Alhamdulillah, selesai sudah majlis konvo tadika tadi.. lega sangat sebab dapat juga siapkan baju semua kanak2 walau 2 malam tak tidur berhempas pulas menyiapkan baju.. walau mengantuk masa majlis tadi, tapi hati berbunga2 melihat anak2 comel memakai baju hasil jahitan saya.. :-)
Saturday, November 17, 2012
Thursday, November 8, 2012
Tempahan puan Awatif
terima kasih puan awatif kerana support barangan handmade.. :-) harap puan puas hati dengan hasil jahitan saya.
puan awatif menempah 3 beg kecil untuk anak2nya dan juga satu messenger bag untuk dirinya sendiri. puan awatif menetap di arab saudi.. merantau jauh nampaknya beg saya :-)
Labels:
messenger bag,
small sling bag
Friday, November 2, 2012
hujung tahun tiba lagi
seperti tahun2 yang lalu, bila tiba hujung tahun, saya akan mula sibuk menjahit baju untuk anak2 tadika yang akan mengadakan hari bakat/konvo.. alhamdulillah rezeki.. tapi memang letih menjahitnya
tahun ni saya buat baju seperti ini pula
selepas selesai jahit baju untuk konvo, kena jahit uniform pula.. kebiasaannya orang lain bila hujung tahun, dapat bawa anak2 pergi holiday, tapi saya sibuk pula menjahit.. maaf ye anak2 mama.. insyaallah ada rezeki kita akan pergi holiday..
beberapa hari yang lepas, semasa menjahit.. tetiba kedua tangan rasa kebas2.. risau sangat sebab dulu pernah juga, pergelangan tangan sakit sampai tak boleh menjahit.. jadi saya berentilah menjahit malam tu dan rehatkan tangan.. penyakit ni orang panggil Carpal Tarnal Syndrome. bolehlah google kalau nak tau lebih lanjut.. alhamdulillah esoknya dah tak rasa kebas dah..
oklah.. terima kasih pada yang sudi singgah sini. jom sambung keje.. :-)
Labels:
baju melayu,
uniform tadika
Subscribe to:
Posts (Atom)