Thursday, May 19, 2011

Cuti menjahit sekejap

Saya akan bercuti dari menjahit mulai minggu depan hingga habis cuti sekolah.. 25hb May - 15 June 2011. Bukan saya pergi holiday ye.. tapi sebab sekarang ni saya sibuk mengemas rumah sebab akan berpindah rumah awal bulan Jun nanti. Pada yang saya dah janji akan pos beg pada minggu depan, akan saya usahakan.

saya berpindah dekat2 sini je.. tapi sebab dah 14 tahun duduk kat rumah ni, barang banyak sangat nak dikemas. semoga segalanya berjalan dengan lancar dan semoga saya dapat menjahit semula secepat mungkin.

terima kasih frens.. :-)

Monday, May 16, 2011

Beg untuk Emak

pagi tadi emak datang rumah.. dia bawak beg tesco yang green bag tu. dia suruh saya jahitkan velcro supaya beg tu tertutup. saya tanya emak nak buat apa? nak pergi mana? rupa2nya dia nak pergi kelas pengajian al-Quran.. nak betulkan bacaan katanya. Saya kata kenapa mak tak suruh saya je jahitkan.. dia kata beg ni murah je.. beg kau kan nak modal lagi beli kain.. alahaii.. emak ni. kalau untuk mak mestilah ateh buatkan.

Jadi lepas mak balik, saya pun mulalah menggunting kain. harini jugak saya nak bg kat mak. Inilah rupa begnya.. saya rasa warna ni sesuai untuk mak.



tadi saya dah suruh yasmin bagi kat mak.. dia kata "warna hitam putih yang bunga2 tu takde ke?" nak gelak saya dibuatnya. Tadi orang tanya nak beg, kata taknak.. dah buatkan ada pilihan di hati rupanya.. :-)

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

sampai bila2 pun kita tak akan lupa jasa guru2. sungguh sabar mereka mengajar dengan berbagai kerenah murid2.. salute!

tahun ni, anak2 minta saya jahitkan beg nak bagi kat cikgu.. tapi saya agak sibuk memang tak tau sempat ke tak nak buat.. jadi hari ini saya ketepikan semua tempahan dan mula buat untuk anak2..

inilah hasilnya..



tak seberapa yang dapat saya buat kalau dibandingkan dengan jasa guru2 mengajar anak2 saya..

'terima kasih cikgu.. tanpa mu apalah jadinya kami'









Saturday, May 14, 2011

Ordered By Jamadil

saya masih tidak sepenuhnya sihat.. semalam lepas lunch saya tidur sampai petang.. berat sungguh kepala rasanya. malam pula ada kenduri tahlil di rumah pakcik.. pergi juga. sebelum tidur dapat juga siapkan dua produk.. sekarang sedang merajinkan diri untuk mesti buat sekurang2nya 1 produk 1 hari. alhamdulillah.

harini saya tunjuk beg yang ditempah oleh Jamadil.. minggu lepas dah siap tapi saya tak upload gambar je.

1. Diaper Beg untuk isterinya


2. Messenger bag untuk Inas


3. Small sling bag for 7 yro Wawa


Friday, May 13, 2011

Ordered by Liza

Liza ni exschool mate saya.. terjumpa juga di FB setelah 20 tahun.. :-)

1. Totebag


2. Totebag


3. Pumpkin Pouch


set ni Liza nak hadiahkan pada kakaknya.. best dapat adik mcm Liza ni kan


sebenarnya dia tak order HP casing tu.. saya saja buat sebab kain tu dah tinggal sikit je

Ordered by Umi

Terima kasih Umi kerana sudi menempah dari saya.. :-) harap2 anak2 Umi suka dengan beg tu.



Beg2 ni fully washable ye.. semuanya dibuat dari kain.. kalau dah basuh pun, bentuk beg tak berubah. Saya dah pernah cuba masuk dalam mesin basuh.. ok je.

menjahit..menjahit.. menjahit lagi

yesterday i've been sewing the whole day (almost :-)) badan rasa letih betul. bila berdiri tumit ni rasa sakit bila pijak dan berjalan.. kenapalah agaknya. keje menjahit je bukan berjalan pun..

tapi alhamdulillah dapat siapkan tempahan semalam.. malam nya pergi hantar dan dapatlah rezeki lagi.. dapatlah saya belikan McDonald untuk Khai. Khai balik sekolah letih sangat semalam, sampai taknak makan.. tapi bila saya kata nanti mama belikan Filet mcD.. baru dia nak makan.

dalam minggu ni memang saya jahit full swing.. kesian jugak kat mesin tu.. :-) harap2 ada rezeki untuk saya dapat sebuah lagi mesin jahit.. bolehlah mak saya tolong jahit baju raya tahun ni.. amin.

cerita pasal yasmin pulak.. budak ni memang suka sangat tunggu tepi saya bila saya menjahit. bila dia nampak je saya duduk kat mesin tu, mesti dia datang.. kat tepi mesin jahit tu saya ada letak kotak untuk saya letak barang.. dia akan berdiri atas kotak tu.. "mama nak benang warna apa?.. lepas ni mama nak benang warna apa?.. bila mama nak jahitkan beg untuk Min?.." itulah soalan dia setiap hari. Saya tanya dia kenapa min suka tengok mama jahit.. dia jawab "sebab bila Min tengok mama jahit, macam Min pun tengah jahit".. "bila mama gunting A B C.. macam Min yang gunting".. :-).. tu yang tak tahan tu.. kengkadang habis gam UHU saya dikerjakan.. kengkadang bertaburan benang yang dah disusun tu.. tapi saya berdoa agar Yasmin tidak tercedera terkena jarum atau gunting.. amin.

cuaca sekarang memang panas sangat kan? anak2 saya sorang2 demam.. saya pun demam jugak.. harini dah selsema.. telan activfast je lah

Thursday, May 12, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan.. dapatlah saya membantu walaupun tak seberapa.

