Tuesday, December 18, 2012

TEMPAHAN DI TUTUP SEMENTARA

Salam buat pengunjung semua. Semua tempahan ditutup sementara. 

Terima kasih

Saturday, November 17, 2012

Hari Konvo tadika Intan Bestari

Alhamdulillah, selesai sudah majlis konvo tadika tadi.. lega sangat sebab dapat juga siapkan baju semua kanak2 walau 2 malam tak tidur berhempas pulas menyiapkan baju.. walau mengantuk masa majlis tadi, tapi hati berbunga2 melihat anak2 comel memakai baju hasil jahitan saya.. :-) 
 













Thursday, November 8, 2012

Tempahan puan Awatif

terima kasih puan awatif kerana support barangan handmade.. :-) harap puan puas hati dengan hasil jahitan saya. 


puan awatif menempah 3 beg kecil untuk anak2nya dan juga satu messenger bag untuk dirinya sendiri. puan awatif menetap di arab saudi.. merantau jauh nampaknya beg saya :-)

Friday, November 2, 2012

hujung tahun tiba lagi

seperti tahun2 yang lalu, bila tiba hujung tahun, saya akan mula sibuk menjahit baju untuk anak2 tadika yang akan mengadakan hari bakat/konvo.. alhamdulillah rezeki.. tapi memang letih menjahitnya

tahun ni saya buat baju seperti ini pula


selepas selesai jahit baju untuk konvo, kena jahit uniform pula.. kebiasaannya orang lain bila hujung tahun, dapat bawa anak2 pergi holiday, tapi saya sibuk pula menjahit.. maaf ye anak2 mama.. insyaallah ada rezeki kita akan pergi holiday..

beberapa hari yang lepas, semasa menjahit.. tetiba kedua tangan rasa kebas2.. risau sangat sebab dulu pernah juga, pergelangan tangan sakit sampai tak boleh menjahit.. jadi saya berentilah menjahit malam tu dan rehatkan tangan.. penyakit ni orang panggil Carpal Tarnal Syndrome. bolehlah google kalau nak tau lebih lanjut.. alhamdulillah esoknya dah tak rasa kebas dah..

oklah.. terima kasih pada yang sudi singgah sini. jom sambung keje.. :-)

Monday, October 22, 2012

Tempahan Puan Nini

Harini nak tunjuk baju yang saya jahit untuk anak2 Puan Nini, Kain kepunyaan Puan Nini, saya jahitkan saja.. suka sangat dengan pilihan warna ni.. nampak sweet sangat.. 


Puan Nini nak baju yang boleh dijadikan top, bila tak pakai kain tu.  Bolehlah pakai lama kan.. Reben tu boleh diikat dibelakang ataupun di depan.. dan dibahagian kaki baju, saya jahitkan pleat menggunakan kain yg sama dengan reben dan leher baju.. ni close-up gambarnya.


saya agak puashati dengan hasilnya.. mungkin boleh saya jadikan koleksi baju readymade nanti.. guna kain polos cotton satin

Wednesday, October 17, 2012

Batu Seremban

Batu Seremban.. permainan tradisional ni kan.. masa saya kecik2, terer main ni.. :-) bila habis peperiksaan hujung tahun.. permainan ni memang femes kat sekolah. Ada yang pakai batu 5, batu 7, batu dan guli, biji getah.. kebanyakkannya mak2 kita buatkan ataupun kutip batu2 kecil kat tepi jalan..

Tapi sekarang, anak2 tau semua benda nak beli je.. rasanya mcam budak sekarang tak adventurous langsung.. anak2 saya 3 lelaki, tak penah minta batu seremban ni. diorang tak tau main kot.. anak perempuan bungsu sorang ni kecik lagi, jadi dia pun tak penah minta. Minggu lepas anak buah saya datang rumah, bawak batu seremban ni.. dia kata dia beli 5 singgit. Tapi masa dia bawak pergi sekolah, kena rampaslah pulak dengan cikgu.. 

