Monday, June 27, 2011

Back to sewing

seminggu selepas pindah ke rumah baru, saya dah mula menjahit. Saya kemas ala kadar je, keluarkan mana barang2 yang perlu sahaja.. yang lain2 tu simpan je dalam stor. saya menyewa je ni, tu yang takde hati nak kemas habis2an.. nanti kalau dapat beli rumah ditempat yang lebih sesuai, kena pindah lagi.

apa yang saya jahit dulu?? uniform tadika 10 pasang.. sebab ada parents order. Kalau tak memang tak hidup lagi mesin jahit saya ni. Ruang menjahit dah sedia dah, cuma pencahayaan mcam kurang je.. kena tambah lampu ni.

lepas tu pulak saya jahit beg untuk diri sendiri.. sebab ada majlis nak attend. Saya ni memanglah menjahit beg, tapi untuk diri sendiri takde.. cuma ada pouch je. Handbag yg saya jahit ni pun sebab dulu ada tersalah gunting kain.. so inilah rupanya.. simple pleated handbag with magnetic button for closure. Butang pink besar tu saya guna button maker yang beli kat D@iso dulu.



banyak lagi tempahan harus disiapkan.. saya slow sangat sekarang ni. Yang tak tahannya, kawasan rumah saya ni rumah baru.. kiri kanan depan belakang semua buat renovation.. jadi bisinglah sangat2.. pening kepala dibuatnya. Agaknya apa lagi lah yang nak direnovate.. rasanya rumah dah cantik.. banyak duit diorang ye.



inilah rupa rumah tempat tinggal kami sekarang.. first time saya duk rumah double storey, dulu saya duk rumah bawah je sebab saya risau anak2 main tangga. now dah takde pilihan.. terpaksalah jugak. Lenguh jugaklah lutut turun naik tangga ni.

No comments:

Related Posts with Thumbnails