Wednesday, January 26, 2011

Yay!! berjaya jahit tudung


Alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga saya jahit tudung DIY untuk my Yasmin. dah lama teringin nak jahit tapi masih tak de material yang sesuai.. ke sana sini saya round cari tutorial dan cuba fahamkan.. akhirnya tercapai juga.

semalam mr hubby sudi bawa saya ke kamdar sebab saya kata saya nak cari kain untuk jahit tudung yasmin. Yasmin ni hari2 balik sekolah mesti comot.. hari2 nak kena basuh. tudung ada satu je.. jadi saya kuatkan semangat untuk mencuba menjahit tudung sendiri.

mula2 memang agak tidak kemas.. saya tetas balik dan jahit semula. saya gunakan foam sheet (tak sure betul ke tak namanya.. :-)) sebab saya rasa kalau guna cotton interfacing, awning cepat patah dan tak cantik lagi.

yasmin dah pakai pun ke sekolah pagi tadi.. nampak comel je (anak sendiri mestilah puji.. :-)) sekarang saya dah faham dah mcmana nak jahit tudung... dulu memang tak berani langsung.. moga lepas ni rajinlah nak menjahit tudung sendiri.. :-)


kalau kawan2 nak tengok tutorial, rakan blogger saya ada buat, boleh lihat kat sini

http://blogrimbun.blogspot.com/2010/02/camna-nak-jahit-tudung-sendiri.html

Friday, January 21, 2011

Selamat Tahun Baru, persekolahan & projek menjahit

hah! semua masuk sekali dalam satu tajuk.. :-) sebab dah lama sangat tak jenguk blog apatah lagi buat entry kat sini.

selamat tahun baru semua.. semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah swt dan dipermudahkan segala urusan dan di berikan kesihatan yang baik. (mm.. asik mohon je tapi ibadah kepadaNya tidak sempurna mana.. hmm) malu saya..

oklah.. mula tahun baru, sibuk dgn persiapan anak2 ke sekolah. Yasmin ke tadika, Khai masuk Tahun 1, Arshad di Tahun 6, dan Salihin ke Tingkatan 4. Sebelum mula sekolah tu, memang risau pasal Khai yang akan pertama kali ke sekolah, sebab masa di tadika pun selalu je nangis ke sekolah.. tapi alhamdulillah, rupanya sekolah la salle klang tahun ini merubah semua kelas ke sessi pagi.. takde dah sessi petang untuk tahun 1, 2, dan 3.. jadi adalah abang arshad teman kan khai, termasuk 4 lagi sepupunya di sekolah yang sama. Khai agak seronok ke sekolah tanpa perlu saya menemankannya.. cuma untuk 2 hari saya dtg pada waktu rehat untuk memastikan dia tau nak guna duit nak beli makanan.



terima kasih pada anak2 buah saya, Khir, Qal, Ilham, dan Adam kerana selalu temankan Khai



petang pula, khai ke sekolah agama. tak sangka, khai berubah sungguh perangai. suka dia ke sekolah pulak.



selesai sudah citer Khai.. ni citer Yasmin pula yang pertama kali ke tadika. Seronoknya dia nak pergi sekolah, malam tu dah try dah baju yang saya jahitkan. last minit jahit tu.. :-)



masa saya hantar tu terus je letak dia kat kelas.. lepas tu saya duduk jap bincang dengan pengetua sikit pasal uniform.. lepas tu saya balik sebab saya tengok dia ok je. masa jemput pun tgk dia ok je.. lega hati saya. tapi dia cerita kat sepupu dan nenek dia nangis sikit lepas mama balik. alhamdulillah yasmin cepat dapat menyesuaikan diri di sekolah tanpa saya perlu menunggu lama seperti abang2nya dulu.
ni gambar masa balik dari tadika.


lastly, cerita pasal projek menjahit. buat masa sekarang masih sibuk menjahit uniform tadika walaupun sekolah telah bermula.. ini disebabkan saya hanya menerima kain 2 minggu sebelum sekolah buka, jadi saya memang tak sempat nak jahit banyak. saya rasa average saya boleh jahit cuma 2 pasang sehari sebab saya kena ke kedai sate juga dari pukul 4 hingga 11 malam. so far dah dekat 60 pasang saya jahit.. masih lagi menjahit untuk simpan stok.

inilah rupa bajunya.. yang ini untuk budak lelaki



dan yang perempuan pula bajunya macam yang yasmin pakai tu..

saya masih tidak menerima tempahan menjahit beg, tak tau lagi bila.. letih juga ni sebab memang takde holiday.. semua ni untuk mendapat rezeki yang halal untuk keluarga saya.. syukur alhamdulillah masih dibuka pintu rezeki untuk saya.
Related Posts with Thumbnails