hari jumaat lepas saya menerima panggilan dari cikgu tadika anak saya.. dia minta tolong saya jahitkan baju murid2 untuk hari konvo nanti.. sebab pada saat2 akhir, tukang jahit yg sepatutnya menjahit baju2 tu tak dapat buat.. masa ada 2 minggu saja lagi. Bagaimana saya boleh menolak permintaan guru yang telah mengajar anak2 saya membaca, mengaji dan juga solat.. bukan sorang tapi ketiga2 anak saya. Jadi saya terima dengan niat ingin membantu. Kesian cikgu.. kelam kabut mencari tailor.
Pagi tadi saya ke tadika untuk mengambil ukuran, dan juga mengambil kain yg sudah pun dibeli oleh cikgu.. balik rumah terus saya mula menggunting. dan siaplah beberapa pasang gaun untuk murid kelas 5 tahun. Gaun kembang yang simple sahaja.. ditambah reben satin dibahagian pinggang.
selepas ni nak jahit untuk kanak2 lelaki pula.. yang ini agak banyak juga.
dan disebabkan ini juga, saya terpaksa berhenti menjahit beg buat sementara. sekali lagi saya mohon maaf.
Monday, October 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
haida... insyaallah, niat baik akan dipermudahkan urusannya..
saya sekg pun tengah berkira2 mencari idea..sister inlaw yg mengajar kat Smart Kids Reader mintak jaitkan bju persembahan hujung tahun..baju ok.. tapi lgi satu nak jait kostum(betul ke ejaan)ala jumpsuit wajah2 binatang tu.. saya tak pernah buat benda cam tuh..huhuhu..SCLover
salam.. kain cotton ekk, bleh cepat sikit jahit..
SC, insyaallah. kostum memang leceh sikit. tahun lepas anak saya pakai costume rusa.. part headgear tu yg cute.. ada tanduk rusa. tapi seronok gak bila dapat jahit benda baru kan.
azima.. gaun tu cotton.. bolehlah jahit cepat jugak. yang utk lelaki, kain polyester.. saya buat baju melayu paling ringkas.. kena siapkan 36 pasang dalam masa 10 hari. semoga dipermudahkan insyaallah. Saya sekarang ni tak boleh visit blog azima tau, blog kata ada malware..
salam...lama tui x singga blog akak..
cantik gaun yg akak buat tu..
msti adik2 yg konvo hari tu pakai dgn seronok dan bangga kan?hihi
Post a Comment