Showing posts with label bunga telur. Show all posts
Showing posts with label bunga telur. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Bunga telur Dip

minggu ni saya sibuk siapkan bunga telur untuk majlis khawin sepupu saya hujung minggu ni.. tema pink and green



lepas ni nak siapkan hantaran pulak.. pada yang dah order beg, saya terpaksa hold dulu minggu ni.. maaf ye

Thursday, December 2, 2010

Esok Khai akan berkhatan

Assalamualaikum wbt.. lama saya tak update blog. sebenarnya tak tau nak update apa.. kat facebook pun tak update status.. masih ada yang follow ke? terima kasih ye..

esok anak saya yang ketiga Muhammad Khaizuran (6 yrs) akan berkhatan.. kami tak buat kenduri pun.. cuma harini saya akan pack pulut kuning dgn rendang untuk diberi kepada anak2 di kelas mengaji anak2 saya. Saya minta tolong Ustaz untuk bacakan sedikit doa selamat di kelas mengaji malam nanti.

saya juga buatkan sedikit cenderahati untuk diberikan bersama pulut kuning tu. saya buat bunga telur teddy bear.. tapi saya tak letak telur.. saya letak lollipop



semoga esok Khai akan tenang.. risau juga sebab khai ni memang manja sangat walaupun dah ada adik.. doakan semuanya selamat ye.. until next time.. take care

Thursday, May 13, 2010

bunga telur teddy bear

boring tengok beg?? jom tengok teddy bear pulak. yang ini ditempah oleh liana, efy, dan amy.



yang ini dah masuk box

Tuesday, April 13, 2010

Bunga Telur Teddy Bear


saya ada buka tempahan untuk bunga telur teddy bear, boleh tengok di blogshop saya. sesuai juga untuk di buat bahan craft.

Jika anda berminat untuk membeli teddybear sahaja, saya ada juga menjualnya.

Email saya untuk maklumat lanjut.


update: 1 APRIL 2012

untuk melihat lebih banyak design bunga telur teddybear, boleh lawat blog adik saya di sini CutezTeddy

Monday, November 30, 2009

bunga telur dip

bunga telur dip sudah pun siap.. hanya menunggu tuannya datang ambil. pilihan warna adalah pilihan si empunya pengantin. dia memang nak combination warna blue and pink. dan warna putih tu pulak untuk majlis khatam Quran. To Ayu, semoga semuanya berjalan lancar dan selamat membina keluarga bahagia dan semoga kekal hingga akhir hayat.




dah siap bunga2 telur ni lepas ni saya dah nak mula jahit baju sekolahlah pulak. adik saya je dah pesan 5 pasang baju kurung sekolah untuk puterinya yang akan melangkah ke alam persekolahan. Banyaknya nak lima pasang.. ni mesti satu hari satu ye. biasalah kalau ibu bekerja manalah nak sempat nak basuh hari2.

Saturday, November 28, 2009

bunga telur teddy bear

lama dah tak buat entry kat blog.. been busy this couple of weeks and tak sempat nak buat posting. so this is what i've been doing.. bunga telur teddy bear. my friend ordered this for majlis cukur jambul and berkhatan this weekend. can't write much so cuci mata jelah ye..





kalau nak tengok lebih banyak contoh boleh lawat laman web adik saya. click di sini

Wednesday, October 28, 2009

cara saya buat bunga dip

Inilah cara saya buat bunga dip. Kalau silap maaflah ye sebab saya belajar sendiri je.. so saya nak kongsilah dengan rakan kraf yang lain yang berminat nak buat.. and kalau ada sesapa nak bagi tips pun ok jugak kan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah
1. Q-Dip
2. Dawai (silver saiz 24 or 26)
3. Thinner for Q-Dip
4. Gold dust
5. Botol /acuan
6. Benang
7. Pelilit bunga
8. Inti bunga , manik, apa2 hiasanlah (optional)
9. Polyfoam (untuk cucukkan kelopak2 untuk pengeringan)
10. Cutter (pemotong dawai)
Mula-mula, decide nak buat bunga apa, berapa kelopak, besar mana, saiz daun, bunga2 kecil. Kemudian saya gunakan botol yang sesuai untuk dijadikan acuan membentuk kelopak. Biasanya saya guna botol ubat yang bulat.. kalau nak kat kedai ada jual satu set acuan untuk buat ni.. satu set dalam rm7 kot.. bentuknya macam batang paip plastic berbagai saiz.

Ok.. dah decide bunga apa nak buat.. saya potong dawai lebih kurang 10 inci. Lilitkan keliling botol dan pintalkan bahagian hujung.. pastikan ada lebihan dawai panjang agar senang nak cantumkan kelopak2 itu nanti. Katalah bunga tu nanti ada 10 kelopak so kalau nak buat 100 kuntum.. darablah sendiri ye.




Sekarang bentuk dawai yg telah dililitkan tu bulat je kan.. jadi bentukkanlah seperti bentuk hati ke or kalau bunga lili bentukkan seperti kelopak lili.. kalau dah terror boleh bentukkan bermacam2..





Dah siap dawai itu dibentukkan.. celupkan dalam Q-Dip. Celupkan sekejap je keseluruhan bentuk kelopak tu dan angkat.. jangan terus angkat tinggi2.. pastikan tak ada lebihan yang menitik..




kemudian cucukan pada polyfoam untuk dikeringkan. Boleh juga ditaburkan gold dust sebelum kelopak tu kering.



dah kering semuanya.. bolehlah dicantumkan menjadi bunga. selebihnya.. gunalah kreativiti sendiri.. :-)

Saturday, October 24, 2009

bunga telur dip


sebenarnya mood menjahit ni tak datang2 lagi sejak raya haritu.. so blouse tadi macam permulaanlah.. harap2 mood datang balik. tapi sekarang ni saya sedang sibuk buat bunga telur.. buat pun selang seli je sebab takut yasmin kacau.. so buat bila yasmin tidur or hantar yasmin rumah nenek 2 3 jam.. tak boleh lama2 sebab dia masih lagi breastfeed.. bilalah nak berenti.. letihlah mama. so inilah rupa bunga telur tu
Related Posts with Thumbnails