Friday, May 29, 2009
ketupat
hari2 saya mengadap ketupat. ini rezeki saya. Mak mertua saya ada kedai sate so saya supply ketupat hari2 sejak 9 tahun yang lalu. lately ni semakin kurang orang membeli.. ada ke sebab dah boring or tak sedap or mahal or memang orang dah berjimat sekarang ni. kalau tak sedap tolonglah bagitau ye.. kesian jugak makcik kat pasar tu sebab saya dah semakin kurang beli daun kelapa dengan dia.
tau tak awak yang daun kelapa ada dijual di pasar setiap hari? dulu dulu sebelum saya menjual ketupat saya tak tau pun.. merayaulah saya cari orang yang boleh panjat pokok kelapa.. bertanya sana sini.. akhirnya saya ada sorang ni kat pasar tani Port Garden (skrg pasar tani tu pun dah takde) yang kata dia boleh supply.. alhamdulillah. Pembekal saya bertukar2 dalam jangka waktu 9 tahun ni. mana taknya kengkadang bagi daun kecik2 nak anyam macamana? oh! berbalik pada orang jual daun kelapa hari2 kat pasar.. rupanya antara pelanggan mereka adalah bangsa India yang membeli daun kelapa untuk hiasan (tak taulah sebenarnya tuk apa.. ), diorang selalu beli hari Jumaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tq coz sudi tinggalkan jejak di blog kita..
jangan susah hati... bukan orang dah tak nak makan ketupat lagi.. mungkin ramai yang berjimat musim2 gawat cam gini..
=))
kat mana nak cari daun kelapa untuk ketupat (tak nak panjat pokok) area KL? Berapa seikat?
Post a Comment