Showing posts with label apa apa jelah. Show all posts
Showing posts with label apa apa jelah. Show all posts

Sunday, January 3, 2016

Selamat tinggal 2015, selamat bertemu 2016

Lama sungguh tak menulis di sini, hari ni saja nak buat posting supaya sejarah hari ini boleh diingat kembali.

Tahun 2015 saya mula menjual batu seremban.. sambutan sangat menggalakkan. Pernah mencecah 600 set dalam sebulan. Alhamdulillah..
Hari terakhir 2015, saya mendapat tempahan batu seremban paling banyak.. sebanyak 150 set.. makanya, hari2 pertama 2016 saya penuhi dengan menyiapkan tempahan tersebut. Alhamdulillah mendapat bantuan dari emak saya.

Hari terakhir 2015 juga saya mendapat perkhabaran tak berapa nak menarik.  Tuan rumah yang kami duduki hampir 5 tahun kini mahu kami berpindah kerana dia ingin memberikan rumah ini kepada anaknya.  Terdiam terkelu tak tau nak fikir apa.. masa diberi sebulan untuk berpindah.  Nak beritahu pada anak2 pun tak tau macamana.. makanya diam je lah sampai ke malam.

Alhamdulillah.. pada malamnya suami saya keluar untuk mencari kalau2 ada rumah lain untuk disewa. Tak lama kemudian, dia call saya beritahu dia dah jumpa rumah.. ya Allah syukur pada Mu. Rumah pun tak jauh dari sekolah.

so sekarang memikir untuk mengemas barang je.. anak2 biarlah diorang dengan persekolahan diorang. 

insyaAllah semoga tempat yang baru nanti akan lebih membahagiakan kami sekeluarga.. semoga anak2 selesa.. semoga dimurahkan rezeki kami.. dan semoga kami dapat membantu ibu bapa kami juga.

Sunday, March 11, 2012

Rakan2 baru dalam hidup saya

Alhamdulillah, sejak ada internet dan fb ni.. saya tak rasa sunyi sangat. seperti hari2 ada ramai orang di keliling saya. Rakan2 pula semuanya mempunyai minat yang sama.. dan semuanya sporting.

Baru2 ni saya dapat kelepasan dari encik suami untuk berjumpa dengan rakan2 baru saya ni.. suka sangat. Semuanya macam dah lama kenal.. dan tak sangka mereka ikuti juga blog saya dari mula..

saya memang malu sangat mula2 nak pergi tu.. tapi bila dah jumpa seronok sangat.. dapat salam2 dapat peluk2 dapat laga2 pipi.. dapat hadiah lagi.

terima kasih semua.. :-)

Friday, February 17, 2012

terbiar je blog ni.. huhu

lama betul blog ni terbiar.. sampai dah tak tau nak tulis apa.. byk cerita tapi bila nak tulis.. tak tau nak start mcmana.. :-) terima kasih pada yang masih sudi lawat blog saya..

maaf ye.. saya tak ready lagi nak amik tempahan beg.. sekarang saya belajar buat beg baru dan juga wallet.. sedang mendapatkan mood untuk menjahit beg.. letih menjahit uniform dan tudung masih terasa..

Saturday, October 8, 2011

bila dah start susah nak berenti

bila malas.. malas jer dan susah nak start.. bila dah start.. susah nak berenti.. itulah keadaannya saya bila menjahit ni. sekarang ni tengah gila2 menjahit.. nak kuar jalan2 pun malas.. sebab kalau boleh nak siapkan jugak 3 4 beg sehari.

tapi semalam anak2 ajak pergi MidValley.. kesian pulak dah lama tak gi jalan2 ke KL. yang tak tahannya pergi kl ni jalan jem je.. jadi saya bawak majalah handmade, baca dalam kete.. kalau kat rumah memang tak de masa nak membelek2 majalah handmade ni.. cantiknya beg2 dalam majalah tu.. nak membuatnya entah bila sebab banyak tempahan nak disiapkan..

anak2 dah besar ni macam2 permintaannya.. kalau sorang dibelikan barang, yang 3 lagi
pun kena dibelikan juga.. alhamdulillah ada rezeki anak2 dapat barang yang dihajatkan.

