Thursday, September 29, 2011

Ordered by Fiza

Thank you Fiza for your order.. hope you like it

1. Margarita Bag for Shima



2. Diaper bag for Hajar


Tuesday, September 27, 2011

Wednesday, September 21, 2011

Ordered by Cikgu Nora


kali ni saya terima bulk order dari cikgu nora untuk anak2 muridnya.. terima kasih cikgu.. harap2 cikgu suka







Wristlet Suhana

Sunday, September 18, 2011

shopping kain

alhamdulillah harini dapat pergi shopping nak restock kain.. cuaca agak panas dari pagi.. sempat breakfast di McD atas permintaan anak2.. kena layan sebab nanti diorang kena tunggu saya lama pilih kain.

sampai2 je ke kedai yang biasa saya pergi, tengok2 kedai tu tutup lah pulak.. alahai rupanya kedai tu dah pindah.. hubby saya malas kalau nak suruh pergi tempat lain.. jadi saya roundlah area tu.. semua kedai saya masuk nak cari kain yang saya nak. Banyak yang tak ada.. yang saya nak banyak yang takde. Kain baru pun tak banyak.. hmm terpaksalah beli apa yang ada je.. nak buat mcmana.

jom jamu mata tengok antara kain yang saya beli..









yang ini saya rembatlah jugak.. geram tengok kain linen ni.. kainnya berkilat sikit.. warna tak luntur bila dibasuh.. tapi iyelah harga mahal sikit dari kain heavy cotton. kalau sapa yang order beg guna kain linen ni harga beg tak sama ye.. lebih 20% kot.







ada lagi kain yang saya beli.. tapi sama je dgn yang saya ada.. nak restok je

on the way balik, hujan pulak. lebat sangat.. so we drive slowly. Lepas tu sampai kat mana entah, jalan jem.. saya agak mesti ada kemalangan ni. lebih setengah jam jalan jem.. rupanya memang betul ada kemalangan.. ngeri jugak sebab ada yang meninggal.. (sebab saya nampak ada mayat tepi ambulance) Antara barang2 yang bertabur kat jalan tu saya ternampak baby doll.. ya allah please save the little girl. hope she's ok. Tak terdaya lagi nak memandang ke tempat kejadian tu.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah..

Saturday, September 17, 2011

Pencil Case for Adam


it's Adam's birthday, and i decided to make him a pencil case. Happy 10th Birthday Adam!!

Wednesday, September 14, 2011

Monday, September 12, 2011

Ribbon bows for sale


I have some ribbon bows for sale.. check it out at my blogshop here

Sunday, September 11, 2011

Fabrics for sale / preorder


salam buat pengunjung semua.. saya ingin restock kain heavy cotton.. jika ada yang nak beli, sila email kat saya ye..

haidahandmade@yahoo.com

boleh pilih kain kat sini atau sekiranya ada nak suruh saya cari corak heavy cotton yang lain atau pun linen cotton, bolehlah email kat saya. Special price untuk rakan2 kraf saya di sini.

sila order sebelum 17 september 2011. terima kasih

Friday, September 9, 2011

Thursday, September 8, 2011

Wednesday, September 7, 2011

Ordered by Norizan

Norizan, rakan sepermainan di zaman kanak2 dulu. Lemah lembut orangnya. Sekarang menetap di Arab Saudi.. tapi kalau pulang ke Malaysia rajin betul dia menempah beg.. untuk keluarga, saudara mara.. terima kasih izan. tak jemu2 juga menempah dari kita.





Selamat Hari Raya 1432H

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.



Tuesday, September 6, 2011

Yasmin berbaju raya

masih mood raya lagi sekarang kan.. walaupun saya dah mula menjahit beg, tapi mood belum datang untuk upload gambar beg.. :-) rasanya baju2 raya yang saya jahit pun belum lagi saya upload.. tahun ni asik terlupa je nak snap gambar beraya.. ada a few jer yang sempat snap guna hp hubby.. tu yg leceh nak transfer sebab saya tak jumpa usb cable nya.

yasmin tahun ni dah pandai nak minta baju.. nak 10 dia kata.. heheh! tapi saya kata kat dia, baju mama jahit campur dengan baju beli ada 10 kot.. :-) senyum je dia

jom layan gambar yasmin berbaju raya

1. Baju cotton pink bercorak rama-rama. ada lebih kain sikit, saya buatkan pouch


2. Baju cotton purple.. yang ini sama dengan baju saya. Tudung yasmin yang pilih sendiri


3. Baju cotton hijau.. yang ini tak sempat nak jahit apa2 kat bhgian leher.. kosong je.


4. Baju kebaya labuh.. yang ini saya beli siap. Tak plan nak beli tapi masa ternampak tu terus minat.. cantik pula si yasmin pakai. puas hati saya beli.. :-)


tahun ni yasmin dah faham sikit pasal raya.. tapi paling suka kira duit raya, sebab dia tengok abang2 sibuk kira duit raya.. suka juga bawak beg n purse bila nak keluar rumah.. mentang2lah ada duit.. :-) tahun ini juga yasmin masih lagi takut dengan bunga api.. abang2 main kat luar, dia cuma lihat dari dalam rumah.. yasmin memang takut dengan bunyi mercun dan bunga api.

raya pertama saya dan suami berbaju purple, dan untuk anak2 baju warna oren.. tapi yasmin nak baju yang sama dengan saya, jadi dia tak nak pakai baju warna oren tu. Yasmin ni asik nak kena dengar cakap dia je.. kuat sangat merajuk. Selalu nak kena ingatkan dan nasihatkan dia.. apa2 pun tahun ini saya seronok juga berhari raya sebab emak saya beraya di rumah saya tahun ini.
Related Posts with Thumbnails