Wednesday, August 19, 2009

plastic bag dispenser

Saya seperti biasa selalu cepat boring bila buat benda yang sama. So walaupun keje menjahit baju ada yang belum siap, saya malas nak buat hari ni. Saya nak jahit benda lain pulak.. saya nak jahit plastic bag dispenser. Nak kemas plastic bag yang dah banyak terkumpul tu.

Mula2 saya akan lipat beg2 plastik tu menjadi 3 segi. Kemudian saya akan asingkan mengikut saiz S, M, dan L. Memandangkan ada 3 saiz jadi saya akan buat 3 plastic bag dispenser. Kain yang saya gunakan adalah kain langsir yang tidak digunakan lagi. Saya ambil bahagian valance and gunting ikut saiz yang diingini (tape langsir tu saya dah tanggalkanlah). Menjahitnya lebih kurang macam jahit bolster je.. tapi di sini saya jahitkan tali dibahagian atas untuk memudahkannya di sangkut.. dan juga menggunakan elastic band dibhgian bawah dan atas.

Sebelum ni saya Cuma lipat je beg2 plastik tu dan saya masukkan dalam beg plastic yang lebih besar. Cuma masalahnya.. bila saya suruh budak2 ni amik plastic.. diorang buka lipatan lepas tu kalau tersalah amik diorang tak lipat balik and terus sumbat je.. so now dah diasingkan mengikut saiz harap2 kuranglah kesepahannya nanti..;-)
begini caranya saya lipat beg plastik tu..


hmmm.. plastik bag saiz L ni tak muatlah pulak.. dah penuh sampai nak terkeluar..

jadi marilah kita mengemas beg plastik dan recycle..

1 comment:

ainiayu75 said...

hahaha...tk terpikir lak...kreatif2....mari kita recycle benda2 dlm umah....hehehe...

Related Posts with Thumbnails