Sunday, January 31, 2010

Ottobre Sewalong

finally dapat jugak saya join Ottobre Sewalong yang dibuat oleh zura. di sebabkan saya tak penah tengok magazine ottobre tu, so saya ikut je apa yang saya lihat di blog zura ni. (hmm.. saya rasa yasmin amik gambar pun lebih kurang mcam hanan.. :-) ok ye zura.. bolehlah ni kan.




saya gunakan apa je yang ada dalam simpanan. tak sempatlah nak pi beli kain and reben. jadi saya guna reben satin je. fabric ni memang saya suka sangat patternnya.. so sweet ribbons tu.




zura, kebetulan pulak saya guna bias tape yang sama, sebab tu je yang ada dan sesuai pulak dengan warna fabric ni. it really is an easy dress to make.. it took me about less than 2 hours to finish it.

rasanya tak sempat saya join JomJahit dgn tinihani.. next time lah nampaknya.

Saturday, January 30, 2010

wristlet

saya ketandusan idea nak tulis apa hari ni.. hehehe.
mungkin kerana kesibukan nak menyiapkan tempahan, saya jadi kelam kabut.. :-)
apa-apa pun saya tunjukkan kat sini beberapa wristlet yang dapat di siapkan semalam.
harini tunjuk wristlet je.. esok tunjuk beg lagi.. :-)








lepas ni nak jahit baju yasmin.. JOMJAHIT & OTTOBRE nyer due date is today! hopefully sempat.

thank you for dropping bye.. have a nice weekend!

Thursday, January 28, 2010

nearly 100

sedar tak sedar dah nak sampai ke 100 entry saya kat blog ni. biasanya bloggers akan buat giveaway kan.. tapi mampukah saya nak buat giveaway.. nak buat sticky mode pun tau.. nak guna random org pun tak tau.. nak buat html code untuk online shop saya pun tak tau.. :-) nantilah kalau ada kelapangan saya akan belajar buat semua tu..



blog saya ni pun masih baru rasanya.. ada tak sesiapa ingat terbaca post pertama saya di sini. saya terjebak dengan blog ni pun sebab masa tu sedang mencari tutorial untuk menjahit baju kanak2 perempuan dan saya terjumpa blog maya. saya suka sangat jenguk blog maya. gambar2 nya cantik2 dan ceritanya pun seronok saya baca.. hinggalah satu hari maya buat blog craftzone malaysia untuk kumpulkan crafter. masa tulah saya mula buat blog.. dan diterima pula oleh maya untuk join craftzone. thanks maya.



macamana saya boleh jahit beg? mula2 saya buat blog.. saya buat baju yasmin je. tapi bila tengok ramai rakan crafter lain buat beg.. saya pun teruja nak buat beg. tutorial yang saya ikut adalah tutorial dari maya lah siapa lagi.. tutorial dialah yang saya faham.. masa tu juga crafter Cik As yang selalu buat giveaway pun beri inspirasi pada saya untuk buat beg. tapi saya tak penah menang pun.. :-)



kemudian bila saya dah faham cara nak buat totebag.. saya cari pulak kain heavy cotton. saya cari di nagoya tapi very limited coraknya.. jadi saya cari pulak online.. dan saya terjumpa blog kidsisland. first time saya beli barang online. masa tu saya beli kain belang2 je.. sebab takde corak lain yang sesuai untuk budak lelaki yang saya jumpa. iyelah anak2 saya kan lelaki.. merekalah pelanggan pertama saya.. :-). dan sejak itu saya mula menjahit beg setiap hari (belum cuti lagi nih.. )



saya taklah pandai sangat menjahit.. jadi pada yang sudah membeli dari saya.. saya mohon maaf jika apa yang diterima tidak seperti yang dilihat.



sambil2 membaca cerita saya ni.. sambil2lah lihat hasil tangan saya ni.




beg dan pencil case ni kawan arshad yang punya, suka si arshad ni promote kat kengkawan dia. siap dia bawak kain tunjuk kat sekolah. saya pesan kat dia.. buat tu jgn kecoh2 nanti cikgu marah arshad berniaga pulak kat sekolah.. hehe. tapi yang kelakarnya budak2 ni.. harini order.. esok nak. alahai...

thank you for reading.. :-)

Tuesday, January 26, 2010

strawberry diaper bag

ini pertama kali saya buat diaper bag untuk orang. dulu2 masa saya mengandungkan anak kedua, saya ada jahit satu untuk diri sendiri. so bila ada orang request diaper bag, saya pun carilah beg lama tu buat reference. tengok2 kat blog kengkawan pun ada jugak to get some ideas. jadi sebab memikirkan mcamana nak buat.. saya hanya dapat buat satu beg sahaja harini. ok jom lihat apa yang saya dah buat..



request dari eycha nak buat diaper bag dengan motif strawberry. saya tak ada kain yang ada gambar strawberry tu, kalau nak order lambatlah pulak dapatnya. jadi saya buatlah satu applique felt strawberry dengan nama baby Awatif in the middle. ok ke?



