Wednesday, July 22, 2009

from papa's jeans to son's bag

salam everyone. tq for visiting..;-)
harini saya buat bag untuk anak saya.. iyelah selalu saya lihat kawan2 seblog ada buat beg dan membuatkan saya juga teringin nak buat.. bukan saya tak penah buat.. dulu masa saya masih study lagi memang saya ada buat beg untuk kegunaan sendiri. Masa kat U dulu mmg saya buat macam2.. pencil case, frame, bookmark, cards, etc.. jual sikit2 kat kawan2.. keluarga saya bukan orang senang so saya mmg harap duit studyloan je jadi pandai2lah buat duit lebih.. ;-)
ish2 dah melencong pulak citer saya ni kan.. sori.

disebabkan dah lama tak jahit bag, so saya takut gak tersilap.. so saya tak nak guna kain baru (sayanglah pulak.. hehe). selepas difikir2.. saya teringatkan seluar jeans mr hubby yang dah tak guna lagi tu.. apalagi habislah saya gunting sepasang seluar untuk saya experiment buat beg.

khai balik dari sekolah tanya mama "mama jahit apa?"
mama jawab "jahit beg abang salihin"
khai kata "alah.. beg khai lah".."

arshad balik dari sekolah tanya mama "mama jahit untuk sapa?"
mama jawab "try jahit beg untuk abang salihin"
arshad kata "arshad nak.. bagi arshadlah"..

bila dah siap.. bagi kat abang salihin suruh try pakai nak tgk sesuai tak panjang tali tu..
Yasmin cakap "Yasmin punya.. nanak amik".. hehehe
kelakarlah diorang nih.. sorang2 suruh mama jahit beg.. nak warna brownlah.. nak ada corak2lah.. seluar manalah pulak mama nak gunting.. hehehe
anak2 begitulah.. kalau bukan diorang yg nak hasil jahitan mamanya siapa lagi kan.. masa diorang keciklah.. nanti bila dah besar tak taulah lagi.. entah2 sibuk nak barang branded..

so inilah dia beg yg saya buat experiment menggunakan kain jeans.. macam recyclelah jugak.. saya guna poket yg sedia ada dibahagian belakang seluar tu.. hentam sajalah


Related Posts with Thumbnails