dah lama tak ke tanjung harapan ni. 25 tahun dulu, disinilah saya membantu emak dan abah meniaga burger. setiap weekend balik dari kampus untuk bantu meniaga. sampai lah dah berkahwin, bila kelapangan dihujung minggu pasti kami akan ke sini bantu emak meniaga. sekarang emak dah tak larat dah nak meniaga burger dan rojak buah dan jagung kukus.. sekarang hanya menemankan adik bongsu saya meniaga sengkuang calit di sini setiap hujung minggu
Wednesday, October 26, 2016
Tuesday, October 25, 2016
saja je posting..
bila dah ada instagram, facebook, twiter, whatsapp.. blogging dah macam tak femes dah. Bersawang dah blog ni. Harini saja je nak posting.. saya masih menjahit, tapi banyak menjahit batu seremban. Alhamdulillah.. insyaallah hari2 ada je orang order.
bulan lepas singgah ke tugu negara. saja je, sambil tunggu salihin habis exam, jalan2 sini jap
Tuesday, August 30, 2016
Sunday, January 3, 2016
Selamat tinggal 2015, selamat bertemu 2016
Lama sungguh tak menulis di sini, hari ni saja nak buat posting supaya sejarah hari ini boleh diingat kembali.
Tahun 2015 saya mula menjual batu seremban.. sambutan sangat menggalakkan. Pernah mencecah 600 set dalam sebulan. Alhamdulillah..
Hari terakhir 2015, saya mendapat tempahan batu seremban paling banyak.. sebanyak 150 set.. makanya, hari2 pertama 2016 saya penuhi dengan menyiapkan tempahan tersebut. Alhamdulillah mendapat bantuan dari emak saya.
Hari terakhir 2015 juga saya mendapat perkhabaran tak berapa nak menarik. Tuan rumah yang kami duduki hampir 5 tahun kini mahu kami berpindah kerana dia ingin memberikan rumah ini kepada anaknya. Terdiam terkelu tak tau nak fikir apa.. masa diberi sebulan untuk berpindah. Nak beritahu pada anak2 pun tak tau macamana.. makanya diam je lah sampai ke malam.
Alhamdulillah.. pada malamnya suami saya keluar untuk mencari kalau2 ada rumah lain untuk disewa. Tak lama kemudian, dia call saya beritahu dia dah jumpa rumah.. ya Allah syukur pada Mu. Rumah pun tak jauh dari sekolah.
so sekarang memikir untuk mengemas barang je.. anak2 biarlah diorang dengan persekolahan diorang.
insyaAllah semoga tempat yang baru nanti akan lebih membahagiakan kami sekeluarga.. semoga anak2 selesa.. semoga dimurahkan rezeki kami.. dan semoga kami dapat membantu ibu bapa kami juga.

Labels:
apa apa jelah
Subscribe to:
Posts (Atom)