Friday, February 26, 2010

drawstring backpack lagi..

kelmarin dapat jemputan birthday party kawan khaizuran.. khai kata nak bagi hadiah apa? tentulah mama dia jawab "mama jahitkan beg jelah".. hehe..

jadi inilah beg yang dah siap




lepas tu ramai pulak nak jadi model untuk menggayakan beg ni.. layan jelah




khaizuran pun tak nak ketinggalan menggayakan beg.. :-) lepas tu dia cakap "nanti mama buatkan untuk khai tau.. gambar naruto" hmm.. manalah pulak nak cari fabrik ada gambar naruto ni..

until next time.. have a nice weekend.

Diaper Beg Lollipop Baby Ziera

ini dia satu lagi diaper bag yang telah disiapkan. kali ni masih lagi menggunakan fabrik belang2 dan ditambah dengan sedikit embellishment..


sejambak lollipop permintaan dari mama baby ziera


feature yang lain sama je dengan beg2 diaper terdahulu.. poket di sisi beg, poket berzip dibahagian belakang beg, poket berbagai saiz dibahagian dalam.. dan saya gunakan zip jaket sebagai penutup beg.


terima kasih kerana sudi singgah di sini.. jumpa lagi.. :-)

Wednesday, February 24, 2010

saya masih lagi sibuk menjahit beg. itulah aktiviti sekarang. maknanya dah kurang waktu saya nak gi jalan2. weekdays ke weekends ke sama je bagi saya.. tak cuti juga menjahit.. :-) but i'm not complaining. dah seronok jugak menjahit ni.. (mood dah ok minggu ni.. hehe so menjahit pun senang hati.. :-))

tadi dah hantar 10 beg yang kawan saya order (lama dah dia order baru ni siap.. sori ek) lega rasanya.. selalu macam ni lah. lepas dah siapkan beg dan dah dihantar.. rasa lapang hati dan relaks sikit. rehat a few hours.. main games kat fb.. lepas tu start the next order.



oh! lupa saya nak bagitau.. kain stripe pink (kod 047) dan stripe green (049) is out of stock. tak tau lagi bila dapat restock.. supplier tak dapat bagi exact date.

Tuesday, February 23, 2010

cute sling bag... :-)

cute tak beg ni? hehe.. bagi saya cutelah kan.. of course sebab saya yang jahit.. :-)



sebenarnya Yaya nak beg yang macam saya buat untuk yasmin dulu tapi dia nak besar sikit.. muat letak purse gitu. dan sebenarnya juga dia request fabrik pattern lain.. tapi disebabkan berlaku incident yg tak dpt dielakkan (takyahlah citer kan) saya terpaksa guna kain yang ini. kelam kabut jugak menjahit semula sebab dah janji nak post on wednesday last week. risau betul kalau dia tak suka.. tapi saya post jugak.. nak surprise gitu



alhamdulillah yaya dah terima dan dia pun suka.. takyah saya nak ganti lagi.. :-)
ni ada model tak berbayar nak menggayakan beg tu (dia pun nak juga sebenarnya)

Monday, February 22, 2010

big bag / diaper bag

harini ni nak citer sikit pasal beg2 besar ni (pada saya memang besar.. tapi taklah besar mana.. :-))

Pertama: Beg Cikgu

Beg ni untuk cikgu sandra. Cikgu tadika kepada semua anak2 saya. Cikgu nak letak fail dan buku sebab tu dia nak beg yang agak besar.


Kedua: Beg Damia

Mama Damia nak beg yang besar jugak untuk letak barang2 baby Damia.

sebab saya nak matchingkan dengan fabrik pattern bunga ni.. saya buat felt applique bentuk bunga.

kali ni saya buat zip macam ni.. (sori tak tau nak terangkan macamana.. :-))

dan ini pula sebelah dalam nya.

Ketiga: Beg Zarif Sufi

beg ni sama je featurenya dengan beg2 diaper yang lain.. sebab tu tak amik gambar secara detail


begitulah cerita beg2 besar ni.. semoga semua ibu2 berpuas hati.. :-)
ada satu lagi diaper beg sedang menanti untuk dijahit.. Diaper Beg Lollipop baby Ziera..

until next time.. have a nice day!

mood swing..

lama betul saya tak update blog. mood swinglah minggu lepas.. tak taulah kenapa.. nak menjahit pun takde mood.. nak blogging pun takde mood. saya jadi tak produktif.. tak patut betul kan.. order banyak tapi saya slow down pulak. maaf sangat2 pada yang belum dapat beg lagi. insyaallah saya siapkan secepat mungkin.

sebab mood tak datang lagi.. saya upload gambar jelah. beg2 yang telah disiapkan minggu lepas.. happy viewing..:-)

















terima kasih singgah di sini.. lain kali saya sambung lagi

Saturday, February 13, 2010

tukar email address

saya dah create email baru hanya untuk pertanyaan mengenai barangan haidahandmade. jadi segala pertanyaan bolehlah guna email baru ni.

haidahandmade@yahoo.com

email saya sekarang ni dah banyak sangat.. bercampur2 dengan personal jadi amatlah tidak teratur. business and personal mana boleh campur kan!?

tapi pada yang dah biasa dgn email shaida71@yahoo.com bolehlah diteruskan je.. :-)

Friday, February 12, 2010

beg lagi.. new pattern

semalam kan saya kata nak tidur awal sebab dah beberapa hari tidur tak cukup.. tapi tak dapat nak tidurlah pulak.. jadi saya pun amik kain dan gunting lagi for a few bags. baru je mr hubby kata "baru malam ni I tgk U tak menjahit".. mesin jahit dah berbunyi lagi..hehe

tapi kali ni saya nak buat beg telekung. ada request from my cousin. dia nak yang kecik je yang boleh masuk dalam beg liyana tu. jadi saya guna fabrik medium weight cotton (fabrik ni lebih dari baju ottobre yang saya buat untuk yasmin). saya sangat suka print ni.

inilah rupa beg telekung tu.

ini setelah saya letakkan telekung..

yang ini pula saya cuba buat beg yang macam bowling bag (saya penah tgk kat DIY Bag Lover).. tapi saya buat ni agak2 je (saya memang tak pandai ikut pattern).

pagi ni yasmin bangun tidur je ternampak beg2 ni dia terus nak.. bila saya kata ni beg makngah.. dia terus nangis. iyelah kain tu kan sama dengan baju dia.. dahlah moody pagi2 ni si yasmin.
Related Posts with Thumbnails