Wednesday, January 26, 2011

Yay!! berjaya jahit tudung


Alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga saya jahit tudung DIY untuk my Yasmin. dah lama teringin nak jahit tapi masih tak de material yang sesuai.. ke sana sini saya round cari tutorial dan cuba fahamkan.. akhirnya tercapai juga.

semalam mr hubby sudi bawa saya ke kamdar sebab saya kata saya nak cari kain untuk jahit tudung yasmin. Yasmin ni hari2 balik sekolah mesti comot.. hari2 nak kena basuh. tudung ada satu je.. jadi saya kuatkan semangat untuk mencuba menjahit tudung sendiri.

mula2 memang agak tidak kemas.. saya tetas balik dan jahit semula. saya gunakan foam sheet (tak sure betul ke tak namanya.. :-)) sebab saya rasa kalau guna cotton interfacing, awning cepat patah dan tak cantik lagi.

yasmin dah pakai pun ke sekolah pagi tadi.. nampak comel je (anak sendiri mestilah puji.. :-)) sekarang saya dah faham dah mcmana nak jahit tudung... dulu memang tak berani langsung.. moga lepas ni rajinlah nak menjahit tudung sendiri.. :-)


kalau kawan2 nak tengok tutorial, rakan blogger saya ada buat, boleh lihat kat sini

http://blogrimbun.blogspot.com/2010/02/camna-nak-jahit-tudung-sendiri.html

3 comments:

nuhaz said...

wah2 cantiknyeee...model pun tomey2..tahniah kak dh pndai jahit tdung :)

YaN said...

salam... wat yg xde awning kosong, xyah boh bakrum yg keras tu or foam sheet pun ok.. sy skang wat tudung utk pakai sendiri pun, mmg dah malas nak boh awning keras.. skang basuh dah main campak dlm washing machine je.. :)

Mila@Rimbun said...

saya pon selalu guna yg takde awning keras, just kosong jer, anak suka n senang nak bawa solat katanya (ala2 malasa nak buka tudung ler tuh)

Related Posts with Thumbnails