Friday, November 2, 2012

hujung tahun tiba lagi

seperti tahun2 yang lalu, bila tiba hujung tahun, saya akan mula sibuk menjahit baju untuk anak2 tadika yang akan mengadakan hari bakat/konvo.. alhamdulillah rezeki.. tapi memang letih menjahitnya

tahun ni saya buat baju seperti ini pula


selepas selesai jahit baju untuk konvo, kena jahit uniform pula.. kebiasaannya orang lain bila hujung tahun, dapat bawa anak2 pergi holiday, tapi saya sibuk pula menjahit.. maaf ye anak2 mama.. insyaallah ada rezeki kita akan pergi holiday..

beberapa hari yang lepas, semasa menjahit.. tetiba kedua tangan rasa kebas2.. risau sangat sebab dulu pernah juga, pergelangan tangan sakit sampai tak boleh menjahit.. jadi saya berentilah menjahit malam tu dan rehatkan tangan.. penyakit ni orang panggil Carpal Tarnal Syndrome. bolehlah google kalau nak tau lebih lanjut.. alhamdulillah esoknya dah tak rasa kebas dah..

oklah.. terima kasih pada yang sudi singgah sini. jom sambung keje.. :-)

1 comment:

Unknown said...

Menjahit, menjahit jugak..tapi signal dah jelas memang betul lah apa sis buat ni. Terus berenti kasi tubuh berehat. Semoga terus murah rezeki dan nanti2 dapat gi holiday :-)

Related Posts with Thumbnails