Kawan2 saya di group jahit FB, ada jugak buat batu seremban ni.. tengok diorang buat, saya pun teringin nak buat.. nak bagi kat anak buah.. ni lah rupanya


comel kan? siap ada uncangnya sekali.. :-)
anak saya yang kecik 2 orang ni, terus jeles mama dia buatkan untuk sepupu diorang.. paksa lak saya buat lagi.. memandangkan kain remnants banyak, saya pun mulalah gunting kain. anak2 tak sabar, suruh gak siapkan cepat, taknak tunggu esok2.. alang2 buat, terus buat banyak.. habiskan sepeket batu kecil tu. Ni hasil kerjasama dengan anak2. diorang paling suka part isi batu dalam bekas tu. lepas ni diorang nak jual kat kawan2.. 


nak kata saya ni free sangat, taklah jugak.. banyak lagi tempahan nak disiapkan.. tapi sesekali layan anak2, seronok pulak saya nak siapkan batu seremban ni. Anak2 pun bangga sebab dapat buat sama2..

saya isi ni guna batu kecil2 tu..  boleh beli kat kedai akuarium. orang kata, tak elok letak makanan (kacang, beras, etc..) sebab tak baik makanan di lambung2 buat main. Nak amik pasir kat tepi jalan tu, tak pasti pulak kebersihannya.. dan tak tau pulak tuannya

nak buat benda ni, nampak senang.. modal pun tak banyak. modalnya banyak tenaga dan masa. pada kami tukang jahit yang memang sibuk menyiapkan tempahan, memang malas nak buat batu seremban ni.. melainkan kalau boleh jual mahal.. hehe

tapi anggaplah ibadah untuk budak2.. main batu seremban ni pun satu skill jugak.. tak semua pandai lambung dan tangkap.. moto skill ke apa namanya.. :-)


Nota: saya dah start jual dah set batu seremban ni. terus terang saya kata, harganya taklah murah.. memang ambil masa nak buat. Jadi modal tenaga banyak digunakan. mari kita sokong permainan tradisional kita ni agar tidak luput dek zaman. lawat page saya di fb
https://www.facebook.com/pages/Batu-Seremban-by-HaidaHandmade/514934128646147?ref=ts&fref=ts

dan juga blog saya di sini http://haidahandmade.blogspot.com/2015/04/batu-seremban-untuk-dijual.html

Friday, October 12, 2012

Tempahan Puan Roziah

Terima kasih puan roziah kerana menyokong barangan handmade. Puan Roziah menempah satu set messenger bag bersama boxy pouch.. warna purple ni memang sungguh ceria.. saya pun ceria je membuatnya.. :-)


beg ini pula untuk Puan Roziah sendiri.. menggunakan korean cotton yang berkualiti.. insyaallah kain tak luntur dan cepat buruk










Thursday, October 4, 2012

Tempahan puan Ramlah

ni tempahan dari puan Ramlah untuk anak2nya.. saya suka dengan combo kain ni.. real nampak lagi cantik. Pink + green memang sweet.. semoga anak puan suka dengan beg ni.




Tuesday, September 18, 2012

lepas rindu jahit beg.. beg diaper

tetiba terasa nak menjahit beg.. lama dah berenti, rindu rasanya.. jadi, saya terima tempahan kawan rapat saya ni untuk buat beg diaper..





saya puashati dengan hasilnya.. happy je dapat siapkan. harap2 tuan punya beg ni suka dgn beg ni.. :-)

Sunday, August 26, 2012

Dress kembang

Yasmin asik minta saya buatkan dia dress kembang.. dia nak pusing2 sambil kembangkan baju dia tu. Kali ni saya buatkan sepasang, guna kain lebihan baju kurung saya. Dia tak suka sebab dia nak warna pink.. tapi saya buatkan jugak.. saya tambahkan reben pink. Bahagian skirt ada 2 lapis supaya kembangnya nampak cantik..

