Thursday, June 30, 2011

Wednesday, June 29, 2011

Ordered by Pyqah

Terima kasih Pyqah sudi order beg dari saya. Maaf sebab lama menunggu.




Harap2 pyqah suka..

Tuesday, June 28, 2011

Ordered by Junaidah

Terima kasih kak Junaidah sudi order beg dari saya. Maaf sangat2 sebab tak sempat pos lagi.. sepatutnya hari isnin saya pos, tapi ada saja halangannya.

Monday, June 27, 2011

Ordered by my ex school mate

18 June yang lalu, my ex-school mate buat reunion. Dah 23 tahun selepas tamat tingkatan 5 dari SM Convent Klang, baru jumpa balik kawan2 lama. Bagi saya yang sentiasa duk di rumah, seronoklah jugak dapat jumpa kengkawan sebab saya memang jenis yang tak pandai bersosial.. dunia saya cuma keluarga saya je sekarang ni. Terima kasih mr Hubby benarkan saya pergi walaupun terpaksa bawak yasmin sekali.

Dua orang kawan saya yang balik bercuti dari Australia, sempat juga order beg dan teddy bear. Mula2 dulu diorang suruh saya pos, tapi saya kata tak berbaloi pulak kena byr pos mahal.. jadi kami ambil kesempatan dimasa reunion ni utk berjumpa.

Dua beg untuk anak2 June



dan dua beg untuk anak2 Michelle



michelle juga order 60 teddybears untuk majlis christening anak perempuannya

Ordered by Fara

Beg2 ni dah lama dah buat.. sebelum saya pindah rumah. Tapi disebabkan sibuk, saya tak sempat nak buat entry.

Fara order 3 beg untuk dia anak beranak.. sama semuanya.. cuma saiz berbeza




Back to sewing

seminggu selepas pindah ke rumah baru, saya dah mula menjahit. Saya kemas ala kadar je, keluarkan mana barang2 yang perlu sahaja.. yang lain2 tu simpan je dalam stor. saya menyewa je ni, tu yang takde hati nak kemas habis2an.. nanti kalau dapat beli rumah ditempat yang lebih sesuai, kena pindah lagi.

apa yang saya jahit dulu?? uniform tadika 10 pasang.. sebab ada parents order. Kalau tak memang tak hidup lagi mesin jahit saya ni. Ruang menjahit dah sedia dah, cuma pencahayaan mcam kurang je.. kena tambah lampu ni.

lepas tu pulak saya jahit beg untuk diri sendiri.. sebab ada majlis nak attend. Saya ni memanglah menjahit beg, tapi untuk diri sendiri takde.. cuma ada pouch je. Handbag yg saya jahit ni pun sebab dulu ada tersalah gunting kain.. so inilah rupanya.. simple pleated handbag with magnetic button for closure. Butang pink besar tu saya guna button maker yang beli kat D@iso dulu.



banyak lagi tempahan harus disiapkan.. saya slow sangat sekarang ni. Yang tak tahannya, kawasan rumah saya ni rumah baru.. kiri kanan depan belakang semua buat renovation.. jadi bisinglah sangat2.. pening kepala dibuatnya. Agaknya apa lagi lah yang nak direnovate.. rasanya rumah dah cantik.. banyak duit diorang ye.



inilah rupa rumah tempat tinggal kami sekarang.. first time saya duk rumah double storey, dulu saya duk rumah bawah je sebab saya risau anak2 main tangga. now dah takde pilihan.. terpaksalah jugak. Lenguh jugaklah lutut turun naik tangga ni.

Tuesday, June 7, 2011

Penatnya..

i'm totally exhausted! hari ni hari terakhir mengangkut barang2 ke rumah baru. letihnya.. tak terkata. Banyak betul barang yang dikumpul 14 tahun di rumah lama.. rumah je kecik tapi barang byk sgt. banyak dah buang banyak juga yang masih ada.. mainan anak2 berkotak2.. suruh diorang pilih yg mana nak.. semua dia nak.

rumah baru ni pulak dah macam stor. penuh hall dengan barang yang belum di unpack.. so now sessi menyusun pulak.. first time saya pindah rumah sejak berumah tangga. memang tak dapat dibayangkan.. 2 minggu mengemas dan 3 hari mengangkat barang2. terima kasih sangat2 kat mak yang banyak menolong dan juga adik yang menolong menghantar barang2.. sampai semput.. malam ini malam ketiga kami bermalam disini. tengok rumah lama yang kosong tadi, memang sedih juga.. semoga kehidupan di tempat baru akan jadi lebih baik insyaAllah. Alhamdulillah..

saya pun tak dapat nak cakap bila boleh mula menjahit.. ruang menjahit pun tak fikir lagi nak letak mana.. nantilah saya update. pada yang email, saya tak sempat balas lagi.. maaf ye
Related Posts with Thumbnails