Sunday, September 26, 2010

Dress Yasmin


This is the dress I mention a few days back. I made it specially for my cousin's wedding reception today. I used embroidered lace and lined it with satin. added a bow sash using the same satin fabric.. i just love it. Let see how it looks on Yasmin..



Yasmin suka saya lagilah suka.. puashati dapat jahitkan dress ala ala flower girl's dress walaupun yasmin bukan jadi flower girl. Kain ni saya beli di Kamdar.. beli kain lace dibahagian baju2 pengantin tu.. full lining guna satin. Sulaman agak berat dibahagian kaki baju, jadi ia nampak cantik terjatuh.. yasmin siap posing macam2 suruh amik gambar.. gambar di bawah ni ialah di majlis tadi.. yasmin jumpa cousin2 dia yang sama umur pulak tu.. siap pusing2 nak kembangkan baju masing2.. jom tengok gambar lagi.. kamera saya ni tak boleh capture moving objects sebab tu blurr je







ok.. dah tengok gambar budak2 ni.. kita tengok gambar pengantinnya pulak.


Selamat Pengantin Baru Fariza dan Mahdi.. semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Friday, September 24, 2010

Jubah untuk Yasmin



First time saya jahitkan jubah untuk yasmin. Khas untuk dipakai di majlis pernikahan sepupu. Tengok sajalah gambar ye.. yasmin suka dengan baju ni sebab tu dia pun suka saya ambil gambar banyak2.. layan jelah aksi2 dari yasmin ni



macam tak lengkap je kan bila yasmin pakai jubah ni..
"yasmin.. meh pakai tudung pulak"



barulah cantik puteri mama sorang ni kan.. tapi lepas tu dia masih lagi sibuk dengan bukunya..



lepas tu dia nak main dengan pokok bunga pulak.. masih lagi suruh saya amik gambar..



banyaklah pulak upload gambar yasmin.. :-)
lepas ni saya nak upload dress yasmin yang akan dipakai dimajlis perkahwinan esok. warna purple pulak.. fabrik saya beli di kamdar. Yasmin yang ikut pilih sekali.. tapi sebenarnya dia nak sangat warna oren.. warna oren polos tapi sebab saya tak suka maka saya tak belilah.. menangislah si yasmin masa balik dari kamdar tu. kalau warna oren bercorak2 takpelah jugak tapi dia nak yang warna plain orange tu.. lain kalilah ye yasmin bila mama dah ada idea nak buat baju apa.

oopss.. hampir terlupa nak close-up gambar fabrik jubah ni..



kain jenis embroidered cotton dan ada sequin sekali.. dan saya jahitkan lining sekali sebab kain agak jarang sedikit.

Tuesday, September 21, 2010

sorry tak dapat balas email

salam.. mohon maaf sangat2 sebab at the moment tak dapat nak balas emails. agak sibuk dengan kedai sate dan juga weekend ni ada majlis kahwin sepupu jadi saya baru nak jahit baju untuk puteri sorang saya ni.. masa ni lah nak merasa pakaikan yasmin baju cantik2.. :-) majlis berlangsung selama 3 hari.. takde baju yang sesuai untuk yasmin sebab tu saya jahitkan je.. nanti bila free saya akan upload gambar dress yasmin.

maaf ye.. saya akan balas email bila saya dah free sikit..

** susah betul nak blogwalking sekarang ni.. ada malwarelah pulak.. even blog sendiri pun tak boleh buka. jadi saya terpaksalah delete a few blog from my blog list.

Thursday, September 16, 2010

Sate kajang di klang

Hari Raya haritu kedai uncle sate tutup 4 hari je. kami sekeluarga tidak ke mana2, jadi business back to normal. alhamdulillah.

semalam yang paling letih dalam minggu ni.. customer ramai tak henti2.. so tak sempatlah nak duduk ke nak minum ke.. salihin pulak takde tolong sebab dia pergi beraya rumah kawan dia.. alhamdulillah yasmin dah hantar ke rumah nenek, dan pak usu pulak tolong jaga khai and arshad kat rumah. terima kasih mak dan iz.

dah lama kedai tak sibuk macam ni.. musim raya ni ramai yang beli sate untuk dijamu kepada tetamu yang berkunjung berhari raya di rumah. Today and tomorrow will be a busy day since morning sebab dah ada yang order.. hopefully everything goes fine tomorrow. Kena bayar gaji lebih kat pekerja kami nih..

semalam yasmin bawa camera ke kedai sate sebab dia sibuk nak tunjuk gambar kat abang lokman (lokman salah seorang pekerja kami).. apalagi lokman pun bergambarlah jugak. dia suruh saya upload kat fb.. tapi saya upload kat sini jelah.



