Thursday, September 16, 2010

Sate kajang di klang

Hari Raya haritu kedai uncle sate tutup 4 hari je. kami sekeluarga tidak ke mana2, jadi business back to normal. alhamdulillah.

semalam yang paling letih dalam minggu ni.. customer ramai tak henti2.. so tak sempatlah nak duduk ke nak minum ke.. salihin pulak takde tolong sebab dia pergi beraya rumah kawan dia.. alhamdulillah yasmin dah hantar ke rumah nenek, dan pak usu pulak tolong jaga khai and arshad kat rumah. terima kasih mak dan iz.

dah lama kedai tak sibuk macam ni.. musim raya ni ramai yang beli sate untuk dijamu kepada tetamu yang berkunjung berhari raya di rumah. Today and tomorrow will be a busy day since morning sebab dah ada yang order.. hopefully everything goes fine tomorrow. Kena bayar gaji lebih kat pekerja kami nih..

semalam yasmin bawa camera ke kedai sate sebab dia sibuk nak tunjuk gambar kat abang lokman (lokman salah seorang pekerja kami).. apalagi lokman pun bergambarlah jugak. dia suruh saya upload kat fb.. tapi saya upload kat sini jelah.



inilah pekerja2 kami yang selalunya happy-go-lucky.. syafiq dan lukman.. bergurau je. itu yang anak2 saya suka lepak kat kedai sate ni sebab budak2 ni rajin melayan.



sambil bakar sate pun masih boleh layan fon jugak... kami ni sportinglah jugak.. tak suka nak marah2 bdk2 ni.. janji sate jangan sampai hangus!
sorang lagi pekerja kami perempuan Effa.. lupa lak nak amik gambar sebab kedai dah sibuk masa tu. Effa ni baru keje kat sini sebab Ros yang dah lama bekerja di sini balik kampung.. tak taulah bila Ros datang balik. Effa ni biasalah budak baru belajar.. slow sikit.

pada yang nak rasa sate kajang di klang ni, jomlah ke Uncle Sate!
kalau sedap bagitaulah orang.. kalau tak sedap bagitaulah saya.. :-)

inilah si yasmin yang suka kacau orang buat keje.. :-) dia duduk kat tepi ni tengok orang bakar sate



saya ingat nak letak map ke kedai sate ni guna google maps tapi tak taulah pulak mcmana.. saya try mcam ni.. jadi ke tak


View Restoran Uncle Sate Klang in a larger map

bolehlah kan.. kalau tak faham boleh tanya saya.. :-)

saya tak byk amik gambar kedai sate ni tapi ada juga a couple of blogger yang blog pasal kedai kami ni.. they rate us as 'best satay in klang'..(try google best satay in klang).. yup! most of my customers are chinese. they really love our 'lemakless sate'... :-)

8 comments:

ainiayu said...

salam haida...kedai sate tu kt mana?mana tau klu sy g area sana leh la merasa....heheheh...nampak cam best je....:)

Mama Nuriel said...

sedapnya satay....hukhukhuk....(saya ni pantang....pantang tgk satay.....)

Anonymous said...

Kat mana kedai ni dah pindah?? dah lama tak buka..Ni regular customer tak tau mana perginya sate nih.

Haida Hussin said...

kami sekarang berada di Restoran Cikgu Corner di Jalan Sungai Udang. Bolehlah ke sana kalau ingin membeli sate.. terima kasih

Anonymous said...

Macam kenal perempuan yang bergalaskan beg apple..Hihihi..Siapakah nama dia..Tegur menegur tapi nama tak tau..lol..Nasib baik jumpa blogsite ni..Kalau idak tak tau mana pindahnya Uncle Sate ni..Ni anak Dr.Tan(Dentist) :D

Haida Hussin said...

Hello anonymous.. sekarang kedai sate di tutup sementara.. harga sate supplier dah naikkan harga.. jadi kami pun tak tau nak jual berapa sen sebatang.. kalau mahal ada ke orang nak beli?

anyway, that girl is my niece.. kenal kat mana? dulukan dia ada tolong saya di kedai sate

Johan said...

Kenal kat Kedai Uncle Sate,taman gembira tepi YAG trading kedai ubat cina.Namanya siapa eh? Harga barang mentah naik lagi? uishhh So agaknya bila buka kedai lagi? Dah tak sabor nak makan uncle sate.

Haida Hussin said...

thanks Johan for still looking for Uncle Sate.. :-)

tak taulah lagi bila nak buka kedai lagi.. saya pun rindu nak makan sate kajang.. :-) nak pergi kajang jauh pulak. anything will let you know..

Related Posts with Thumbnails