Monday, February 3, 2014

Beg Baru

baru2 ni group penjahit beg di fb ada membuat sew along menjahit beg bekal. kami ikut tutorial dari sini

kami diberi masa 3 minggu untuk menyiapkannya langkah demi langkah. tapi disebabkan saya sibuk dengan majlis pertunangan anak buah saya yang di adakan di rumah saya, maka saya tak dapat nak ikut step by step.

alhamdulillah, walau last minute.. dapat juga saya siapkan satu. saya suka sangat dengan hasil beg ni. maklumlah dah lama betul tidak menjahit beg.. banyak benda nak kena ingat balik. rasa seronok menjahit beg ni tak dapat digambarkan.. :-)

walaupun kami ikut tutorial, namun terpulang pada kami untuk mengolah saiz ataupun nak menambah apa2 mengikut kreativiti masing2. Cantik2 sungguh beg rakan2 saya yang lain.

Inilah rupa beg saya.. 


 



Sunday, January 19, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

semakin lama semakin terbiar blog saya ni..

Selamat Tahun Baru 2014.. tahun ini anak saya yang bongsu dah masuk sekolah tahun 1. Alhamdulillah ok je dia ni ke sekolah. First time mix with non muslim children and she's adapting well and able to make friends.

Pada mulanya, saya daftarkan ke sekolah perempuan (convent) tapi tak dapat.. terpaksalah hantar dia ke sekolah co-ed ni. Bersebelahan dengan sekolah abang2 dia jadi senang jugalah urusan menghantar dan menjemput anak2.

Saya masih lagi tidak mengambil tempahan jahitan. Hanya menjahit untuk diri sendiri dan keluarga. alhamdulillah saya dah boleh menjahit telekung dan shawl hasil dari membeli pola dan nota dari rakan jahit di fb. (tak dapat nak letak gambar di posting ni sebab menggunakan lappy suami, gambar2 semua kat lappy saya.. lappy saya pulak anak pakai.. hmmm)

terima kasih pada yang masih sudi menjengah blog saya ni :-) insyaallah akan cuba selalu update blog ni

Thursday, September 5, 2013

bila yasmin berbaju peplum

lama sungguh tak update blog ni.. ada lagi ke yang sudi singgah. saya dah tak jahit beg lagi.. kekadang memang rindu, tapi tak taulah bila lagi nak buat.. jahit baju pun dah macam bermusim gak.. jahit time nak raya je.. baju raya anak2 tahun ni pun tak berjahit.. alhamdulillah, banyak tempahan untuk baju raya tahun ni.. tapi itulah, baju anak2 kena beli je.. baju saya sendiri pun beli siap je.. nasib ada saiz

harini nak tunjuk baju yasmin, dia pakai masa pergi jamuan raya disekolah. baju ni dulunya buat sebagai contoh untuk tempahan peplum.. antara baju peplum yang pertama saya jahit..

oklah. jom layan gambar.. suka yasmin pusing2






Friday, May 3, 2013

Demam Peplum

tahun ni popular sungguh fesyen baju peplum ni.. saya sendiri tak berapa minat, tapi disebabkan banyak permintaan, saya buatlah juga peplum ni.. 
pagi jumaat ni saya buat full peplum.. untuk kain sekali. Yasmin lah menjadi model lagi sebab saiz ni saiz 6. Ini tempahan customer.. tapi yasmin dah berkenan


Friday, April 19, 2013

Cece Top & Dress by Popolok Design

Baju ni hasil dari beli pattern dari Popolok Design
Puas hati beli sebab selama ni main agak2 je ukuran.. ni dah siap pola saiz 1 - 8 tahun, senang keje saya
dan tentunya anak dara saya sorang ni lah jadi modelnya


saya dah start terima tempahan untuk baju raya.. hanya untuk kanak2 ye, tak terlarat nak layan baju mummy
nak tengok koleksi baju raya tahun ni, singgahlah ke page facebook saya 

Tuesday, December 18, 2012

TEMPAHAN DI TUTUP SEMENTARA

Salam buat pengunjung semua. Semua tempahan ditutup sementara. 

Terima kasih

Saturday, November 17, 2012

Hari Konvo tadika Intan Bestari

Alhamdulillah, selesai sudah majlis konvo tadika tadi.. lega sangat sebab dapat juga siapkan baju semua kanak2 walau 2 malam tak tidur berhempas pulas menyiapkan baju.. walau mengantuk masa majlis tadi, tapi hati berbunga2 melihat anak2 comel memakai baju hasil jahitan saya.. :-) 
 













Thursday, November 8, 2012

Tempahan puan Awatif

terima kasih puan awatif kerana support barangan handmade.. :-) harap puan puas hati dengan hasil jahitan saya. 


puan awatif menempah 3 beg kecil untuk anak2nya dan juga satu messenger bag untuk dirinya sendiri. puan awatif menetap di arab saudi.. merantau jauh nampaknya beg saya :-)

Related Posts with Thumbnails