inilah pekerja2 kami yang selalunya happy-go-lucky.. syafiq dan lukman.. bergurau je. itu yang anak2 saya suka lepak kat kedai sate ni sebab budak2 ni rajin melayan.



sambil bakar sate pun masih boleh layan fon jugak... kami ni sportinglah jugak.. tak suka nak marah2 bdk2 ni.. janji sate jangan sampai hangus!
sorang lagi pekerja kami perempuan Effa.. lupa lak nak amik gambar sebab kedai dah sibuk masa tu. Effa ni baru keje kat sini sebab Ros yang dah lama bekerja di sini balik kampung.. tak taulah bila Ros datang balik. Effa ni biasalah budak baru belajar.. slow sikit.

pada yang nak rasa sate kajang di klang ni, jomlah ke Uncle Sate!
kalau sedap bagitaulah orang.. kalau tak sedap bagitaulah saya.. :-)

inilah si yasmin yang suka kacau orang buat keje.. :-) dia duduk kat tepi ni tengok orang bakar sate



saya ingat nak letak map ke kedai sate ni guna google maps tapi tak taulah pulak mcmana.. saya try mcam ni.. jadi ke tak


View Restoran Uncle Sate Klang in a larger map

bolehlah kan.. kalau tak faham boleh tanya saya.. :-)

saya tak byk amik gambar kedai sate ni tapi ada juga a couple of blogger yang blog pasal kedai kami ni.. they rate us as 'best satay in klang'..(try google best satay in klang).. yup! most of my customers are chinese. they really love our 'lemakless sate'... :-)

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 hijrah

Selamat hari raya buat semua saudara mara, rakan-rakan yang dekat dan jauh, rakan-rakan di alam maya dan semua yang mengenali saya. Ampun dan maaf dipinta atas segala kesilapan dan halalkan makan dan minum. Semoga semua ceria di hari raya dan semoga semuanya selamat di dalam perjalanan menziarahi saudara mara dan sahabat handai.

Alhamdulillah selesai sudah menunaikan puasa di bulan Ramadhan yang mulia. Tiba pula bergembira di bulan Syawal.. (yang pasti saya memang takde mood nak raya.. cuma keluarga je yang tau..:-( sungguh saya tak gembira kali ini.. ya Allah semoga masalah akan selesai.. sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya)

Alhamdulillah dan terima kasih juga pada yang baik hati sudi memberi kami biskut raya, dodol, bahulu, kek.. hingga penuh jugalah meja menyusun kuih. sungguh saya tak sangka masih ada yang sudi. Saya memang tak buat kuih langsung.. anak saya arshad yang buat satu biskut cornflake.. dan harini juga dia paksa papanya beli bahan2 untuk buat kek.. arshad ni kalau nak memang tak sabar2. Saya hanya membuat ketupat yang diorder oleh rakan dan sedara mara.. dan selebihnya saya mengemas rumah. Rendang? kuah kacang? kuah lodeh?.. semua tu dimasak oleh suami, emak tersayang dan juga MIL saya.

Akhir kata.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Sunday, September 5, 2010

Baju Raya 2010

Ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi.. cepat betul masa berlalu. Harap2 dapatlah bertemu Ramadhan lagi tahun depan insyaAllah.

Harini saya upload gambar2 baju raya yang telah disiapkan.. baju2 anak dan anak buah.

a) Baju kurung Yasmin



b) Baju melayu Khai, Arshad, Salihin, & Papa



c) Baju melayu Adam Irfan dan Nazeem (2 pairs each)



d) Baju kurung baby Scha



e) Baju kurung baby Aleesha



f) Baju kurung Fatiha



Tahun ni tak sempat nak jahit manik di leher baju kurung, saya cuma letak readymade lace je.

Baju kurung saya pula sama dengan baju kurung yasmin.. sebab tu tak letak gambar.

Sekiranya tiada entry sebelum Hari Raya, saya ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, ataupun menyinggung perasaan sesiapa, dan halalkan segala pembayaran beg2 yang ditempah dari saya. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri..

Saturday, September 4, 2010

Little girls' handbag

harini tak rasa nak upload gambar baju raya.. :-) jom tengok beg2 kecil anak2 dara ni nak pakai raya nanti kutip duit raya.. :-)







ni satu lagi beg kecil.. yang paling kecil untuk si kecil Aleesha (1 yr old)



while I was uploading this photos, got a call from hubby saying another little girl
wants a bag (his niece).. what can I say.. :-) "ok.. siap!"

6 september 2010:

inilah beg anak buah my hubby.. suka sangat dia dapat beg. suddenly she said "can i have 2 more for my friend?" alahai.. tengoklah nanti ye onya.. maklong tak janji tau"

Related Posts with Thumbnails