Salihin dapat kasut, arshad juga dapat kasut, khai dapat mainan G.I Joe, yasmin dapat mainan jugak. Pergi kedai CD.. sorang2 pilih cerita masing2. masa nak balik tu sempat lagi makan desert.. Arshad kata "lepas ni pergi beli barang mama lah pulak".. saya kata "barang mama takde kat sini.. bawak mama pergi kedai kain je.. :-)" barang lain mama tak nak.. :-).. papa pulak kata "papa takde apa2 nak beli, untuk korang je papa belikan" agaknya bila dah ada anak2 ni, dah tak rasa keperluan diri itu penting.. semuanya untuk anak2 didahulukan. Bila beli kasut sendiri, RM15 pun rasa mahal.. tapi kalau anak mintak kasut harga RM100 pun dibelikan..hmm

kami sampai Midvalley pukul 5 lebih.. keluar dari situ 9.30pm.. tapi sampai rumah kat Klang pukul 11.45.. 2 jam lebih nak sampai rumah. semuanya pasal jalan jem.. entah pasal apa jem pun tak tau.. buang masa betul dalam kete.. dalam hati asik fikir tak dapatlah menjahit ni.. ingat dapatlah siapkan 2 beg hari ni

tapi sampai je rumah, lepas buat apa yg patut, saya terus menggunting dan menjahit.. sambil melayan citer biniku gangster.. dan ditemani oleh salihin yg berinternet.. sampai pukul 3 pagi.. siap 2 beg.. alhamdulillah.

dah lama tidak menulis di blog ni.. asik letak gambar je. bukan apa, kengkadang macam2 ingin dikongsi, tapi bila fikir2, simpan jelah... takut nanti tersalah tulis, menyesal pulak..

pasal tutorial, saya bukan taknak buat.. saya tak pandai nak citer.. bila amik gambar pun, kamera ciput.. gambar dekat tak clear.. maaf ye, saya bukan kedekut ilmu.. tanyalah apa saja kat saya (pm saya di facebook, insyaallah saya jawab)

Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya 1432H

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.



Tuesday, June 7, 2011

Penatnya..

i'm totally exhausted! hari ni hari terakhir mengangkut barang2 ke rumah baru. letihnya.. tak terkata. Banyak betul barang yang dikumpul 14 tahun di rumah lama.. rumah je kecik tapi barang byk sgt. banyak dah buang banyak juga yang masih ada.. mainan anak2 berkotak2.. suruh diorang pilih yg mana nak.. semua dia nak.

rumah baru ni pulak dah macam stor. penuh hall dengan barang yang belum di unpack.. so now sessi menyusun pulak.. first time saya pindah rumah sejak berumah tangga. memang tak dapat dibayangkan.. 2 minggu mengemas dan 3 hari mengangkat barang2. terima kasih sangat2 kat mak yang banyak menolong dan juga adik yang menolong menghantar barang2.. sampai semput.. malam ini malam ketiga kami bermalam disini. tengok rumah lama yang kosong tadi, memang sedih juga.. semoga kehidupan di tempat baru akan jadi lebih baik insyaAllah. Alhamdulillah..

saya pun tak dapat nak cakap bila boleh mula menjahit.. ruang menjahit pun tak fikir lagi nak letak mana.. nantilah saya update. pada yang email, saya tak sempat balas lagi.. maaf ye

Thursday, May 19, 2011

Cuti menjahit sekejap

Saya akan bercuti dari menjahit mulai minggu depan hingga habis cuti sekolah.. 25hb May - 15 June 2011. Bukan saya pergi holiday ye.. tapi sebab sekarang ni saya sibuk mengemas rumah sebab akan berpindah rumah awal bulan Jun nanti. Pada yang saya dah janji akan pos beg pada minggu depan, akan saya usahakan.

saya berpindah dekat2 sini je.. tapi sebab dah 14 tahun duduk kat rumah ni, barang banyak sangat nak dikemas. semoga segalanya berjalan dengan lancar dan semoga saya dapat menjahit semula secepat mungkin.

terima kasih frens.. :-)

Friday, May 13, 2011

menjahit..menjahit.. menjahit lagi

yesterday i've been sewing the whole day (almost :-)) badan rasa letih betul. bila berdiri tumit ni rasa sakit bila pijak dan berjalan.. kenapalah agaknya. keje menjahit je bukan berjalan pun..

tapi alhamdulillah dapat siapkan tempahan semalam.. malam nya pergi hantar dan dapatlah rezeki lagi.. dapatlah saya belikan McDonald untuk Khai. Khai balik sekolah letih sangat semalam, sampai taknak makan.. tapi bila saya kata nanti mama belikan Filet mcD.. baru dia nak makan.

dalam minggu ni memang saya jahit full swing.. kesian jugak kat mesin tu.. :-) harap2 ada rezeki untuk saya dapat sebuah lagi mesin jahit.. bolehlah mak saya tolong jahit baju raya tahun ni.. amin.

cerita pasal yasmin pulak.. budak ni memang suka sangat tunggu tepi saya bila saya menjahit. bila dia nampak je saya duduk kat mesin tu, mesti dia datang.. kat tepi mesin jahit tu saya ada letak kotak untuk saya letak barang.. dia akan berdiri atas kotak tu.. "mama nak benang warna apa?.. lepas ni mama nak benang warna apa?.. bila mama nak jahitkan beg untuk Min?.." itulah soalan dia setiap hari. Saya tanya dia kenapa min suka tengok mama jahit.. dia jawab "sebab bila Min tengok mama jahit, macam Min pun tengah jahit".. "bila mama gunting A B C.. macam Min yang gunting".. :-).. tu yang tak tahan tu.. kengkadang habis gam UHU saya dikerjakan.. kengkadang bertaburan benang yang dah disusun tu.. tapi saya berdoa agar Yasmin tidak tercedera terkena jarum atau gunting.. amin.

cuaca sekarang memang panas sangat kan? anak2 saya sorang2 demam.. saya pun demam jugak.. harini dah selsema.. telan activfast je lah

Thursday, May 12, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan.. dapatlah saya membantu walaupun tak seberapa.

Semalam sedang saya menjahit, tiba2 mesin jahit tu macam tersedaklah pulak.. alahai.. mesin rosak lagi.. :-( mcm2 saya fikir.. tempahan kena siapkan ni.. dah janji dgn orang esok nak hantar 3 beg.. mesin jahit pulak buat hal. nak buat mcmana ni.. duit dahlah tak banyak, nanti kena caj mahal nak byr macamana?

saya tawakkal je lah.. masa nak jemput arshad balik sekolah saya bawak sekali mesin tu nak hantar ke kedai. bulan lepas masa mesin jahit tu rosak saya hantar kat kedai singer tu, jadi saya pegilah balik kedai tu jugak. Alhamdulillah tokey tu terus lah repair.. siap dalam masa 15 minit. lega rasanya.. lagi bersyukur bila tokey tu kata tak yah bayar sebab belum sebulan pun dia servis mesin tu dulu.. alhamdulillah.

dapatlah siapkan tempahan lagi.. :-)

cuaca sekarang memang panas dan berjerebu.. khai dah sembuh dari demam.. harini arshad dan salihin pulak yang demam.. tapi budak dah besar kalau demam tak susah nak jaga. tak macam khai dan yasmin.. kalau demam asik muntah2.. merengek.. menangis.. sabar jelah.

oklah.. saje je cerita sebab suka sangat mesin jahit dah ok.. :-)

Monday, May 2, 2011

Selamat Hari Pekerja - yg bestnya cuti!!

selamat hari pekerja buat semua.. saya pun cuti gak.. hehe.. cuti menjahit. Kami sekeluarga ke Morib sebab ada sepupu saya buat jamuan makan2 sempena hari ibu, hari jadi dan juga anniversary. Sepupu saya ada rumah rehat di tepi pantai morib tu, so anak2 apa lagi.. mandi lautlah. Yang seronoknya, it's a private beach so takde orang lain kecuali sedara mara je.. dah berbelas tahun tak ke morib.. ni lah baru sampai.

yasmin seronok betul main pasir, khai pulak mandi sambil kutip kepah.. arshad pulak mandi sampai tak ingat nak berenti.. yang dewasa pulak best makan2.. hehe

tapi yang tak seronoknya, bangun pagi tadi.. badan yasmin panas. laa.. demam lah pulak lepas kena angin laut ni. satu hari merengek je.. saya tak boleh buat apa2.. menjahit pun dia tak bagi.. dahlah semalam saya cuti sehari tak menjahit.. harini pun kena cuti lagi.. tertangguhlah tempahan orang nampaknya.. maaf ye.. kita hanya boleh merancang.

harap2 hanya demam biasa dan semoga yasmin cepat sembuh.. kesian dia.. makan minum tak lalu..

Tuesday, December 14, 2010

Alhamdulillah khai hampir sembuh


Alhamdulillah.. lega sangat rasanya Khai dah selamat berkhatan dan sekarang dah berlari dah pun. Hari tu hampir tak jadi sebab dia menangis nak balik selepas kena suntikan bius tu.. tapi dapat gak pujuk.. syukur alhamdulillah.



Keluar je klinik terus tak nangis dah.. balik rumah terus main game. Tapi walaupun menangis di klinik, mama tetap bangga dengan Khai. Tak lama lagi pasti dia lupa dah kejadian di klinik tu kan. Saya pun lega juga sebab Khai anak lelaki ketiga dan terakhir insyaallah.. tak perlu lagi saya temankan sesiapa berkhatan (sebenarnya saya sendiri penakut jumpa doktor.. :-))



sekarang khai dah hampir sembuh.. dah bawak dia gi jalan2 pun nonton wayang.. citer Rapunzel, Narnia, and Ngangkung. Cuti ni tak holiday ke mana2 jadi tgok wayang jelah.

Thursday, November 18, 2010

maaf.. saya tak dapat menjahit beg lagi

salam aidiladha buat semua.. semoga korban kita diterima Allah swt insyaallah.

saya mohon berbanyak maaf kerana tidak dapat menjahit beg buat masa sekarang.. tak boleh fokus pada jahitan. rasanya saya tak bolehlah buat 2 keje dalam satu masa. Sekarang ni di restoran uncle sate kekurangan pekerja.. effa dah berhenti kerja sebab mengikut suami pindah ke kelantan.. terpaksalah saya membantu di kedai. sebab tu tak dapat fokus menjahit beg. Menjahit beg ni saya kena concentrate sebab bukan sekadar jahit je tapi saya kena fikir mcamana nak hias beg juga.. saya tak boleh fikir secara kreatif sekarang. Lagi pula dah hujung tahun ni, kena jahit baju sekolah anak2 dan anak buah.. dan saya juga mendapat kontrak menjahit uniform tadika. Alhamdulillah dibukakan lagi pintu rezeki untuk saya. Terima kasih cikgu kerana percaya pada saya menjahit baju untuk hari konvo haritu dan juga untuk uniform tahun depan.

Bukanlah saya ni tamak nak terima tempahan jahit baju pula padahal beg tak jahit lagi. Pertama, menjahit beg memerlukan saya berfikir secara kreatif untuk menghasilkan sebuah beg.. manakala menjahit uniform, saya hanya ikut contoh shj. Kedua, menjahit beg memerlukan saya mengeluarkan modal membeli kain dan bahan2.. manakala menjahit baju saya tak perlu pergi mencari kain. Ketiga, menjahit uniform hanya dihujung tahun bukan sepanjang tahun. Terpaksalah dikorbankan sedikit masa untuk menjahit baju diwaktu siang dan membantu di kedai sate pada waktu malam.. semua ini untuk membantu menambah kewangan keluarga. Tau2 jelah yuran sekolah tadika sekrang bukan murah.. tahun depan Yasmin pula akan ke tadika. Khai akan masuk Tahun 1, Arshad di Tahun 6, dan Salihin di Tingkatan 4. Persediaan untuk baju, kasut, dan peralatan sekolah untuk 4 orang memang banyak belanjanya.

Jadi sekali lagi saya mohon maaf tidak dapat menerima tempahan beg dan juga menyiapkan tempahan beg yang telah diterima sebelum hari raya haritu.

