Tuesday, July 20, 2010

nak warna apa? PINK! PINK! :-)

Assalamualaikum. terima kasih sudi singgah sini. Harini jom tengok lagi beg-beg yang berwarna pink.. :-)



jangan boring tengok beg pink ye.. :-)



kain pink saya pun hampir habis.. felt pink pun nak kena restock. tapi saya memang suka jahit beg pink. kalau buat warna lain, saya agak kering idea untuk design embellishment.



minggu ni tak dapat menjahit banyak. Yasmin dan Khai tak sihat. Biasalah kalau anak kecil tak sihat.. merengek je. Saya memang dah jauh kelewatan dalam menyiapkan tempahan. Ada yang menempah dari bulan April pun masih ada yang belum terima lagi. Yang sepatutnya terima beg dalam bulan Jun, bulan Julai baru dapat.. saya mohon maaf banyak2. Saya hanya dapat merancang, tapi Allah juga yang menentukan. Berbagai peristiwa berlaku kebelakangan ini.. banyak merubah jadual harian saya.

Alhamdulillah, rezeki saya dalam menjahit beg rupanya. Nampak gaya, saya tak terimalah tempahan untuk menjahit baju raya tahun ni. Semalam pun, Mr Hubby kata nak bawak semua anak2 pegi tempah baju melayu. Tak pernah lagi saya tempah baju raya anak2 kat orang.. tapi memandangkan Salihin pun dah besar, terpaksalah menempah sebab saya tak pandai jahit leher cekak musang. Dah alang2 hantar, adik2 pun join sekalilah. Tapi baju Yasmin dan baju saya sendiri, saya pasti akan jahit.. insyaAllah.

oklah.. masih banyak lagi tempahan nak disiapkan. Semoga saya dapat siapkan semuanya, dan semoga semua suka dengan beg yang saya buat untuk mereka.. :-)

maaflah saya tak listkan tempahan kat sini.. saya sendiri takut tengok.. takut tak terbuat.. hehe

p/s: Buat cikgu2 dari sebuah sekolah di sarawak, jangan marah ye saya lambat jahitkan.. nak buat mcmana.. serentak order banyak (hampir 40 item) kenalah tunggu giliran

5 comments:

Jamiel said...

Nice bag.. Kreatif, ada seni..
Don't give up..
teruskan usaha ni..

Sherry said...

pretty :D

Ummi-Izah said...

wah kak haida...cantik2..nak tanya kak haida beli kain yg plain tu kat mana yer..online ker offline

Tasbih Alam said...

Salam ziarah dan salam ukhuwah kepada pemilik blog yang indah ini..
Moga kita dapat saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain untuk mengeratkan ukhuwah dan membina rangkaian sesama blogger...

Haida Hussin said...

terima kasih semua singgah dan meninggalkan jejak di sini.. :-)

Related Posts with Thumbnails