apa yang diperlukan adalah
1. Tudung saji plastik seperti gambar di atas
2. Reben (disini saya gunakan reben satin) untuk tudung saji besar ni saya guna 2 gulung.
3. Gunting
4. Jarum dan benang
5. Renda untuk hiasan (lebih kurang 2 meter)
6. Bunga untuk hiasan
7. Pisau (craft cutter) untuk menebuk lubang
dalam bab-bab penerangan ni saya kureng sikit.. jadi saya harap gambar2 ni dapat menerangkan dengan jelas lagi
mula2 gunting reben sepanjang lebih kurang 17 inci.. bakar sedikit di kedua hujung reben agar reben tidak berbulu nanti. kemudian bermula dari atas, masukkan ke dalam lubang yang pertama, dan dengan berselang seli.. bentukkan seperti gambar ini..
ini pandangan dari sebelah dalam..
setelah selesai menutup keseluruhan tudung saji dengan reben, kita harus mengemaskan di bahagian bawah reben.. di sini saya menggunakan jarum dan benang untuk mengukuhkan kedudukan reben. Boleh juga menggunakan hot glue, tapi saya kurang galakkan sebab saya pernah menggunakan hot glue, tapi lama kelamaan reben boleh tertanggal.. sebab itu saya jahit kan.
jelas tak?? inilah rupanya selepas siap di kemaskan bahagian bawah reben. Di bahagian atas, tidak perlu di jahit kerana lubang tudung saji agak kecil dibhagian atas, jadi ia sudah cukup ketat.
sekarang bolehlah dihias menggunakan renda dan bunga.. hiaslah ikut imaginasi anda. Inilah rupa tudung saji saya yang sudah siap di hias.
Kalau ada sesiapa yang menggunakan tutorial ni, bagitaulah saya.. saya pun nak tengok hasilnya... :-)