Tuesday, October 5, 2010

So Not In The Mood!!

macamana nih.. nak menjahit takde mood langsung.. malunya saya dengan customer yang dah lama menunggu. kalau dipaksa menjahit masa takde mood ni nanti hasilnya tak elok.. alahai.. nak buat macamana ni..

bulan syawal ni pulak business kedai sate alhamdulillah. sebelum ni kan saya ada mention yang sorang pekerja saya balik kampung sebelum raya haritu.. jadi sekarang ada pekerja baru.. and she is so so so slow. jadi saya terpaksa tolong kat kedai. bila dah balik penat pulak..

hopefully lepas saya dah luahkan kat sini.. mood menjahit akan datang balik.

to kak jua, Ann, sofiah, nelly, dan yang lain.. maaf ye lambat

Tuesday, September 21, 2010

sorry tak dapat balas email

salam.. mohon maaf sangat2 sebab at the moment tak dapat nak balas emails. agak sibuk dengan kedai sate dan juga weekend ni ada majlis kahwin sepupu jadi saya baru nak jahit baju untuk puteri sorang saya ni.. masa ni lah nak merasa pakaikan yasmin baju cantik2.. :-) majlis berlangsung selama 3 hari.. takde baju yang sesuai untuk yasmin sebab tu saya jahitkan je.. nanti bila free saya akan upload gambar dress yasmin.

maaf ye.. saya akan balas email bila saya dah free sikit..

** susah betul nak blogwalking sekarang ni.. ada malwarelah pulak.. even blog sendiri pun tak boleh buka. jadi saya terpaksalah delete a few blog from my blog list.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 hijrah

Selamat hari raya buat semua saudara mara, rakan-rakan yang dekat dan jauh, rakan-rakan di alam maya dan semua yang mengenali saya. Ampun dan maaf dipinta atas segala kesilapan dan halalkan makan dan minum. Semoga semua ceria di hari raya dan semoga semuanya selamat di dalam perjalanan menziarahi saudara mara dan sahabat handai.

Alhamdulillah selesai sudah menunaikan puasa di bulan Ramadhan yang mulia. Tiba pula bergembira di bulan Syawal.. (yang pasti saya memang takde mood nak raya.. cuma keluarga je yang tau..:-( sungguh saya tak gembira kali ini.. ya Allah semoga masalah akan selesai.. sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya)

Alhamdulillah dan terima kasih juga pada yang baik hati sudi memberi kami biskut raya, dodol, bahulu, kek.. hingga penuh jugalah meja menyusun kuih. sungguh saya tak sangka masih ada yang sudi. Saya memang tak buat kuih langsung.. anak saya arshad yang buat satu biskut cornflake.. dan harini juga dia paksa papanya beli bahan2 untuk buat kek.. arshad ni kalau nak memang tak sabar2. Saya hanya membuat ketupat yang diorder oleh rakan dan sedara mara.. dan selebihnya saya mengemas rumah. Rendang? kuah kacang? kuah lodeh?.. semua tu dimasak oleh suami, emak tersayang dan juga MIL saya.

Akhir kata.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Friday, August 27, 2010

Stop kejap jahit beg

dah beberapa hari tak buat entry kat blog.. sebabnya saya stop kejap jahit beg. Sekarang ni dah start jahit baju raya.. finally! Dah siap dah 4 pasang.. tinggal lagi 10 pasang kot. Kali ni saya tak amik order jahit baju.. baju2 ni baju anak2 dan anak2 buah sahaja.

kelmarin masa saya duduk kat ruang tamu sambil sembat leher baju, Yasmin dgn nada terkejutnya "Mama! mama duduk sini ye?" sambil peluk cium lagi. Sebenarnya sejak mengambil tempahan menjahit beg, tempat duduk saya samada di depan mesin jahit ataupun di depan pc ni. Amat jarang sekali duduk2 santai sambil menonton tv.. sebab tu yasmin pelik mama dia duduk depan tv menonton dgn dia sekali. Kesian dia kan.. dulu selalu juga nangis2 suruh saya duduk tengok tv dengan dia. Jangan pula lepas ni dia tak bagi saya menjahit lagi..

Mesin jahit saya juga baru sahaja di servis semalam.. jahitannya sangat kurang cantik. terpaksa juga saya call pakcik repair mesin jahit. 10 minit pakcik dah sampai. Bukan rosak apa pun cuma terlalu banyak habuk di dalam.. terbanglah lagi duit demi menjaga kesihatan mesin ni. Terima kasih pakcik.. effisien betul pakcik ni.. call2 terus sampai. So malam tadi seronok pula menjahit sebab mesin dah smooth dan bunyi pun tak kuat.

