Tuesday, August 24, 2010

Ordered by Ita

Alhamdulillah akhirnya siap juga tempahan dari ita yang dah lama order dari saya. saya ada mention haritu kan.. dia yang order beg2 kecil strawberry tu. Ni saya nak tunjuk beg2 lain yang ita order.

1. Beg Kipas.

Ita ni seorang OKU.. bila dia tidak sihat, dia akan bawa kipas kemana2 dia pergi.. jadi dia nak ada sebuah beg.. taknak bawak kotak. Ada beg, cantiklah sikit kan. Saya buatkan simple je, penutup menggunakan pelekat velcro agar mudah dibuka. Saiz adalah mengikut spesipikasi dari ita 17"(H) x 15"(W) x 7"(D)





2. Beg serbaguna.

Beg ni menggunakan zip sebagai penutup. Oleh kerana Ita cacat saraf, agak sukar dia nak buka tutup zip, jadi saya letak O-ring di kepala zip agar mudah ibu jari ita menarik zip. Begitu juga di poket belakang beg yang berzip. Ada poket di kiri dan kanan beg, dan 6 poket terbuka di bahagian dalam.
Saiz beg juga agak besar 16"(H) x 16"(W) x 7"(D)





3. Pouch telekung.

Design pouch agak berbeza sedikit dari pouch yang biasa saya buat. Sebenarnya begini, ita nak fabrik yang sama untuk semua beg dia.. tapi disebabkan kain tak cukup, saya gabungkanlah dengan kain pink polos tu. Saya jadikan poket dikeliling pouch.. mulanya ita minta letak poket kat tepi sebab dia nak letak spray air untuk berwuduk.. tapi saya letakkan poket disekeliling sebab saya rasa akan nampak lebih menarik.. hasilnya?? saya puas hati.. :-)



Terima kasih Ita sebab sabar dengan saya. Semoga apa yang saya buat seperti yang Ita kehendakkan. Take Care!

2 comments:

Mama Nuriel said...

chantek....saya suka.....kira aktif ya haida kebelakangan nih....saya agak lembab...selalu tak sihat loorrrr...:(

Haida Hussin said...

thanks fieda.. kenapa tak sihat? saya aktif pun tak tentu.. tapi alhamdulillah ada orang yg sudi nak order dari saya.

Related Posts with Thumbnails