Showing posts with label baju kurung. Show all posts
Showing posts with label baju kurung. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

bila yasmin berbaju peplum

lama sungguh tak update blog ni.. ada lagi ke yang sudi singgah. saya dah tak jahit beg lagi.. kekadang memang rindu, tapi tak taulah bila lagi nak buat.. jahit baju pun dah macam bermusim gak.. jahit time nak raya je.. baju raya anak2 tahun ni pun tak berjahit.. alhamdulillah, banyak tempahan untuk baju raya tahun ni.. tapi itulah, baju anak2 kena beli je.. baju saya sendiri pun beli siap je.. nasib ada saiz

harini nak tunjuk baju yasmin, dia pakai masa pergi jamuan raya disekolah. baju ni dulunya buat sebagai contoh untuk tempahan peplum.. antara baju peplum yang pertama saya jahit..

oklah. jom layan gambar.. suka yasmin pusing2






Friday, May 3, 2013

Demam Peplum

tahun ni popular sungguh fesyen baju peplum ni.. saya sendiri tak berapa minat, tapi disebabkan banyak permintaan, saya buatlah juga peplum ni.. 
pagi jumaat ni saya buat full peplum.. untuk kain sekali. Yasmin lah menjadi model lagi sebab saiz ni saiz 6. Ini tempahan customer.. tapi yasmin dah berkenan


Saturday, November 17, 2012

Hari Konvo tadika Intan Bestari

Alhamdulillah, selesai sudah majlis konvo tadika tadi.. lega sangat sebab dapat juga siapkan baju semua kanak2 walau 2 malam tak tidur berhempas pulas menyiapkan baju.. walau mengantuk masa majlis tadi, tapi hati berbunga2 melihat anak2 comel memakai baju hasil jahitan saya.. :-) 
 













Monday, October 22, 2012

Tempahan Puan Nini

Harini nak tunjuk baju yang saya jahit untuk anak2 Puan Nini, Kain kepunyaan Puan Nini, saya jahitkan saja.. suka sangat dengan pilihan warna ni.. nampak sweet sangat.. 


Puan Nini nak baju yang boleh dijadikan top, bila tak pakai kain tu.  Bolehlah pakai lama kan.. Reben tu boleh diikat dibelakang ataupun di depan.. dan dibahagian kaki baju, saya jahitkan pleat menggunakan kain yg sama dengan reben dan leher baju.. ni close-up gambarnya.


saya agak puashati dengan hasilnya.. mungkin boleh saya jadikan koleksi baju readymade nanti.. guna kain polos cotton satin

Tuesday, July 31, 2012

Tempahan Beg di Tutup


Salam buat para pengunjung. Maaf sebab buat masa sekarang saya tidak lagi dapat menerima tempahan customized bag. Insyaallah saya akan cuba membuat yang readymade sahaja kerana buat masa sekarang tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap jahitan dan menyebabkan pelanggan tertunggu lama. Saya juga akan mula menjahit baju kanak-kanak untuk lebaran yang akan tiba tidak lama lagi.. saya teringin mencuba yang baru. 

Pada yang ingin membeli stok kain heavy cotton, saya menjualnya pada harga RM12 semeter. Bolehlah email ke haidahandmade@yahoo.com ataupun lawati page saya di facebook di www.facebook.com/haidahandmade dan hantar pesanan. 

Tuesday, July 10, 2012

Baju Kurung Kanak2 Beriben




Dah beli baju raya untuk anak2? saya masih lagi menerima tempahan.. tempahan akan ditutup pada 18 Julai 2012..



Thursday, July 5, 2012

Baju Kurung kanak2 beriben

Saya masih menerima tempahan untuk baju kurung kanak2.. tapi tak lama lagi saya akan tutup untuk memberi ruang saya menyiapkan semua tempahan sebelum hari raya..



untuk pertanyaan, sila email haidahandmade@yahoo.com

atau

lawat page facebook saya di


boleh buat pilihan kain di page facebook


Sunday, July 1, 2012

Baju Kurung Bereben Kitty

pada peminat hello kitty pasti suka tengok baju ni kan.. so sweet color dia.. pada yang berminat, boleh order. saiz dari 1 tahun - 12 tahun.. lawat page facebook saya untuk menempah atau email pun boleh.. :-)


Friday, June 29, 2012

New Design in the house


Love Dovey Baju Kurung
Available for preorder.. size 1 - 12 yrs old.

to order, just email me at 
haidahandmade@yahoo.com

or visit my facebook page

Monday, June 25, 2012

Pre-Order / Readymade Baju Kurung Kanak2 For Sale

Saya sudah mula menerima tempahan untuk baju kurung kanak2.. jomlah cuci mata dengan design baju yang comel2 belaka.. mana tau ada yang berkenan.. :-)









tempahan diterima untuk saiz bayi hinggalah usia 12 tahun.. lawat page saya di facebook untuk melihat pilihan kain



Tuesday, June 19, 2012

Baju Kurung Kanak2 Beriben

alhamdulillah.. akhirnya dapat juga saya buat sesuatu yang baru tahun ini. Saya dah start menjahit baju kurung kanak2 untuk di jual. Semuanya menggunakan kain cotton yang berkualiti dan corak yang comel2.