ada poket di kiri dan kanan beg



kali ni saya guna zip.. saya ikut tutorial kat sini. bagus betul blog ni sebab ajar byk cara nak jahit beg. terima kasih sangat-sangat.



zip yang saya guna ni boleh di tanggalkan dan dipasang semula dengan mudah.. macam zippered jacket tu..



bahagian dalamnya pula ada 5 poket.. boleh letak macam2.



saya tambahkan juga 2 biji strawberry.. yang strawberry ni saya tak buat.. saya beli kat kedai.. :-)

so macamana eycha? ok tak?

oh lupa lak nak bagitau saiz beg ni. saya rasa beg ni macam besar. lebar 15 inci, tinggi 13 inci dan depth 7 inci. it's a big mama bag.. pasti boleh letak banyak barang baby bila bawak baby gi jalan2.. :-)

Sunday, January 24, 2010

cerita anak2

salam. apa aktiviti hari minggu anda? saya tak kemana2.. di rumah je bekerja. menekan mesin jahit je.. itulah keje saya. bagilah saya keje keje craft.. semua saya suka. cuma jangan bagi saya keje rumahtangga.. harini yang bestnya mr hubby tolong lipat kain. dan berbakul2 tu tak berlipat.. hehe. biasanya salihin yang tolong lipat tapi beberapa hari ni dia pun sibuk dengan keje sekolah so tak nak ganggu dia.



keje rumah memanglah tak habis2. agaknya macamanalah ibu2 yang bekerja ye? saya tak penah bekerja.. jadi memang saya takkan faham. yang saya tengok kakak saya kalau balik keje atau hujung minggu dia tidur je.. hehe. jangan marah ye akak.



yasmin sekarang ni pulak macam2 perangai dia. bercakap kemain pandai lagi. tapi nak suruh makan susah sangat.. makin kecik pulak nampak badan dia.. kesian yasmin mama sibuk je nak main lama2 dengan yasmin. alhamdulillah rumah nenek dekat je belakang rumah so ke sana je dia hari2 sebab kat rumah nenek ada 4 cousin dia yang melayan yasmin main..



arshad pulak 2 3 hari nampak lemah je.. nak kata demam tak demam tapi melepek je kat rumah macam tak larat.. harini je baru dia nampak ceria. asik nak naik basikal. tahun ni sibuk nak pergi sekolah SAR naik basikal.. dia kata mama dah janji bila dia darjah 5 boleh naik basikal pergi sekolah. bukan apa.. saya risau sangat sebab nak ke sekolah dia tu kena naik flyover.. harap2 anak2 mama semua selamat pergi dan balik sekolah.



khaizuran pulak asik kumpul pemadam. kemana2 dia pergi mesti pemadam tak tinggal. harini menangis2 sebab yasmin amik pemadam dia. terpaksalah papa pergi beli lagi..



dan anak sulung saya Salihin pula akan menduduki PMR tahun ni. his time spent on the internet dah kena reduced.. no more stay up late at nite. alhamdulillah this year dapat seorang guru tusyen yang datang ke rumah so no excuse nak ponteng tusyen dah. apa apa pun.. mama sayang semua anak2 mama.

Saturday, January 23, 2010

beg yang ceria!

assalamualaikum dan salam sejahtera.. apa khabar anda hari ini. saya doakan semuga kita semua sentiasa dirahmati Allah swt di dalam kesibukan kita mencari rezeki dan menjalankan tanggungjawab. terima kasih singgah di sini sambil-sambil mencuci mata melihat beg buatan saya ni. kalau ada yang berkenan email lah kepada saya, insyaAllah akan saya balas secepat mungkin.

seperti yang saya cakap semalam, harini semua belang-belang. beg harini untuk kanak-kanak ceria Danish, Aidi, dan Aliff. saya tambahkan hiasan kereta dari felt untuk menceriakan lagi beg ni.. (hehe.. menceriakan beg ke menceriakan kanak2)





semua beg ni menggunakan kain heavy cotton dan semuanya dilapisi interfacing, dihiasi dengan tulisan menggunakan kain felt, dan tali beg yang boleh di ubahsuai.

Thursday, January 21, 2010

macamana saya boleh terjebak

FACEBOOK! hampir semua orang ada facebook. kemana2 saya pergi orang bercakap pasal facebook.. baguslah ada facebook rakan2 lama yang dah berpuluh tahun tak jumpa.. berjumpa kembali.. silaturahim bersambung kembali.. hari2 terasa seperti kita dikelilingi ramai orang.. kita tak bersendiri lagi sejak ada facebook.. maksud saya, sayalah. kalau tak saya seperti katak di bawah tempurung sebab saya jenis yang duduk rumah.. takde kawan.. kawan2 saya cuma anak2 saya.. especially salihin.. he's become my friend yang really understanding. (dulu masa dia kecik2.. dia kata kawan mama salihin je sorang). mama sedih ke mama happy ke salihin pasti tahu dan faham.



