Friday, April 22, 2011

Baju Kebaya Farahin

saya ni dah lama tak menjahit baju untuk orang dewasa.. bagi saya lebih suka menjahit untuk kanak2 je. tapi 2 minggu lepas, ada majlis perkahwinan anak buah.. jadi masing2 sibuklah nak berbaju baru mengikut tema. saya sempat jahitkan 2 pasang jubah, sepasang baju kurung dan sepasang baju kebaya.. yg lain memang tak sempat sebab masa tu pulak mesin jahit buat hal.. dah panggil pakcik servis tu datang tapi dia tak boleh buat apa2.. kena lah hantar ke kedai. kalau dah hantar ke kedai tu.. biasalah amik masa sikit nak siap. so agak kelam kabut jugak menyiapkan baju2 tu.

tapi kat sini saya nak tunjuk baju kebaya tu je.. sebab dah lama tak menjahit kebaya.. mak pulak confident saya boleh buat.. akhirnya siaplah jugak.. cuma longgar sikit je. Baju luar tu guna kain lace dan bahagian dalam saya buatkan maxi.



inilah rupa anak buah saya yang memang suka melaram je..

Related Posts with Thumbnails