Wednesday, December 29, 2010

Pumpkin Pouch turns to Sling Bag

my son has been asking me to make a bag for his friend. Her birthday is coming.. but mama is still busy sewing uniforms. When the time comes, mama cannot delay anymore so mama decided to make a simple pouch. I make the 'pumpkin pouch' but I also add a strap to the pouch that is detachable.. so it becomes 2 in 1 pouch. Add the strap and it becomes a sling pouch.

here's how it looks without the strap



and when i attached the strap.. it becomes a sling bag



i still have not figure out how to hide the pouch short strap.. :-) so i just push it inside the bag.. so unprofessional.. heheh.



but i like the look anyway.. and i hope the birthday girl will love it too..
"Happy Birthday Wawa"

Sunday, December 26, 2010

Ordered By Ammar

Ammar ordered this tote bag for her Mom. It's a birthday present.. how sweet!



Ordered by Syasha



Tuesday, December 14, 2010

Lama tak citer pasal beg..

Rindu juga nak jahit beg sebenarnya.. tapi byk juga bahan2 yang dah kurang.. tak restok lagi. Seronok tengok rakan2 blogger yang lain masih aktif buat beg. Harap2 tahun depan saya dapat menjahit beg secara aktif semula.

Harini terasa nak update blog. Hambar jelah pulak blog ni sejak dua menjak ni.. jadi harini saya nak upload gambar beg2 yang saya belum letak kat blog. saja nak bagi berseri sedikit blog.. :-) beg2 ni kan penyeri blog saya.. kalau tak.. takde yang singgah lagi.. :-)

1. Messenger bags and small girls' sling bag





2. Margaret bag



3. Pumpkin pouch



pouch ni menggunakan kain cotton yang siap ada labuci tu.. pouch ni saya punya. Jahit last minit masa nak pergi reunion dinner. Maklumlah saya memang takde handbag yang glamour2 tu.. :-)

4. Bekas pensil..









dan yang ini pulak si Yasmin yang suka bergaya dengan beg yang mama jahit.. lepas tu kata semua jangan bagi orang lain.. :-)

Alhamdulillah khai hampir sembuh


Alhamdulillah.. lega sangat rasanya Khai dah selamat berkhatan dan sekarang dah berlari dah pun. Hari tu hampir tak jadi sebab dia menangis nak balik selepas kena suntikan bius tu.. tapi dapat gak pujuk.. syukur alhamdulillah.



Keluar je klinik terus tak nangis dah.. balik rumah terus main game. Tapi walaupun menangis di klinik, mama tetap bangga dengan Khai. Tak lama lagi pasti dia lupa dah kejadian di klinik tu kan. Saya pun lega juga sebab Khai anak lelaki ketiga dan terakhir insyaallah.. tak perlu lagi saya temankan sesiapa berkhatan (sebenarnya saya sendiri penakut jumpa doktor.. :-))



sekarang khai dah hampir sembuh.. dah bawak dia gi jalan2 pun nonton wayang.. citer Rapunzel, Narnia, and Ngangkung. Cuti ni tak holiday ke mana2 jadi tgok wayang jelah.

Thursday, December 2, 2010

Esok Khai akan berkhatan

Assalamualaikum wbt.. lama saya tak update blog. sebenarnya tak tau nak update apa.. kat facebook pun tak update status.. masih ada yang follow ke? terima kasih ye..

esok anak saya yang ketiga Muhammad Khaizuran (6 yrs) akan berkhatan.. kami tak buat kenduri pun.. cuma harini saya akan pack pulut kuning dgn rendang untuk diberi kepada anak2 di kelas mengaji anak2 saya. Saya minta tolong Ustaz untuk bacakan sedikit doa selamat di kelas mengaji malam nanti.

saya juga buatkan sedikit cenderahati untuk diberikan bersama pulut kuning tu. saya buat bunga telur teddy bear.. tapi saya tak letak telur.. saya letak lollipop



semoga esok Khai akan tenang.. risau juga sebab khai ni memang manja sangat walaupun dah ada adik.. doakan semuanya selamat ye.. until next time.. take care

Thursday, November 18, 2010

maaf.. saya tak dapat menjahit beg lagi

salam aidiladha buat semua.. semoga korban kita diterima Allah swt insyaallah.

saya mohon berbanyak maaf kerana tidak dapat menjahit beg buat masa sekarang.. tak boleh fokus pada jahitan. rasanya saya tak bolehlah buat 2 keje dalam satu masa. Sekarang ni di restoran uncle sate kekurangan pekerja.. effa dah berhenti kerja sebab mengikut suami pindah ke kelantan.. terpaksalah saya membantu di kedai. sebab tu tak dapat fokus menjahit beg. Menjahit beg ni saya kena concentrate sebab bukan sekadar jahit je tapi saya kena fikir mcamana nak hias beg juga.. saya tak boleh fikir secara kreatif sekarang. Lagi pula dah hujung tahun ni, kena jahit baju sekolah anak2 dan anak buah.. dan saya juga mendapat kontrak menjahit uniform tadika. Alhamdulillah dibukakan lagi pintu rezeki untuk saya. Terima kasih cikgu kerana percaya pada saya menjahit baju untuk hari konvo haritu dan juga untuk uniform tahun depan.