tapi sekarang facebook bukan saja to reconnect with your friends tapi dah jadi tempat main game.. addicted games semua ada di facebook. kalau satu hari tak masuk mesti resah jadinya. saya mula pun selepas hari raya tahun lepas sebab masa tu dah tak sibuk menjahit.. lepas tu hari2 tak boleh tinggal.. walau mcamana sibuk saya menyiapkan tempahan.. sempat juga masuk facebook. di facebook ada kebun, ada cafe, ada binatang peliharaan, ada theme park, ada macam2lah. semua game kat facebook anak saya join.



pasti ramai yang merasainya kan.. satu keluarga saya ada facebook kecuali yasmin. Khai pun balik sekolah je sibuk nak bagi makan ikan dia dan rabbit dia.. cuma farmville je dia tak suka.. dan cafe pulak kawasan larangan bagi dia. apa taknya.. dia suka beli barang.. last week dia beli pintu yang harganya 25000 cafecoins.. hahaha habis duit yang di kumpul untuk nak expand.

oopss! sorilah cerita hari ni tak berkenaan dengan craft.. tapi sambil tu cuci matalah tengok beg yang berbunga2 ni.. harini tak de belang2. esok ada belang2.. hehe
terima kasih kerana meluangkan masa di sini.. salam

Wednesday, January 20, 2010

i'm not perfect

i'm not perfect nor am i a superwoman. mood swing today.. aargghh.. rasa macam nak menyorok pun ada.

apa apa pun jomlah layan tengok beg lagi.. mungkin warna2 ceria beg ni boleh menceriakan..



satu lagi order dari kawan arshad. pandai arshad ni berniaga ye.. dengan cikgu dia pun dia boleh amik order.



dan yang ini pula beg adam irfan anak sepupu saya. dia nak bawak pegi sekolah jugak.
beg adam ni ada poket kat tepi untuk letak botol air. dan juga adam nak a matching pencil case. pensil case tu macam terbesarlah pulak.. takpelah kan adam. boleh letak macam2.

terima kasih pada yang order beg dari saya. saya cuba buat secepat mungkin selagi terdaya. takut juga bila dah terima tempahan kemudian tak dapat buat cepat.. risau sangat. kalau ada yang tak elok tu bagitaulah saya ye.. jangan kutuk kat belakang tau.. salam

Tuesday, January 19, 2010

2PM!!?? 2AM..

ketinggalan zaman ke saya? budak2 sekarang minat betul dengan 2PM. saya ingat 2PM tu apa rupanya korean group singer. dahsyat anak2 sekarang.. dengar muzik global sampai bahasa korea pun suka. dulu zaman saya cuma tau lagu orang putih je.. :-) saya tau pasal 2PM pun sebab dapat tempahan beg dari zana, lynn, & abby yang minat giler dengan 2PM.. suruh saya letak nama diorang. bila saya check kat internet.. cute jugak 2PM ni.




to zana, lynn, and abby harap2 betullah apa auntie jahit ni. kalau tak betul nanti bagitaulah ye. 2AM takde ke.. hehehe

Monday, January 18, 2010

two more sling bags

hi! tq for visiting me here.. really appreciate :-) please dont get bored with my posting of bags. what to do.. itu je keje sekarang ni. bilalah pulak nak join zura and tinihani menjahit baju anak2..




baju2 yasmin pun dah byk yang kecik/pendek.. nak kena jahit pyjamas nih. one day mesti kena jahit jugak.. cuti satu hari menjahit beg ke..

saya ni duk rumah je. kalau pegi keluar pun dekat2 sini je. kat sini kedai kain takde kain yang cantik2. saya kena beli online.. ada yang mahal ada yang murah kena rajin blogwalking.. tapi now not much time for blogwalking.. huhuhu. ada sapa2 jual kain heavy cotton yang murah2? hehehe..

Sunday, January 17, 2010

sewing marathon

feewwhh!! i've been sewing none stop for i don't know how many days.. i guess since new year. alhamdulillah for the good response. Alhamdulillah..

this bag is for 5 year old Afreena. really hope she likes it. hope she likes butterfly.


and this is for 8 year old aaron. just a simple one coz normally boys don't like fancy deco.. (am i rite?)



yang ini yasmin lah menjadi model untuk beg kecik



here's another margaret bag for liyana with her name on it. i'm out of the big red button (kat kedai pun out of stock) so i used a multiple layer of buttons. i love it coz it really matches the pattern of the fabric.



tadi masa saya tinggalkan mesin jahit kejap sebab nak menggosok.. rupa2nya si kenit ni buat sepah kat mesin jahit ku yang memang dah bersepah pun (tak sempat lagi nak mengemas huhu..) ohh ini keje yasmin ye.. tak boleh leka sikit. risaunya tgk dia main gunting.. dia kata "min jahit macam mama kan.. " lepas tu dia senyum.. :-)




lihatlah betapa bersepahnya tempat saya menjahit. malulah pulak kengkawan tengok.. (tadi tengok workstation durra cantik betul). saya cuma gunakan meja komputer lama (desktop dah tak guna so saya manafaatkanlah). saya menggunting kat lantai je (cuma dulu masa mengandung je saya menggunting atas meja makan)

to wannur, saya lagi giler tengok your felt creation. saya guna butterfly yang wannur buat kat beg afreena tu.
Related Posts with Thumbnails