-beg yang saya buat, tak ada model untuk menggayakannya. ada juga yang bertanya sebab nak tahu juga rupanya bila dipakai dan dapatlah lihat saiz sebenar. saya cuma ada model2 cilik yang berusia 7, 6, dan 2. Kalau saya sendiri nak menggayakannya.. hmm.. takutlah pulak nampak tak cantik beg tu.. :-) jadi harini saya pujuk anak saya Arshad untuk jadi model.. dia memanglah tak nak sebab beg perempuan tapi saya pujuk dia kata saya tak ambil gambar muka dia.. akhirnya dia setuju.. jadi inilah gambarnya



dalam beg tu saya isikan buku bersaiz F4.. sebab tu nampak lurus. saya rasa bentuknya lain sikit kalau kita letak baju.. (ada yang tanya, sama ke beg margaret dengan beg hobo? saya pun tak tau sebab saya tak penah jahit beg hobo.. :-))

Friday, March 19, 2010

beg lagi..

ni lagi beg-beg yang di tempah..

cerita anak2 sahaja

pin!! pin!!

"Ma! poslaju sampai!" jerit salah seorang anak saya. yang yasmin dan khai pulak "Ma! kain! kain!"

saya pulak jerit "abang chali.. tolong pegi sain" salihin lah pegi keluar amik dengan diikuti oleh yasmin. Lepas tu Yasmin akan cuba sedaya upaya nak buka pakej dari posmen tu.

gelak saya sorang2 tengok gelagat anak2. sejak saya dah mula fulltime menjahit ni.. diorang dah tau routine. kalau ada poslaju je mesti ingat mama order kain, kalau saya packing beg, mesti yasmin kata "nak pegi pos ofis ye ma?".. bila kain sampai, anak2lah sibuk nak tengok kain apa. bila pegi pos ofis, arshad dan yasmin suka nak ikut. Yasmin sibuk nak duduk kat kounter pos tu nak hulurkan borang poslaju dan byr duit. Bila saya nak cepat.. salihin lah tolong isi borang poslaju. dan bila saya nak pilih kain.. anak2 jugalah saya tanya cantik ke tak..

tapi kalau pergi kedai jahitan.. memang saya tak nak bawak. kedai tu dahlah sempit.. macam2 barang pulak tu.. risau si yasmin usik itu dan ini. tinggalkan yasmin kat rumah nenek baru saya pergi kedai.

ada sekali tu salihin tanya.. "bila mama nak stop jahit? sian yasmin.. she's been neglected." hmmm.. alahai.. betul cakap salihin. tapi mama buat semua ni sebab nak tolong papa cari rezeki untuk keluarga.. i try to manage my time.. time management is something i'm not good at.. terima kasih anak2 mama semua. love you all!

Wednesday, March 17, 2010

my pumpkin pouch

sebenarnya saya suka sangat dengan 'garden party wristlet' yang dibuat oleh zura. cute sangat-sangat. saya nak buat tapi saya takde pattern tu dan memang saya pun bukannya pandai jahit ikut pattern. saya hentam je jahit.. :-)



jadi kali ni saya buat version saya sendiri yang saya gelar 'pumpkin pouch'. kenapa pumpkin? sebab bentuk dia bagi saya memang macam labu. maaflah kalau saya syok sendiri.. tapi saya memang suka dengan hasilnya. cute sangat-sangat macam nak makan pun ada.. hehehe



saya gunakan span dibahagian tapak supaya cantik je bila terletak. macam pumpkin kan??? :-) dan saya guna elastik band sahaja dibahagian atas.. takde drawstring sebagaimana pouch biasa.



yang ini pulak pinjam tangan arshad untuk modelkan pumpkin pouch ni.. :-)

Tuesday, March 16, 2010

Tempahan Di Tutup

mohon maaf banyak-banyak. saya terpaksa tutup tempahan buat sementara waktu. banyak order perlu disiapkan dahulu. pada yang nak order beg, bolehlah singgah blog rakan2 lain yang juga ada membuat beg yang cantik2 juga. lawat mereka di http://craftzone-my.blogspot.com/

pada yang belum dapat beg, harap beri saya sedikit waktu lagi. terima kasih.

Monday, March 15, 2010

bouquet of lollipop bag 2

a got a few orders for my bouquet of lollipop totebag, tapi disebabkan saya dah kehabisan stok untuk fabrik tu, terpaksalah saya tolak. siapa tau kat mana saya boleh beli kain belang2 pink tu?
ni saya cuba buat dengan warna lain.. cubalah tengok kalau2 berkenan
saiz lebar 17" x tinggi 14". Harga RM40 termasuk kos pos. Yang ini is available, siapa cepat dia dapat.. :-)

Sunday, March 14, 2010

1/2 dozen beg margaret

1/6 dozen beg margaret ni di tempah oleh khairul. tak jemu lagi khairul order beg dengan saya. terima kasih khairul for your support.. kalau ada apa2 problem with the bags bagitau ye.