Semalam sedang saya menjahit, tiba2 mesin jahit tu macam tersedaklah pulak.. alahai.. mesin rosak lagi.. :-( mcm2 saya fikir.. tempahan kena siapkan ni.. dah janji dgn orang esok nak hantar 3 beg.. mesin jahit pulak buat hal. nak buat mcmana ni.. duit dahlah tak banyak, nanti kena caj mahal nak byr macamana?

saya tawakkal je lah.. masa nak jemput arshad balik sekolah saya bawak sekali mesin tu nak hantar ke kedai. bulan lepas masa mesin jahit tu rosak saya hantar kat kedai singer tu, jadi saya pegilah balik kedai tu jugak. Alhamdulillah tokey tu terus lah repair.. siap dalam masa 15 minit. lega rasanya.. lagi bersyukur bila tokey tu kata tak yah bayar sebab belum sebulan pun dia servis mesin tu dulu.. alhamdulillah.

dapatlah siapkan tempahan lagi.. :-)

cuaca sekarang memang panas dan berjerebu.. khai dah sembuh dari demam.. harini arshad dan salihin pulak yang demam.. tapi budak dah besar kalau demam tak susah nak jaga. tak macam khai dan yasmin.. kalau demam asik muntah2.. merengek.. menangis.. sabar jelah.

oklah.. saje je cerita sebab suka sangat mesin jahit dah ok.. :-)

Tuesday, May 10, 2011

Ordered by Azlina

alhamdulillah dapat juga disiapkan beg2 ni hari ini. alhamdulillah juga anak saya yang demam berganti2 tu dah sihat.. esok boleh pegi sekolah..

jom layan gambar2 beg yang di tempah oleh Azlina.. ada 4 semuanya.

1. Cutie Totebag for Ummu


2. Smaller margaret bag with adjustable strap



azlina ordered a margaret bag for her 9 yr old girl, but i feel like the normal size is not suitable for a little girl. so i adjust the size and add adjustable strap so that it can be worn cross body or on the shoulder. I asked my niece to model the bag so that you can see a clear picture of how it really looked like.



i also think it's a nice sling bag for adults.. so i ask my son to model it (kena paksa ni sebab dia taknak pakai beg pompuan.. :-)



3. Lollipop Tote bag



very colourful kan tote bag ni.. lain dari yang saya biasa buat.

4. Margaret bag



saya tambahkan 2 lollipop sebagai penyeri.. :-)

terima kasih azlina di atas tempahan.. saya harap betullah apa yang saya jahit ni.

Monday, May 9, 2011

Ordered by Yan

sebenarnya bukan Yan yang order, tapi tolong orderkan untuk kawannya. Untuk birthday present anak katanya.. messenger beg sekali dengan bekas pensil.. jom tengok gambar.. :-)



Sunday, May 8, 2011

Ordered by Suzy

Totebag ni ditempah oleh Suzy from Cakes & Tarts. saya rasa beg ni saya buat agak terbesar dari saiz biasa.. lebar atas 18", lebar bawah 13", tinggi 14".



Saturday, May 7, 2011

Backpack bag set for Emil

ni tempahan dari my ex-school mate.. after 20 yrs jumpa balik kat fb. ni dia order untuk anak dia Emil.. a knapsack and a pencil case



dan ini Khai jadi modelnya..

Friday, May 6, 2011

Ordered By Ann

Ann, rakan di FB menempah 2 beg "cutie totebag".. dia nak sama yang macam saya pernah buat dulu.. tapi kain corak beg yang biru pink tu dah habis.. entah bila saya dapat beli lagi.. so ganti dengan corak beg warna cream pink.. cute jugak kan..





bila dah sering buat beg yang sama, kuranglah juga kesilapan yang kita buat.. kalau dah lama tak buat, memang saya agak lupa ukuran dan sebagainya.. macam semalam, saya buat pencil case je pun asik silap je.. kena tetas semula.. lama dah tak macam ni.. entah apa silap semalam.. letih menyiapkan walau hanya satu pencil case. saya cuba jadi sistematik, cuba catat ukuran, tapi tetap ada juga yang saya lupa.

sekarang pula, bila menjahit atau membaca, saya kena tanggalkan cerminmata.. dah tua kot.. atau kerana banyak menjahit..

Thursday, May 5, 2011

Diaper bag for Syai

ni tempahan dari Syai.. dia nak letak nama keempat2 anaknya di beg.. so inilah hasilnya selepas memerah otak memikir mcmana nak mendesainnya..:-)



dan ini gambar2 from different angles..



Related Posts with Thumbnails