Tuesday, March 15, 2011

Tutorial: Jom Hias Tudung Saji

Jom kita hias tudung saji plastik ini.. :-)

apa yang diperlukan adalah

1. Tudung saji plastik seperti gambar di atas
2. Reben (disini saya gunakan reben satin) untuk tudung saji besar ni saya guna 2 gulung.
3. Gunting
4. Jarum dan benang
5. Renda untuk hiasan (lebih kurang 2 meter)
6. Bunga untuk hiasan
7. Pisau (craft cutter) untuk menebuk lubang

dalam bab-bab penerangan ni saya kureng sikit.. jadi saya harap gambar2 ni dapat menerangkan dengan jelas lagi

mula2 gunting reben sepanjang lebih kurang 17 inci.. bakar sedikit di kedua hujung reben agar reben tidak berbulu nanti. kemudian bermula dari atas, masukkan ke dalam lubang yang pertama, dan dengan berselang seli.. bentukkan seperti gambar ini..



ini pandangan dari sebelah dalam..




setelah selesai menutup keseluruhan tudung saji dengan reben, kita harus mengemaskan di bahagian bawah reben.. di sini saya menggunakan jarum dan benang untuk mengukuhkan kedudukan reben. Boleh juga menggunakan hot glue, tapi saya kurang galakkan sebab saya pernah menggunakan hot glue, tapi lama kelamaan reben boleh tertanggal.. sebab itu saya jahit kan.



jelas tak?? inilah rupanya selepas siap di kemaskan bahagian bawah reben. Di bahagian atas, tidak perlu di jahit kerana lubang tudung saji agak kecil dibhagian atas, jadi ia sudah cukup ketat.



sekarang bolehlah dihias menggunakan renda dan bunga.. hiaslah ikut imaginasi anda. Inilah rupa tudung saji saya yang sudah siap di hias.



Kalau ada sesiapa yang menggunakan tutorial ni, bagitaulah saya.. saya pun nak tengok hasilnya... :-)

12 comments:

aRniNasiR said...

Bagus la idea ni.. tudung saji kat rumah pun dah pudar warnanya.. boleh la make up lepas ni... :)

Pianina said...

cantiknya....i like..

Anonymous said...

best..best.. mmg lame cari camne nak wat gini...leh try.. tqvm

natasha said...

mak mertua saya baru bg saya tudung saji yg dianyam camni. cantik kan? nak buat pun mudah je. :)

tq 4 sharing..

Haida Hussin said...

terima kasih.. jomlah buat. boleh hias ikut suka hati. saya jenis suka yang simple je hiasannya. lepas tu anyam reben tu pun ikut suka hati nak jarakkan berapa lubang.. kalau nak buat selari susunannya pun ok juga. saya dok cari gambar lama yg ada mcm2 corak tapi tak jumpa lak nak kongsi.. boleh tgk susunan reben yang berbeza.

nisya said...

thanx for sharing.. nnt nak try hias tudung saji my mom.. me x guna tudung saji :D

Haida Hussin said...

thanks for dropping by.. :-) tudung saji yg dah siap di hias ni sesuai juga jadi hiasan dinding ruang makan

Sulela said...

Wah! Cantiknya bila dah siap, kan? Saya akan cuba buat bila ada masa lapang nanti. Thanks sebab sudi sharing...;)

ct N honey said...

saya ada jumpa dikedai craft harganya mahal ooo...tq sbb share dlm hati tu nak gak buat,..saya nak share tutorial ni di blog saya ye...
http://snhz.blogspot.com/2011/04/mencantikkan-tudung-saji.html

Anonymous said...

Nice..

Mommy of the kiddo said...

Assalam..tq 4 sharing.boleh la try utk make over tudung saji kat umah saya.
Tp saya x faham bab nak kena jahit tu.nak jahit kat mana ye.tq

Haida Hussin said...

wassalam Mommy,
maksud jahit tu, di sebelah dalam tu, untuk kemaskan hujung reben, kita jahit sembat. kelepetkan hujung reben, dan jahit sembat. lebih kurang macam jelujurlah jugak.. yang pastinya supaya reben itu tidak tertanggal. harap puan faham.. tq :-)

Related Posts with Thumbnails