Inilah cara saya buat bunga dip. Kalau silap maaflah ye sebab saya belajar sendiri je.. so saya nak kongsilah dengan rakan kraf yang lain yang berminat nak buat.. and kalau ada sesapa nak bagi tips pun ok jugak kan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah
1. Q-Dip
2. Dawai (silver saiz 24 or 26)
3. Thinner for Q-Dip
4. Gold dust
5. Botol /acuan
6. Benang
7. Pelilit bunga
8. Inti bunga , manik, apa2 hiasanlah (optional)
9. Polyfoam (untuk cucukkan kelopak2 untuk pengeringan)
10. Cutter (pemotong dawai)
Mula-mula, decide nak buat bunga apa, berapa kelopak, besar mana, saiz daun, bunga2 kecil. Kemudian saya gunakan botol yang sesuai untuk dijadikan acuan membentuk kelopak. Biasanya saya guna botol ubat yang bulat.. kalau nak kat kedai ada jual satu set acuan untuk buat ni.. satu set dalam rm7 kot.. bentuknya macam batang paip plastic berbagai saiz.
Ok.. dah decide bunga apa nak buat.. saya potong dawai lebih kurang 10 inci. Lilitkan keliling botol dan pintalkan bahagian hujung.. pastikan ada lebihan dawai panjang agar senang nak cantumkan kelopak2 itu nanti. Katalah bunga tu nanti ada 10 kelopak so kalau nak buat 100 kuntum.. darablah sendiri ye.
Sekarang bentuk dawai yg telah dililitkan tu bulat je kan.. jadi bentukkanlah seperti bentuk hati ke or kalau bunga lili bentukkan seperti kelopak lili.. kalau dah terror boleh bentukkan bermacam2..
Dah siap dawai itu dibentukkan.. celupkan dalam Q-Dip. Celupkan sekejap je keseluruhan bentuk kelopak tu dan angkat.. jangan terus angkat tinggi2.. pastikan tak ada lebihan yang menitik..
kemudian cucukan pada polyfoam untuk dikeringkan. Boleh juga ditaburkan gold dust sebelum kelopak tu kering.
dah kering semuanya.. bolehlah dicantumkan menjadi bunga. selebihnya.. gunalah kreativiti sendiri.. :-)
Wednesday, October 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam kak..bagusnya akak wat tutorial ni...x pe la blajar sdiri pun..nnti sy nak try buat...lalalala!!!time kasih kak haida!!lebiuuuuuu!!!!!
Bagus try buat sendiri...
Boleh tak saya bagi pendapat...
1) ketika celup botol tu dicondongkan sedikit (pegang dgn tangan).. dan waktu celup tu jgn bengkokkan kelopak tu (jgn jdkan L shape).. celup tu angkat dari bahagian atas bg dia meleleh ke bawah...
2) utk bg tahan bunga tu.. selepas dip dah kering celupkan dengan strenghthinner n baru tabur sand glass(crystal) dicampur dgn dust.
Maaf jika salah ya... hanya berkongsi pendapat.
tqvm amirza..:-) appreciate sgt2 for the tips. saya selalu tgk blog awak n mmg suka sgt tgk bunga dip awak.. cantik!!
:) biasa2 je bunga dip saya... budak baru belajar... InsyaAllah ada rezeki nak belajar lg.. dah daftar kelas dgn krieflora.fotopages.com. Esok saya dah pandai leh kongsi2 dgn kawan2...
leh je email saya apa2 saja pasal bunga dip @ stoking.. InsyaAllah... ilmu yang ada dikongsi2
salam kak...
dah lama sy sukakan bunga dip ni..kalau gi kenduri kawin ada bunga telur ni mesti sy mintak 1. teringin gak nak belajar buat sndr. nmpk mcm senang je...
kat mane nak beli q-dip tu? ada jual kat kedai bunga ke?
salam ummi su.. :-)
biasanya ada jual di kedai bunga.
wah look so easy.. hehe..
bagus...tq kerana berkongsi..
Post a Comment