Harini nak tunjuk beg Athirah pulak.. sebenarnya orang yang order ni nak beg macam Beg Fatiha. Ingat tak? kalau tak ingat, boleh tengok kat sini. Tapi saya buat lain sikit.. rasanya yang ini pun ok jugakkan.
saiz beg lebar 10 inci dan tinggi 8 inci. kecik je.. sesuai buat pegi jalan2. Macam handbag. takde model lah pulak untuk menggayakan beg ni.. tadi suruh Arshad, dia taknak.. :-)
saya guna reben satin je untuk reben.. tak pasti kalau reben tu tahan lama ke tak.. hmmm. kena tanya customer feedback ni. dan rerama tu saya guna rama2 bersulam.. rama-rama saya dah hampir habis.. nak order lagi tapi Tuan Punya mesin jahit sulam tu rosaklah pulak sekarang ni.
terlupa juga nak amik gambar bahagian dalam. kat dalam ada satu poket berzip, dan penutup beg saya guna pelekat velcro (sebenarnya nak guna magnetic snap button tapi stok dah habis).
overall.. saya puas hati dengan hasilnya. harap2 tuannya pun suka. terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Friday, July 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment