Tuesday, September 29, 2009

malas lagi ni.. mood raya lagi

mood bercraft belum datang lagi.. hmmm... kesian blog ni sunyi je sekarang. so marilah cuci mata..
ni yasmin dengan baju raya yg saya sulam haritu

and this is my living room.. still tak sempat nak jahit slip cover.. lain kalilah nampaknya

sofa ni pulak.. malam raya tu baru saya jahit.. tak penah di buat.. tetiba hubby suruh tukar cushion and slip cover sofa ni.. kelam kabut jugaklah menjahit malam raya tu.. nasib baik masak memasak dibuat oleh mak dan ibu mertua.. so saya cuma masak ketupat je. tahun ni kurang saya ambil order ketupat sebab daun mahallah tahun ni.. naik 100%. dari 8 pagi saya dah mula masak ketupat sebab nak masak 600 biji. tahun lepas saya masak 1000 biji.. satu hari mengadap ketupat je.

dan ini pula yasmin di harijadinya yang ke dua pada 27/9/09. baju tu saya beli siap je cuma saya tambahkan ribbon embroidery sikit.. dulu saya ada buat entry di sini

suka tengok bila anak2 seronok sambut harijadi..



ini pula satu lagi baju kurung yasmin yang saya jahitkan manik2..

dan gambar ini pula saya suka sangat sebab yasmin nampak so sweet

Monday, September 28, 2009

Si chomel berbaju raya contest

saya nak joinlah jugak contest ni.. mcm best je hadiahnya. contest ni di buat oleh BabyIbu. Jomlah join.
Inilah gambar anak ke tiga saya Muhammad Khaizuran berumur 5 tahun.

dan inilah hadiah2 dan sponsor2nya
Hadiah

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..

Sunday, September 27, 2009

lama dah tak kemas rumah di sini

lama dah tak menulis di sini.. rasa macam banyak nak cerita tapi rasa macam dah basi pulak ceritanya.. iyelah sebelum raya hari tu memang sibuk sangat and now sibuk lain pulak.. sibuk berkebun di fb.

hari ini hari jadi yasmin yang ke dua.. kami sambut di mcdonalds. sebab dah letih menyediakan juadah untuk tetamu raya ni.. jadi kami sambut di mcdonalds.. senang tak payah kemas rumah semua. gambar2 saya upload di facebook je.

takde craft yg saya buat sejak raya.. so takyahlah saya bercerita banyak di sini.. lain kali saya sambung lagi. selamat hari raya

Sunday, September 6, 2009

baju raya anak-anak

alhamdulillah! dah siap pun baju anak2 untuk raya nih. Ingatkan sebelum puasa dah siap semua tapi anak2 nak sepasang lagi baju melayu so saya layan je.. kalau dulu masa anak baru 2 orang memang saya jahitkan sorang 4 pasang.. tapi bila dah 4 orang ni.. sorang 2 pasang cukuplah. tak rugi jugak jahit untuk diorang nih sebab selalu pakai buat pegi ngaji.
saya beli 10 meter kain untuk buat baju melayu.. bila dah habis gunting.. ada pulak kain lebih.. boleh buat baju kurung yasmin.. dapatlah sedondon 4 beradik. Mama dan Papa takyah.. biar anak2 seronok.
Jadi untuk baju yasmin saya jahitkan manik dibahagian leher dan lengan supaya nampaklah kelainan girl sorang nih.. biar bling2 baju yasmin..hehehe dan juga sepasang lagi saya buatkan sulam tangan dibahagian leher.

sekarang ni yasmin is crazy over butterfly. hari2 nak pakai baju ada gambar butterfly.. sampai gaduh2 dgn mama sebab dia tak nak pakai baju lain. basuh je pakai basuh je pakai.. so ni mama jahitkan beading bentuk butterfly. yasmin suka.. mama lagi suka :-)

yang ini pulak baju tahun lepas.. masih boleh pakai lepas saya alter panjangkan labuh kain.. guna kain yang sama dengan baju melayu abang2.

ingat lagi tak saya ada buatkan baju kurung baby warna putih tu disini. so yang ini pulak saya buat untuk yasmin. very light purple.


tinggal lagi beberapa hari je ramadhan.. cepat betul. lagi 7 hari je saya boleh menjahit lepas tu kena tutup mesin jahit.. sebab nak anyam ketupat raya pulak. this year my sister dah keje so dah kuranglah sorang nak tolong anyam ketupat raya.

Friday, September 4, 2009

My Kids the WINNER!!



I just can't believe it! My kids won the first prize for the MOBS & ComfyBebe Most Loving Sibling Contest. Yup! FIRST PRIZE!!.. Alhamdulillah!

To Salihin,
your patience in helping mama taking care of our precious litle Yasmin somehow paid off when other people see how loving you are with your sister. Siapa sangka gambar yang mama snap masa Yasmin main dengan abang kat restaurant K@yu nasi kandar tu menang contest ni kan.. mama tau abang sayang yasmin walaupun yasmin selalu kacau abang kat bilik and sepahkan bilik abang. You have help me a lot dengan jaga adik2 yang memang semuanya tak tau duduk diam.. abang memang caring dan penyabar. Mama sayang anak-anak mama.
Salihin ingat tak masa first time dukung Yasmin right after she was born? dan semua orang yg dtg melawat semua pesan kat abang benda yang sama.. ingat tak? semua pesan.. "abang jaga adik betul2.. jaga adik and sentiasa jadi bodyguard adik"

dalam hati saya berkata "beratlah pulak tanggungjawab abang bila adik baru je lahir ni.. kesian abang"

Thursday, September 3, 2009

macamaner nak tajamkan gunting????

opppss!! gunting ku terjatuh ke lantai.
I read or heard or was told that jangan jatuhkan gunting. tapi dah terjadi dah..:-( lepas tu terus gunting tu dah tak tajam dah.. it doesnt cut the fabric nicely. nak wat camaner ye? normally i just buy a new pair of scissors tapi kalau sapa2 tau camaner nak tajamkan balik bagitaulah saya ye.. mekasih banyak2. sayang dengan gunting tu sebab ringan and tajam..

update: 18/12/2011

saya dapat beberapa tips untuk tajamkan gunting dari rakan2 blogger.. guna botol kaca je.. jom lawat blog kawan saya di
http://mybotang.blogspot.com/2010/04/blunt-scissorsarrrgggghhh.html
Related Posts with Thumbnails