Inilah aksi budak ni bergambar.. susah jugalah nak dapat still photos sebab dia tak tau diam.

 

semalam, saya dan anak dara ni sedondonlah berbaju raya ke rumah terbuka.. :-)

rancangan saya nak buat dress kanak2 untuk dijual.. agaknya ada tak yang berminat..

Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya.. mohon maaf zahir dan batin buat semua pengunjung. Bagaimana sambutan raya tahun ni agaknya..
Bagi saya, seronok juga sebab emak dan adik beradik masih lagi dapat beraya bersama di rumah saya.. semua berkumpul di rumah saya.. alhamdulillah.
tahun ni, di raya pertama.. saya memang mengantuk betul. Dalam kereta tidur, kat rumah sedara mara pun mata mcm tak larat nak buka.. inilah penangan menjahit selama 2 bulan dan waktu tidur yang tidak menentu. kesian suami saya sorang2 bawak kereta takde sapa nak teman borak.. saya mmg pengsan.. :-) tapi alhamdulillah.. syukur sangat sebab dapat menyiapkan tempahan semua pelanggan.

Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua keluarga dan teman-teman yang mengenali di alam maya maupun di alam nyata.. (amboi ayat! :-))

Tuesday, July 31, 2012

Tempahan Beg di Tutup


Salam buat para pengunjung. Maaf sebab buat masa sekarang saya tidak lagi dapat menerima tempahan customized bag. Insyaallah saya akan cuba membuat yang readymade sahaja kerana buat masa sekarang tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap jahitan dan menyebabkan pelanggan tertunggu lama. Saya juga akan mula menjahit baju kanak-kanak untuk lebaran yang akan tiba tidak lama lagi.. saya teringin mencuba yang baru. 

Pada yang ingin membeli stok kain heavy cotton, saya menjualnya pada harga RM12 semeter. Bolehlah email ke haidahandmade@yahoo.com ataupun lawati page saya di facebook di www.facebook.com/haidahandmade dan hantar pesanan. 

Friday, July 13, 2012

Baju kurung with matching headband

this is my little girl Yasmin, my model in the house.. :-)
sometimes she posed naturally, sometimes u have to bribe her, sometimes she just ignore me.. 

this time i try making a matching headband.. it does look way too big.. first try anyway :-)

OMG.. she's grown so fast
this is a photo of her when she's a baby


Tuesday, July 10, 2012

Baju Kurung Kanak2 Beriben




Dah beli baju raya untuk anak2? saya masih lagi menerima tempahan.. tempahan akan ditutup pada 18 Julai 2012..



Thursday, July 5, 2012

Baju Kurung kanak2 beriben

Saya masih menerima tempahan untuk baju kurung kanak2.. tapi tak lama lagi saya akan tutup untuk memberi ruang saya menyiapkan semua tempahan sebelum hari raya..



untuk pertanyaan, sila email haidahandmade@yahoo.com

atau

lawat page facebook saya di


boleh buat pilihan kain di page facebook


Sunday, July 1, 2012

Baju Kurung Bereben Kitty

pada peminat hello kitty pasti suka tengok baju ni kan.. so sweet color dia.. pada yang berminat, boleh order. saiz dari 1 tahun - 12 tahun.. lawat page facebook saya untuk menempah atau email pun boleh.. :-)


Friday, June 29, 2012

New Design in the house


Love Dovey Baju Kurung
Available for preorder.. size 1 - 12 yrs old.

to order, just email me at 
haidahandmade@yahoo.com

or visit my facebook page

Monday, June 25, 2012

Pre-Order / Readymade Baju Kurung Kanak2 For Sale

Saya sudah mula menerima tempahan untuk baju kurung kanak2.. jomlah cuci mata dengan design baju yang comel2 belaka.. mana tau ada yang berkenan.. :-)









tempahan diterima untuk saiz bayi hinggalah usia 12 tahun.. lawat page saya di facebook untuk melihat pilihan kain



Related Posts with Thumbnails