harini nak cerita pasal sate pulak.. takde citer menjahit. huhuhu! sibuk jaga kedai, menjahit tak sempat.. (saya tau ramai yang marah saya tak siapkan tempahan.. maaf ye)
sekarang ni saya dan suami run the satay restaurant 'Uncle Sate'. kedai 'uncle sate' ni owned by my parents in-law since 10 years ago. Saya supply ketupat je. Sate adalah 100% dari Kajang. Sesiapa yang penah makan sate di Kajang mungkin ada ternampak Sate Emas Kajang (biasanya orang nampak sate hj samuri je) di medan sate kajang tu. Sate Emas Kajang lah yang hari2 supply sate dan kuah ke kedai kami.
Kalau nak tau lebih lanjut boleh google search 'uncle sate'.. sebab ada customer yang baik hati blog about our satay house. Saya takde gambar nak letak kat sini.. so boleh visit blog mereka ni..
birdstalkingtoo.blogspot.com
shutterbutter.com
dah sebulan lebih saya dan suami takeover pengurusan kedai ni sejak kedua mertua saya sakit. Biarlah kedua mertua saya rehat di rumah.
so sapa2 yang belum cuba sate di klang ni, boleh datang cuba. dan kalau ada yang nak komplen pun boleh komplen kat saya.. :-)
di uncle sate bukan saja ada sate ayam dan daging tapi kami ada jual 11 jenis sate.. ayam, daging, kambing, perut, rusa, burung unta, paru, ikan, limpa, hati, dan arnab. Nama pun kedai sate, jadi kami hanya menjual sate.. takde makanan lain (nasi lemak ada juga tapi limited (mak saya yang masak tu.. :-).. )
saya post pasal kedai sate ni bukan apa.. (nanti orang kata saya nak promote pulak ye.. hmm.. tapi apa salahnya kan.. hehe). saya saja nak kongsi keadaan saya sekarang. dah lama saya tak buat entry pasal beg. saya ada menjahit tapi tak dapat banyak and tak dapat jahit laju2.. saya minta maaf banyak2. Rasanya saya dah tak terima lagi tempahan sampai bulan ramadhan.. nak siapkan tempahan yang dah diterima ni dulu.
Tuesday, June 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
terima kasih atas maklumat diatas. saya memang sedang mencari maklumat tentang peniaga2 sate kecil-kecilan(homemade) utk digunakan dalam research design thesis berkaitan dengan tapak projek MRT bandar kajang.
Post a Comment