Friday, May 29, 2009

ketupat


hari2 saya mengadap ketupat. ini rezeki saya. Mak mertua saya ada kedai sate so saya supply ketupat hari2 sejak 9 tahun yang lalu. lately ni semakin kurang orang membeli.. ada ke sebab dah boring or tak sedap or mahal or memang orang dah berjimat sekarang ni. kalau tak sedap tolonglah bagitau ye.. kesian jugak makcik kat pasar tu sebab saya dah semakin kurang beli daun kelapa dengan dia.

tau tak awak yang daun kelapa ada dijual di pasar setiap hari? dulu dulu sebelum saya menjual ketupat saya tak tau pun.. merayaulah saya cari orang yang boleh panjat pokok kelapa.. bertanya sana sini.. akhirnya saya ada sorang ni kat pasar tani Port Garden (skrg pasar tani tu pun dah takde) yang kata dia boleh supply.. alhamdulillah. Pembekal saya bertukar2 dalam jangka waktu 9 tahun ni. mana taknya kengkadang bagi daun kecik2 nak anyam macamana? oh! berbalik pada orang jual daun kelapa hari2 kat pasar.. rupanya antara pelanggan mereka adalah bangsa India yang membeli daun kelapa untuk hiasan (tak taulah sebenarnya tuk apa.. ), diorang selalu beli hari Jumaat.

Tuesday, May 26, 2009

kelas RE online


saya minat dengan ribbon embroidery. hari tu adalah try buat sendiri belajar dari buku. baru2 ni dapat join kelas online kak umi. cantik sangat keje tangan kak umi. semoga satu hari nanti saya dapat hasilkan yang terbaik untuk saya bangga sendiri..:-))

Monday, May 25, 2009

exam week

minggu ni anak2 menjalani ujian semester 1. Mama je yang risau.. budak2 ni relax je. Nak buat macamana ye supaya diorang suka dgn exam.. haha mama dulu pun tak suka exam. Even Khai yang kat tadika pun tak suka exam.. apa yang mama boleh beritau cuma yang dunia ni penuh dgn exam.. Allah pun bagi kita exam.. kalau tak lulus macamana nak masuk Syurga. Harap2 diorang faham.

banyak benda yang saya nak sangat buat.. cthnya nak sangat jahit tote bag mcm crafter2 hebat di blogger. Tapi keje di rumah pun tak habis2. Kain langsir dah beli tapi belum berjahit.. sarung kusyen pun belum siap. Ingat tahun ni nak buat ribbon embroidery kat sarung kusyen tapi baru siap 1.. macamana nak siapkan lagi 6. angin rajin tak selalu datang pulak tu.. hhmmm

Saturday, May 23, 2009

Koleksi baju yasmin

Alhamdulillah saya dikurniakan dengan seorang anak perempuan yg saya namakan Yasmin Humaira. Anak2 saya yg 3 orang sebelum ni semua lelaki. Alhamdulillah.


so dapatlah saya menjahit dress pulak kalau tak saya cuma menjahit baju melayu je. Ini adalah baju2 yg penah saya buat untuk Yasmin.

when the angin rajin is blowing..

semalam saya rasa nak menjahit sangat.. dah lama tak menjahit dan mesin tu pun dah berabuk. Sejak Yasmin dah pandai jalan dia memang tak bagi mama dia buat apa2.. suruh mengadap dia je. Tapi semalam saya tak kesah walaupun dia duduk atas kain masa saya nak menggunting and dia nak duduk kat riba masa saya menjahit.. tak kesahlah janji dpat jugak saya siapkan.



Kain ni saya beli dah lama.. masa tu yasmin belum pandai jalan pun dan ini hasilnya.. simple je dress ni tapi kalau yasmin suka pakai saya dah puas hati. lepas ni kena tanamkan azam utk rajin menjahit lagi.. buat baju untuk anak2 memang sesuatu yang amat memuaskan hati.

Thursday, May 21, 2009

it's a start

i alwaz envy people with talent. but i have to remind myself that's all Allah's gift. so here i am taking my first step in doing something i love and to share it with people with the same interest. to share and to learn.
Why do i start blogging?
my first inspiration is from Maya. she's such a talented person. tho we never exchange words but i always follow her blog. Her tutorial is very helpful too. i never get to learn sewing formally so i learn from my mom, books, and lately the web. very very helpful.
My dream?
to own an Epal Janome sewing machine!!!
Related Posts with Thumbnails