Jom tengok gambar2 kain dan baju kurung siap di blogshop saya.. ataupun lawat page FB saya di sini ..

Jika ada yang berkenan, bolehlah buat tempahan.. :-)


Saturday, May 12, 2012

Teringin buat yang lain pulak..


Bulan may ni, dah masuk 3 tahun saya berblog dan juga aktif menjahit dan menerima tempahan menjahit beg. Ulangtahun ke 3 rupanya ye bulan ni.. saya pun tak perasan.. baru je tadi godek2 post lama. Baru 3 tahun, rasa masih baru lagi.. dan masih lagi belajar.

 Tapi tahun ni, saya sudah agak sedikit bosan menjahit beg.. saya nak cuba buat lain pulak. Tahun ni, saya ingin buat projek baru.. saya teringin menjual baju kurung moden kanak2.. raya pun dah nak dekat ni.. dan saya juga sudah mula mengumpul kain. Insyaallah.. semoga dapatlah saya membuatnya.. Ini contoh jenis baju yang saya akan buat..


kalau ada siapa2 yang berkenan, bolehlah booking dengan saya untuk hari raya ni.. nanti saya tunjukkan contoh2 kain yang lain.. memang comel2.. sesuai untuk kanak2

Tuesday, September 6, 2011

Yasmin berbaju raya

masih mood raya lagi sekarang kan.. walaupun saya dah mula menjahit beg, tapi mood belum datang untuk upload gambar beg.. :-) rasanya baju2 raya yang saya jahit pun belum lagi saya upload.. tahun ni asik terlupa je nak snap gambar beraya.. ada a few jer yang sempat snap guna hp hubby.. tu yg leceh nak transfer sebab saya tak jumpa usb cable nya.

yasmin tahun ni dah pandai nak minta baju.. nak 10 dia kata.. heheh! tapi saya kata kat dia, baju mama jahit campur dengan baju beli ada 10 kot.. :-) senyum je dia

jom layan gambar yasmin berbaju raya

1. Baju cotton pink bercorak rama-rama. ada lebih kain sikit, saya buatkan pouch


2. Baju cotton purple.. yang ini sama dengan baju saya. Tudung yasmin yang pilih sendiri


3. Baju cotton hijau.. yang ini tak sempat nak jahit apa2 kat bhgian leher.. kosong je.


4. Baju kebaya labuh.. yang ini saya beli siap. Tak plan nak beli tapi masa ternampak tu terus minat.. cantik pula si yasmin pakai. puas hati saya beli.. :-)


tahun ni yasmin dah faham sikit pasal raya.. tapi paling suka kira duit raya, sebab dia tengok abang2 sibuk kira duit raya.. suka juga bawak beg n purse bila nak keluar rumah.. mentang2lah ada duit.. :-) tahun ini juga yasmin masih lagi takut dengan bunga api.. abang2 main kat luar, dia cuma lihat dari dalam rumah.. yasmin memang takut dengan bunyi mercun dan bunga api.

raya pertama saya dan suami berbaju purple, dan untuk anak2 baju warna oren.. tapi yasmin nak baju yang sama dengan saya, jadi dia tak nak pakai baju warna oren tu. Yasmin ni asik nak kena dengar cakap dia je.. kuat sangat merajuk. Selalu nak kena ingatkan dan nasihatkan dia.. apa2 pun tahun ini saya seronok juga berhari raya sebab emak saya beraya di rumah saya tahun ini.

Sunday, September 5, 2010

Baju Raya 2010

Ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi.. cepat betul masa berlalu. Harap2 dapatlah bertemu Ramadhan lagi tahun depan insyaAllah.

Harini saya upload gambar2 baju raya yang telah disiapkan.. baju2 anak dan anak buah.

a) Baju kurung Yasmin



b) Baju melayu Khai, Arshad, Salihin, & Papa



c) Baju melayu Adam Irfan dan Nazeem (2 pairs each)



d) Baju kurung baby Scha



e) Baju kurung baby Aleesha



f) Baju kurung Fatiha



Tahun ni tak sempat nak jahit manik di leher baju kurung, saya cuma letak readymade lace je.

Baju kurung saya pula sama dengan baju kurung yasmin.. sebab tu tak letak gambar.

Sekiranya tiada entry sebelum Hari Raya, saya ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, ataupun menyinggung perasaan sesiapa, dan halalkan segala pembayaran beg2 yang ditempah dari saya. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri..
Related Posts with Thumbnails