dah beberapa hari tak buat entry kat blog.. sebabnya saya stop kejap jahit beg. Sekarang ni dah start jahit baju raya.. finally! Dah siap dah 4 pasang.. tinggal lagi 10 pasang kot. Kali ni saya tak amik order jahit baju.. baju2 ni baju anak2 dan anak2 buah sahaja.
kelmarin masa saya duduk kat ruang tamu sambil sembat leher baju, Yasmin dgn nada terkejutnya "Mama! mama duduk sini ye?" sambil peluk cium lagi. Sebenarnya sejak mengambil tempahan menjahit beg, tempat duduk saya samada di depan mesin jahit ataupun di depan pc ni. Amat jarang sekali duduk2 santai sambil menonton tv.. sebab tu yasmin pelik mama dia duduk depan tv menonton dgn dia sekali. Kesian dia kan.. dulu selalu juga nangis2 suruh saya duduk tengok tv dengan dia. Jangan pula lepas ni dia tak bagi saya menjahit lagi..
Mesin jahit saya juga baru sahaja di servis semalam.. jahitannya sangat kurang cantik. terpaksa juga saya call pakcik repair mesin jahit. 10 minit pakcik dah sampai. Bukan rosak apa pun cuma terlalu banyak habuk di dalam.. terbanglah lagi duit demi menjaga kesihatan mesin ni. Terima kasih pakcik.. effisien betul pakcik ni.. call2 terus sampai. So malam tadi seronok pula menjahit sebab mesin dah smooth dan bunyi pun tak kuat.
Pada yang order beg, maaf ye sebab terpaksa berenti jap jahit beg. Nak buat macamana? raya dah dekat kan. Ada yang tanya kat saya.. 'kalau order beg, tahun depan baru dapat ye?'.. hehehe.. sori ye. tak boleh nak jawab.. :-) ini kes ada yang order lama baru dapat beg tu. Harap2 saya dapat siapkan baju raya.. dan boleh jahit beg sikit sebelum raya ni. dah rasa rindu jahit beg..:-)
thank you for reading.. *hugs*
Friday, August 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Happy sewing baju raya.. :)
Post a Comment