Monday, October 22, 2012

Tempahan Puan Nini

Harini nak tunjuk baju yang saya jahit untuk anak2 Puan Nini, Kain kepunyaan Puan Nini, saya jahitkan saja.. suka sangat dengan pilihan warna ni.. nampak sweet sangat.. 


Puan Nini nak baju yang boleh dijadikan top, bila tak pakai kain tu.  Bolehlah pakai lama kan.. Reben tu boleh diikat dibelakang ataupun di depan.. dan dibahagian kaki baju, saya jahitkan pleat menggunakan kain yg sama dengan reben dan leher baju.. ni close-up gambarnya.


saya agak puashati dengan hasilnya.. mungkin boleh saya jadikan koleksi baju readymade nanti.. guna kain polos cotton satin

Wednesday, October 17, 2012

Batu Seremban

Batu Seremban.. permainan tradisional ni kan.. masa saya kecik2, terer main ni.. :-) bila habis peperiksaan hujung tahun.. permainan ni memang femes kat sekolah. Ada yang pakai batu 5, batu 7, batu dan guli, biji getah.. kebanyakkannya mak2 kita buatkan ataupun kutip batu2 kecil kat tepi jalan..

Tapi sekarang, anak2 tau semua benda nak beli je.. rasanya mcam budak sekarang tak adventurous langsung.. anak2 saya 3 lelaki, tak penah minta batu seremban ni. diorang tak tau main kot.. anak perempuan bungsu sorang ni kecik lagi, jadi dia pun tak penah minta. Minggu lepas anak buah saya datang rumah, bawak batu seremban ni.. dia kata dia beli 5 singgit. Tapi masa dia bawak pergi sekolah, kena rampaslah pulak dengan cikgu.. 

Kawan2 saya di group jahit FB, ada jugak buat batu seremban ni.. tengok diorang buat, saya pun teringin nak buat.. nak bagi kat anak buah.. ni lah rupanya


comel kan? siap ada uncangnya sekali.. :-)
anak saya yang kecik 2 orang ni, terus jeles mama dia buatkan untuk sepupu diorang.. paksa lak saya buat lagi.. memandangkan kain remnants banyak, saya pun mulalah gunting kain. anak2 tak sabar, suruh gak siapkan cepat, taknak tunggu esok2.. alang2 buat, terus buat banyak.. habiskan sepeket batu kecil tu. Ni hasil kerjasama dengan anak2. diorang paling suka part isi batu dalam bekas tu. lepas ni diorang nak jual kat kawan2.. 


nak kata saya ni free sangat, taklah jugak.. banyak lagi tempahan nak disiapkan.. tapi sesekali layan anak2, seronok pulak saya nak siapkan batu seremban ni. Anak2 pun bangga sebab dapat buat sama2..

saya isi ni guna batu kecil2 tu..  boleh beli kat kedai akuarium. orang kata, tak elok letak makanan (kacang, beras, etc..) sebab tak baik makanan di lambung2 buat main. Nak amik pasir kat tepi jalan tu, tak pasti pulak kebersihannya.. dan tak tau pulak tuannya

nak buat benda ni, nampak senang.. modal pun tak banyak. modalnya banyak tenaga dan masa. pada kami tukang jahit yang memang sibuk menyiapkan tempahan, memang malas nak buat batu seremban ni.. melainkan kalau boleh jual mahal.. hehe

tapi anggaplah ibadah untuk budak2.. main batu seremban ni pun satu skill jugak.. tak semua pandai lambung dan tangkap.. moto skill ke apa namanya.. :-)


Nota: saya dah start jual dah set batu seremban ni. terus terang saya kata, harganya taklah murah.. memang ambil masa nak buat. Jadi modal tenaga banyak digunakan. mari kita sokong permainan tradisional kita ni agar tidak luput dek zaman. lawat page saya di fb
https://www.facebook.com/pages/Batu-Seremban-by-HaidaHandmade/514934128646147?ref=ts&fref=ts

dan juga blog saya di sini http://haidahandmade.blogspot.com/2015/04/batu-seremban-untuk-dijual.html

Friday, October 12, 2012

Tempahan Puan Roziah

Terima kasih puan roziah kerana menyokong barangan handmade. Puan Roziah menempah satu set messenger bag bersama boxy pouch.. warna purple ni memang sungguh ceria.. saya pun ceria je membuatnya.. :-)


beg ini pula untuk Puan Roziah sendiri.. menggunakan korean cotton yang berkualiti.. insyaallah kain tak luntur dan cepat buruk










Thursday, October 4, 2012

Tempahan puan Ramlah

ni tempahan dari puan Ramlah untuk anak2nya.. saya suka dengan combo kain ni.. real nampak lagi cantik. Pink + green memang sweet.. semoga anak puan suka dengan beg ni.




Related Posts with Thumbnails