Bukanlah saya ni tamak nak terima tempahan jahit baju pula padahal beg tak jahit lagi. Pertama, menjahit beg memerlukan saya berfikir secara kreatif untuk menghasilkan sebuah beg.. manakala menjahit uniform, saya hanya ikut contoh shj. Kedua, menjahit beg memerlukan saya mengeluarkan modal membeli kain dan bahan2.. manakala menjahit baju saya tak perlu pergi mencari kain. Ketiga, menjahit uniform hanya dihujung tahun bukan sepanjang tahun. Terpaksalah dikorbankan sedikit masa untuk menjahit baju diwaktu siang dan membantu di kedai sate pada waktu malam.. semua ini untuk membantu menambah kewangan keluarga. Tau2 jelah yuran sekolah tadika sekrang bukan murah.. tahun depan Yasmin pula akan ke tadika. Khai akan masuk Tahun 1, Arshad di Tahun 6, dan Salihin di Tingkatan 4. Persediaan untuk baju, kasut, dan peralatan sekolah untuk 4 orang memang banyak belanjanya.

Jadi sekali lagi saya mohon maaf tidak dapat menerima tempahan beg dan juga menyiapkan tempahan beg yang telah diterima sebelum hari raya haritu.

Monday, October 25, 2010

stop menjahit beg lagi..

hari jumaat lepas saya menerima panggilan dari cikgu tadika anak saya.. dia minta tolong saya jahitkan baju murid2 untuk hari konvo nanti.. sebab pada saat2 akhir, tukang jahit yg sepatutnya menjahit baju2 tu tak dapat buat.. masa ada 2 minggu saja lagi. Bagaimana saya boleh menolak permintaan guru yang telah mengajar anak2 saya membaca, mengaji dan juga solat.. bukan sorang tapi ketiga2 anak saya. Jadi saya terima dengan niat ingin membantu. Kesian cikgu.. kelam kabut mencari tailor.

Pagi tadi saya ke tadika untuk mengambil ukuran, dan juga mengambil kain yg sudah pun dibeli oleh cikgu.. balik rumah terus saya mula menggunting. dan siaplah beberapa pasang gaun untuk murid kelas 5 tahun. Gaun kembang yang simple sahaja.. ditambah reben satin dibahagian pinggang.



selepas ni nak jahit untuk kanak2 lelaki pula.. yang ini agak banyak juga.

dan disebabkan ini juga, saya terpaksa berhenti menjahit beg buat sementara. sekali lagi saya mohon maaf.

Sunday, October 24, 2010

Beg Amin dan Arif

maaf ye saya masih lagi tidak dapat menerima tempahan.. masih tidak mampu menyiapkan semuanya.. kalaulah saya ada assistant memang saya akan terima tempahan tapi semuanya saya buat seorang. maaf ye. saya pasti ada ramai lagi blogger yang masih terima tempahan.. rajin2lah cari.

harini saya nak tunjuk beg untuk Amin. satu lagi beg kereta merah. harap2 amin suka.



dan yang ini pula beg untuk Arif..

Friday, October 22, 2010

Drawstring Backpack







harini tgk gambar je.. nothing much to say.. still have lots of things to do.. see ya

Friday, October 15, 2010

Tote bags

Ni dia totebag yang tak asing lagi di rumah saya ni. The Bouquet Of Lollipop Totebag. There're always six lollipops and i guess they're always be.. :-)



masa tengah amik gambar beg ni, Yasmin sibuk nak join sekali.. takpelah kan



Tote bag yang kedua saya nak tunjuk adalah beg untuk Amira. Smaller size than the usual.. suitable for 11 year old girl.



dan kali ni Fatiha pula sibuk nak jadi model beg..



until next time.. thank you for viewing.. :-)

Wednesday, October 13, 2010

Drawstring Tote

I made this tote bag for my cousin.. she wants the same design as my apple bag.



here's how my bag looks like.. (manage to ask one of my son's friend to model it for me).. hmm.. forgot to asked her name.. :-)



thank you for dropping by.. :-)

Tuesday, October 12, 2010

Beg ku jejak ke Sydney



rupa-rupanya beg yang ditempah oleh Izura, dihantar ke anak buahnya di Sydney, Australia. Jauh beg tu berjalan.. saya sendiri tidak pernah ke luar negara. Terima kasih Izura sebab sudi share gambar.

Monday, October 11, 2010

Ordered by Azura

kali ni Azura order 3 lagi beg.. 'thanks ye zura.. you are not only my loyal friend but my loyal customer as well.. hehe.. anyway thanks zura for your support. really appreciate it'

1. Messenger Bag for Sarah



2. Messenger Bag for Uwais



3. Small sling bag for Uzair



masa Yasmin tengok beg yang saya buat untuk Uzai ni.. dia terus nyanyi 'papa ku pulang dari kota.. papa ku belikan kereta.. kereta kecil warna merah.... '

well.. hopefully sarah, uwais and uzair liked the bags.

Ordered by Ann

lamanya saya cuti raya kan! cuti menjahit.. keje lain mana ada cuti. so busy doing other things that make me have less and less time for myself and for my sewing. slow betul saya nak pick up balik menjahit beg ni.. susah betul engine nak warm up. saya rasa ini entry pertama untuk tempahan beg setelah sepi segala berita tentang beg sejak berakhirnya Ramadhan..

saya mula dengan tempahan dari sepupu saya Ann. (tak tau berapa kali dah saya mohon maaf dengan orang sebab lambat siapkan tempahan)

1. Beg Diaper baby Eiliyah



buat pertama kalinya saya buat applique gambar burung.. biasanya saya buat rerama kan.. ini lainlah sikit. so how? ok tak?



feature yang lain sama je dengan beg diaper yang saya biasa buat.. poket di kiri kanan beg, zip di belakang, 6 poket dibahagian dalam, dan penutup berzip..

2. Diaper Stacker



saya tambahkan pink lace sebagai penyeri..

ada a few bags saya nak tunjuk.. tapi harini connection internet begitu lembab sekali.. buang masa saya je menunggu nak upload.. esok insyaAllah saya sambung lagi
Related Posts with Thumbnails