Tuesday, April 9, 2019

Kereta nak bateri baru

Dalam proses pindah rumah minggu lepas, kereta ni entah dah berapa kali ulang alik angkut barang.. ada sekali tu ternampak ada tumpahan warna hijau bawah kereta.. risau jugalah.


Lepas hantar papa ke komuter, saya dgn Arshad pergilah ke bengkel untuk check nak tahu apa yg bocor.  Rupa-rupanya paip laluan air coolant bocor. Yang bentuk S tu. Kos ganti rm45.


Minggu lepas pula, masa pagi2 nak hantar Khai ke sekolah, kereta pulak tak boleh start. Masalah bateri agaknya. Terus saya call grab untuk hantar Khai ke sekolah.  
Nak tunggu mekanik, pukul 9.30 baru kedai bukak. 
Pagi tu call lah mcdelivery for breakfast. Papa pulak ada meeting di KL, makanya saya sorang lah kena handle kereta. Pukul 10 mekanik datang dan jumpa start kereta. Bawa kereta ke bengkel dan buat tyre alignment sekali. Kos kali ni rm308. Bateri dah naik harga katanya. 


Alhamdulillah masalah selesai.. saya percaya setiap dugaan pasti ada jalan keluar. Allah tidak akan menduga umatnya dengan dugaan yang lebih dari kemampuan nya. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Redha dengan ketentuan Nya.

Friday, March 29, 2019

Proses pindah rumah bermula

Bismillah.. Alhamdulillah 27hb Mac 2019, puan dahlia tuan rumah sewa setuju sewakan rumah dia pada kami.  Terus kami bayar deposit dan kunci diserahkan.

Lepas lunch, kami jemput ilham dan fatihah.. minta tolong sama2 cuci rumah

Seronok Khai main air.. berkilat dah lantai sebelum nak angkut barang nanti

28 hb, sambung lagi angkat barang2 yg boleh masuk kereta.. entah berapa trip dah ulang alik.. nasib dekat. Dalam 600 meters.
Malam tu, jemput Arshad balik.. nak guna tenaga dia.. maafkan mama ye Arshad kena ponteng kelas pulak hari jumaat.





 Tak larat nak naik atas amik gambar, ni kat bawah je. Malam nanti baru ada lori amik perabot.



Aircond tengah pasang ni, malam tadi takde aircond, mama n papa check in kat hotel.. berdua je kat lax boutique hotel.

Letih tak boleh nak katalah.. alhamdulillah anak2 dan anak2 buah dah besar, masing2 datang tolong

Tuesday, March 26, 2019

Misi mencari rumah sewa

Kami hanya ada masa sehingga hujung bulan ni sahaja untuk pindah. Tuan rumah nak rumah dia semula. Kami tiada pilihan lain, rumah yang nak dibeli masih belum ada rezekinya.. makanya hari ini pagi2 selepas sarapan kami pusing2 lagi cari rumah sewa.

Alhamdulillah.. tak lama pun pusing2 taman gembira.. ternampak notis rumah untuk disewa di gate. Terus kami call.. Alhamdulillah dipermudahkan.. tuan rumah pun kenal mertua saya. Syukur.. masih ada tempat untuk berlindung. Esok nak dapat kuncinya.


Happy birthday to me

Alhamdulillah.. walaupun perasaan tak berapa happy sebab masih tidak selesai masalah pembelian rumah. Cuba juga menahan perasaan dengan buat buat mengemas baju2 masuk plastic. Tinggalkan baju yang nak dipakai beberapa hari saja. Clear dah almari.

En. Hasben memang suka nak celebrate birthday isteri tapi tak pandai nak pujuk.. dia beli kek dan ajak anak-anak pergi makan di restoran serai empire subang. Saya tak banyak cakaplah.. makan je lah. Tak boleh nak rasa happy sebab mengingatkan masalah rumah.





Alhamdulillah.. 48 tahun dah umur saya. Syukur dapat bersama keluarga dan diberikan kesihatan yang baik

Friday, March 22, 2019

Yasmin UPKK

Bismillah.. Alhamdulillah dengan izin Allah tahun lepas Yasmin berjaya dapat 8A untuk peperiksaan UPKK. Sejuk perut mama mengandung.. hilang penat mama n abang2 bila kadang2 terpaksa jemput Yasmin dengan berjalan kaki bila papa sibuk kerja. Dia suka sangat ke sekolah agama.. suruh ponteng pun taknak. Inilah hasilnya.. Alhamdulilah.. terima kasih juga buat ustaz dan ustazah yg memberi ilmu.


Semalam 22hb March 2019, diadakan majlis penganugerahan kepada murid2 cemerlang. 5 murid mendapat 8A.




Semoga anak2 ini akan berjaya juga dalam peperiksaan PSRA tahun ini







Friday, March 15, 2019

Sulam bantal

Awal march haritu Ika bgtau kawan dia nak tempah sulam kat bantal.. oklah boleh je. Tak pernah buat tapi saya terima tempahan ni.
Kawan Ika bg sarung bantal tu, dan saya terpaksa tetas buka semula sarung tu sebab susah nak pasang kat hoop.
Saya suruh arifzack yang digitize image dan tulisan.
Alhamdulillah siap pada waktunya.. adalah keadaan genting sekejap sebab jarum patah. First time jarum patah.. lepas tu tak ingat mana saya simpan spare jarum. Ajak papa pergi kedai dan alhamdulillah dapat beli jarum baru.







Sunday, March 10, 2019

Tandas terkunci

Pagi tadi, selepas mandi.. Yasmin tak boleh nak buka pintu bilik air. Mama yg tengah baring nak tunggu turn guna toilet, jeritlah panggil Yasmin.
"Kenapa min?"
"Pintu tak boleh buka!"

Mama pun cubalah Google youtube bagai nak cari options how to unlock. Panggil abang Chali try pun tak boleh.

Akhirnya, suruh abang Chali tendang pintu je lah.. dah hampir pukul 7.30.. Yasmin nak pergi sekolah.

Abang pakai kasut dan tendang sekali je.. terbukalah pintu. Alhamdulillah dapat lah Yasmin pergi sekolah. We'll worry about the lock later


Friday, March 8, 2019

Sukan sekolah Yasmin 2019

Harini Yasmin ada hari sukan di sekolah. Kali ni dia masuk acara perarakan badan beruniform puteri Islam.. makanya mama pun mestilah nak tengok. Semalam dah tolong belikan untuk team dia nak pakai flower crown dan juga white gloves.
Anak2 perempuan kan.. mestilah nak melawa.. siap makeup bagai. Budak2 sekarang memang pandai, takyah nak diajar2.. kita pantau je.


Mama tak ingat semua nama, tapi dalam gambar ni rasanya Hasnur, haneesha, Sofea, n Sarah.. kawan dari darjah satu.






Qhaleeda, intan, Hazirah, izzatuI


Semoga ukhuwah anak2 ini berkekalan 

Related Posts with Thumbnails