Pada yang order beg, maaf ye sebab terpaksa berenti jap jahit beg. Nak buat macamana? raya dah dekat kan. Ada yang tanya kat saya.. 'kalau order beg, tahun depan baru dapat ye?'.. hehehe.. sori ye. tak boleh nak jawab.. :-) ini kes ada yang order lama baru dapat beg tu. Harap2 saya dapat siapkan baju raya.. dan boleh jahit beg sikit sebelum raya ni. dah rasa rindu jahit beg..:-)

thank you for reading.. *hugs*

Thursday, May 27, 2010

My dear customer, please remind me!

My dear customer,

If I did not reply to your email, or have not updated your order, please send me an email to remind me. Banyak sangat benda nak buat, jadi kadang2 saya lupa nak balas email ataupun terlupa yang saya dah terima order. Maafkan saya yang serba kekurangan ini ye.

Thursday, May 20, 2010

slowly back to sewing

now i'm back to sewing.. but slowly. tak dapat buat macam dulu. though i do not have to go to the restaurant often but still a lot of time spent doing chores and things.. FYI.. we only have one car, so i need to send hubby to the restaurant, then later have to pick him up.. have to send kids to kelas mengaji (dulu hubby je yg buat keje hantar menghantar ni).. jadinya keluar masuk keluar masuk rumah.. masa habis mcm tu je. i used to do my sewing until about 3 am but now tak larat dah.. need to have a good rest. I really apologize for not being able to take more orders at the moment.. nak siapkan yang ada ni dulu.. (banyak lagi tau). saya betul2 minta maaf.

pada yang dah order dgn saya since last month, and if you wish to make payment, please let me know. nanti saya emailkan account bank details. biasalah ada yang gaji awal bulan, ada yang hujung bulan.. tetiba saya request payment tengah bulan susah pulak kan.

to those who have my mobile number, please just sms me ok. saya memang jarang amik calls sebab you never know saya sedang buat apa kan.. sometimes saya tgh drive.. sometimes sedang susukan yasmin (yup! she's still breastfeeding tho she's 2 yrs and 7 month old).. sometimes tgh tidor.. hehehe! sorry ye kalau saya tak jawab calls.

ok.. gtg. back to sewing.. :-)

Friday, May 7, 2010

macam2 -bukan cerita beg-

banyak perkara terjadi dalam keluarga saya kebelakangan ini. yang menyebabkan saya terkebelakang sedikit dalam menyiapkan tempahan beg. Saya mohon maaf banyak2..

pada yang follow saya, pasti ingat yang dalam beberapa minggu ni saya penah nyatakan di sini yang suami saya sakit, lepas tu saya pula demam, dan sekarang pula kedua mertua saya sakit. Kedua2nya sekali masuk hospital serentak. Seorang paru2 berair dan sorang lagi strok. Pada yang follow saya dari awal2 lagi mungkin ingat saya penah nyatakan yang mereka ada restoran sate kajang di klang ni. jadi bila mereka tidak sihat, saya dan suami yang take over sekarang ni.. jadi keje saya pun bertambahlah lagi. Jahit tetap menjahit.. saya dah terima order jadi saya mesti menjahit. Saya amat berharap semuanya faham keadaan saya sekarang. Saya cuba sedaya saya insyaAllah.

Sempena hari ibu ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 yang membaca blog saya hari ini. Sesungguhnya kita sudah cuba menjadi ibu yang terbaik, tapi mungkin yang terbaik itu tidak cukup lagi.. terlalu banyak pengorbanan seorang ibu.

Monday, March 29, 2010

minta maaf..

saya ingin memohon maaf atas kelewatan menyiapkan tempahan beg. pada kak khadijah, musy, fadelina, dan lain2 yang sepatutnya saya dah hantar tapi masih belum hantar, saya minta maaf. buat masa sekarang ni saya seperti patah kaki sebelah sebab mr hubby tidak sihat. jadi semua keje saya kena buat.. dalam 2 hari ni je dah banyak masa dihabiskan kat hospital. nak menunggu doktor je dah berjam jam.. ingatkan pergi specialist boleh cepat tapi lama juga.

saya amat berharap agar semua dapat memahami keadaan saya sekarang.. hingga mr hubby sihat semula insyaallah. saya masih menjahit.. cuma kurang sedikit masa tu
Related Posts with Thumbnails