Sebulan yang lepas saya memang sibuk, mungkin ada yang perasan masa tu memang tak sempat nak update blog pun. Masa tu saya terikat dengan keje menjahit baju untuk tadika intan bestari yang akan mengadakan hari konvo pada 29/10 dan juga pada 13/11 yang lalu. Banyaklah jugak saya jahit dalam masa sebulan tu.. alhamdulillah selesai sudah semuanya dan semua baju pun siap pada waktunya.
ni gambar sebahagian dari baju2 yang saya jahit.. baju melayu untuk pelajar lelaki dan juga sebahagian kostum untuk acara tarian.
untuk cawangan tadika yang satu lagi, saya tak attend.. so tak dapat nak amik gambar. yang ini saya attend sebab anak saya salah seorang pelajar kat situ..
bulan disember ni pulak, saya akan kembali sibuk menjahit uniform untuk tadika. alhamdulillah atas rezeki kurniaanNya.
Friday, November 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bestnya...untung terror menjait mcm kak haida ni =)
Post a Comment