Monday, December 28, 2009

yasmin pun nak beg..

tak habis2 lagi saya menjahit beg.. sorang2 mintak beg.. :-) panjang jugaklah to do list.. cuti sekejap menjahit baju.

kali ni beg permintaan dari puteri kecil saya Yasmin. kesian dia.. tiap kali mama jahit beg dia kata dia punya tapi tetiba beg2 tu dah tak de.. ada sekali tu saya nak tunjuk contoh beg kat anak buah.. menangis2 dia tak bagi.. "min punya! min punya!" jadi kali ni betul2 yasmin yang punya..



sukalah dia pose dengan beg 'yasmin punya' .. :-) saya ada tanya dia jugak masa dia kata mama jahitlah beg min.. saya tanya "yasmin nak beg nak buat apa? nak pegi mana" dia jawab "nak pegi keluarlah"



sekarang ni bila nak amik gambar mesti dia buat muka senyum macam ni..



perasan tak butang2 kat beg ni? sebenarnya butang2 tu yasmin yang pilih.. dia suruh jahit semua butang2 tu.. kecoh jugaklah bergaduh dengan dia pasal butang tu. ada jugaklah yang dapat saya sorokkan sebab takkan nak letak sampai 6 butang kat beg.. yasmin yasmin.. saya jahitlah jugak nak puaskan hati dia.. sebenarnya kat belakang beg tu pun ada butang jugak..



lepas dah pakai beg dia pegi kat abang2 dia sorang2 dia tanya.. "cantik tak beg min? cantik tak? cantik kan" abang salihin pulak kata "pakailah baju pink barulah cantik amik gambar"

2 comments:

d u r a said...

cantik beg yasmin :)yasmin nak keluar pegi mana ni..

Maya said...

hahahaha.. comel beg min.. pandai min pilih butang eh... dah nampak bakat dah tu...

Related Posts with Thumbnails