Thursday, November 18, 2010

maaf.. saya tak dapat menjahit beg lagi

salam aidiladha buat semua.. semoga korban kita diterima Allah swt insyaallah.

saya mohon berbanyak maaf kerana tidak dapat menjahit beg buat masa sekarang.. tak boleh fokus pada jahitan. rasanya saya tak bolehlah buat 2 keje dalam satu masa. Sekarang ni di restoran uncle sate kekurangan pekerja.. effa dah berhenti kerja sebab mengikut suami pindah ke kelantan.. terpaksalah saya membantu di kedai. sebab tu tak dapat fokus menjahit beg. Menjahit beg ni saya kena concentrate sebab bukan sekadar jahit je tapi saya kena fikir mcamana nak hias beg juga.. saya tak boleh fikir secara kreatif sekarang. Lagi pula dah hujung tahun ni, kena jahit baju sekolah anak2 dan anak buah.. dan saya juga mendapat kontrak menjahit uniform tadika. Alhamdulillah dibukakan lagi pintu rezeki untuk saya. Terima kasih cikgu kerana percaya pada saya menjahit baju untuk hari konvo haritu dan juga untuk uniform tahun depan.

Bukanlah saya ni tamak nak terima tempahan jahit baju pula padahal beg tak jahit lagi. Pertama, menjahit beg memerlukan saya berfikir secara kreatif untuk menghasilkan sebuah beg.. manakala menjahit uniform, saya hanya ikut contoh shj. Kedua, menjahit beg memerlukan saya mengeluarkan modal membeli kain dan bahan2.. manakala menjahit baju saya tak perlu pergi mencari kain. Ketiga, menjahit uniform hanya dihujung tahun bukan sepanjang tahun. Terpaksalah dikorbankan sedikit masa untuk menjahit baju diwaktu siang dan membantu di kedai sate pada waktu malam.. semua ini untuk membantu menambah kewangan keluarga. Tau2 jelah yuran sekolah tadika sekrang bukan murah.. tahun depan Yasmin pula akan ke tadika. Khai akan masuk Tahun 1, Arshad di Tahun 6, dan Salihin di Tingkatan 4. Persediaan untuk baju, kasut, dan peralatan sekolah untuk 4 orang memang banyak belanjanya.

Jadi sekali lagi saya mohon maaf tidak dapat menerima tempahan beg dan juga menyiapkan tempahan beg yang telah diterima sebelum hari raya haritu.

3 comments:

Fieda said...

berhenti sementara okay la...jangan pula berhenti terus....kan sayang bakat yang sediada tu...:), anyway, wish u best of luck in whatever u are doing ya...:)

Haida Hussin said...

thank you mama nuriel.. :-) satu inspirasi juga ni.. *hugs*

MamaDaniel said...

salam kenal kak...
selamat menjahit.. seronok tgk akak dpt byk tempahan.. :D

Related Posts with Thumbnails