bila tengok beg ni bersusun macam ni nampak cantiklah pulak. saya tak berkesempatan lagi nak buat untuk diri sendiri.. nak jugak ada bag nih.. :-)

Thursday, March 11, 2010

girls = pink

girls and pink memang tak boleh dipisahkan kot..:-) kalau untuk girls mesti kita akan carikan warna pink. sweet gitu.. jadi entry harini kita tengok beg pink je. mata saya harini pun asik pandang pink je.. :-)

Tuesday, March 9, 2010

jom tengok beg lagi.. :-)

terima kasih singgah rumah saya ni.. rumah yang dah penuh dengan beg je. tak tau macamana nak susun lagi.. :-) nanti bila orang dah amik semua beg tu, saya isi lagi dengan beg-beg yang lain.. :-)

mula-mula meh lihat beg fatiha. saya cuba pulak guna kain polos dan hias dengan felt. saja cuba kelainan. beg ni untuk anak adik saya. cukup dah.. semua anak buah saya dah dapat beg sorang satu.. anak ipar duai pun dah dapat beg. siapa lagi ketinggalan? :-)


dan yang ini pula satu lagi margaret beg menggunakan corak bunga-bunga yang agak besar. striking color nya.. ceria



dan beg yang tak asing lagi di rumah saya ni.. a simple messenger beg for 2 brothers.. danish and naufal.



dan beg terakhir yang nak join the bag family is 'the pink daisy' bag (ada ke pink daisy?..hentam sajalah). satu lagi cubaan menghias beg yang lain dari biasa.. :-). this sweet bag will go to sweet girl Naily.

Monday, March 8, 2010

saya tak sihat..

dalam beberapa hari ni saya memang rasa tak sedap badan.. dah berapa lama saya tak tidur siang.. tapi beberapa harini tertidur juga saya dengan yasmin. mungkin kerana faktor cuaca, saya dijangkiti selsema. menjahit pun jadi slow sikit. harini saya dapat buat 2 beg sahaja. i'm out of schedule now.. so saya terpaksa tutup tempahan buat sementara waktu sehingga siap semua tempahan yang telah saya terima terdahulu..(about 30 bags altogether.. alhamdulillah). Insyaallah akhir bulan March baru saya akan buka tempahan semula.

sedar tak sedar dah masuk bulan Mac. bermakna sudah 3 bulan saya menjahit full time. Alhamdulillah diatas rezeki yang diberikan Allah. dah bermacam2 saya buat untuk membantu menambah kewangan keluarga dan kini diberikan Allah satu lagi jalan untuk saya mencari rezeki yang halal sambil masih lagi dapat duduk di rumah menjaga anak2. terima kasih pada rakan2 craft dan juga pada follower yang ada dan yang senyap..:-) yang banyak memberi semangat dan inspirasi untuk saya menjahit beg2. saya mohon maaf jika ada kekurangan pada hasil jahitan, dan juga jika ada mana2 blogger yang terasa seperti saya meniru rekaan mereka tanpa saya sedari (tolong email kat saya ye jika rasa saya meniru).

macam sedih pulak entry saya kali ni.. iyelah biasanya ada gambar beg yang ceria tapi kali ni tak ada.. :-) esoklah saya upload gambar lagi.. :-)

ok.. tukar mood pulak. cerita pasal anak2 pasti menceriakan. pagi tadi yasmin bangun tidur awal dari saya. dia kejutkan saya macam ni "mama angunlah.. mama aitlah" (bangunlah, jahitlah). Kelakarlah pulak yasmin ni suruh saya menjahit, biasanya dia tak bagi saya menjahit..:-) Yasmin masih lagi suka usik semua barang2 jahitan saya.. masih lagi suka main dengan butang2.. masih lagi suka sepahkan kain2 saya. Ada sekali tu dia main dengan interfacing. biasanya saya sekali beli 10m. dia bentang 10m interfacing tu dari ruang tv sampai ke dapur.. yang khai pulak join sekali menyorok bawah interfacing tu. kengkadang interfacing yang saya dah gulung elok2, dia amik buat main pedang2.. ruler L-shape tu pun diorang suka sangat main.



arshad pulak sibuk suruh ajar dia menjahit. pantang lepa je, mesti dia duduk kat mesin jahit tu menjahit apa2 jelah. hari tu saya bagi jugak di cuba jahit pensil case dia sendiri.. semua orang dia bagitau. kadang2 saya suruh dia tolong iron kain yang nak dilekatkan interfacing. dia ni minat tapi tak ada kesabaran tu yang saya susah nak ajar. semalam pencil case dia dengan kawan2 dia, arshad yang gunting kain dan iron interfacing. saya jahitkan je. sebabnya dia tak sabar nak bawak pegi sekolah.

minggu ni minggu ujian anak2 di sekolah. semoga arshad dan salihin dapat buat yang terbaik.

sampai disini saja.. esok sambung lagi insyaAllah.
Related Posts with Thumbnails