Thursday, September 5, 2013

bila yasmin berbaju peplum

lama sungguh tak update blog ni.. ada lagi ke yang sudi singgah. saya dah tak jahit beg lagi.. kekadang memang rindu, tapi tak taulah bila lagi nak buat.. jahit baju pun dah macam bermusim gak.. jahit time nak raya je.. baju raya anak2 tahun ni pun tak berjahit.. alhamdulillah, banyak tempahan untuk baju raya tahun ni.. tapi itulah, baju anak2 kena beli je.. baju saya sendiri pun beli siap je.. nasib ada saiz

harini nak tunjuk baju yasmin, dia pakai masa pergi jamuan raya disekolah. baju ni dulunya buat sebagai contoh untuk tempahan peplum.. antara baju peplum yang pertama saya jahit..

oklah. jom layan gambar.. suka yasmin pusing2






Friday, May 3, 2013

Demam Peplum

tahun ni popular sungguh fesyen baju peplum ni.. saya sendiri tak berapa minat, tapi disebabkan banyak permintaan, saya buatlah juga peplum ni.. 
pagi jumaat ni saya buat full peplum.. untuk kain sekali. Yasmin lah menjadi model lagi sebab saiz ni saiz 6. Ini tempahan customer.. tapi yasmin dah berkenan


Friday, April 19, 2013

Cece Top & Dress by Popolok Design

Baju ni hasil dari beli pattern dari Popolok Design
Puas hati beli sebab selama ni main agak2 je ukuran.. ni dah siap pola saiz 1 - 8 tahun, senang keje saya
dan tentunya anak dara saya sorang ni lah jadi modelnya


saya dah start terima tempahan untuk baju raya.. hanya untuk kanak2 ye, tak terlarat nak layan baju mummy
nak tengok koleksi baju raya tahun ni, singgahlah ke page facebook saya 
Related Posts with Thumbnails